Wednesday, June 29, 2011

hujan ais

semalam, untuk manusia yang kurang arah tuju kehidupan macam aku, haruslah duduk rumah menghadap laptop main Superpoke Pets sepanjang masa tanpa mengenal erti penah lelah.dah ditakdirkan semalam punya cuaca bukan main hebat dia punya ekstrem.sekejap panas sekejap hujan sekejap taufan.

mula-mula aku rileks lagi.sekejap angkut ampaian masuk, bila panas angkut balik keluar.tabah.tapi bila SELALU sangat sampai ganggu aku main Superpoke Pets tak naik naik level [padahal kantoi tak hebat main game], aku ambik lapik meja terus pegi cover ampaian dekat balkoni.puas hati.HAHA.

tetiba petangnya turun hujan ais also knows as hujan batu [ya ka?]

mulanya aku fikir hujan normal.you know like hujan membasahi bumi, dalam case aku hujan membasahi balkoni.aku macam biasalah kalut tak hengat dunia bila lapik meja tu terbang terbang.drama punya pasal, masa aku duk bersilat dengan lapik meja tu angin dengan hujan datang sekaligus.double attack orang putih kata.aku ingatkan hujan normal [lagi], so aku buat tak peduli aje lah.padahal dah ketar sebab sejuk [kata winter kan].tapi jauh dalam hati dan sanubariku,eceh apasal hujan ni kasar sangat?bukan main sakit lagi kepala aku.

lepas tutup sliding door, hujan makin hebat.bunyi dia memang kuat bukan main yawww.berderau darah akak.[eh pandai pulak kau buat ayat guna perkataan Mastika kan].nak dibuat cerita lah kan, waktu nak tutup sliding door tu haruslah kena bersilat dengan hujan, ada lah sikit-sikit yang terlepas masuk lalu mendarat atas karpet kitorang.




aku sampai kalut cari kamera, jakun lah katakan.HAHAHA.

mujur kecik je tau.tapi kecik-kecik pun pedih wooo.aku tak dapat vayangkan macam mana kalau yang turun tu ketul-ketul besar.mahu kelobong kepala aku.uuuuuu tatot![lempang kang haa duk pelat-pelat sangat]


Google

kalau sampai macam ni, aku rela tak beli kereta.kang tak pasal pasal kelobong kereta Myvi Elegance akak.HAHAHA.kalau tak silap, gambar atas ni dekat US sana kot.dekat NZ tak pernah lagi ada kes kereta kelobong macam nih.seremmmmmm.

ok cerita lain.dalam entri pasar minggu haritu, aku SERIUS LUPA nak letak gambar ni.



makanya peminat tempe/tempeh [ikut ejaan dalam gambar] sekalian jangan riso jangan runsing kalau takut tak dapat makan tempe bila keluar Msia.dimana-mana insyaAllah ado.jowo selamanya.aik?HAHA.

Sunday, June 26, 2011

pasar minggu

dekat sini, takde pasar minggu yang jual yong tau fu dengan sate *nomnomnom* bagai.TIADA.jangan mengharap longgokan durian, nanti engkau akan hidup secara sengsara seperti aku yang sudah setahun lebih tak merasa nikmatnya durian dan awesomenya tempoyak.aku redha.mungkin itu yang dikira sebagai perjuangan.eceh.

hari ni kitorang pergi pasar minggu dekat Avondale [first time tahun ni], ambil feeling emak-emak ala motherhood gituh.kalau dekat Msia, emak-emak gendong bakul.dekat sini, feeling motherhood ialah tolak beg troli.HAHA seronok.sebab semua orang buat, dah jadi macam budaya.ibaratnya kalau engkau tak ada beg troli, engkau loser.KAHKAH.

ok tak jumpa gambar makcik pakcik tolak troli.ok takpelah.boleh tengok gambar kitorang dengan troli.HAHA.


see.itu beg troli kitorang.corak kotak-kotak.so, nama dia ialah beg troli pasar.ngerti?

satu benda yang memang tak boleh elak bila pergi pasar, benda-benda murah yang dijual secara berbondong-bondong.murah, dan stylo.menarik.tapi cikai.HARUSLAH.tapi juga lemayan.namun bukan semua cikai you know.bijak membeli, menang memakai.eh betul ke aku nih.




if you wonder how I manage to take these photos, there's only one answer to that question.buat muka tak tahu malu.serius.tadi ada je yang pandang-pandang.kalau dia berani tegur tu, harus keluar apahal budak nih sibuk dengan kamera.orang datang pasar beli sayur lah.bukan ambik gambar.tapi tak ada pun yang cakap macam tu.itu yang seronok dekat sini.engkau buatlah apa pun, orang tak peduli.asalkan jangan sampai engkau bunuh orang.kalau dekat Malaysia, engkau pakai tudung tak sama warna dengan baju pun ada orang nak komplen.ye tak?


hamik kau.jual emas dekat pasar minggu.kau berani?

Joyah: hamboih senah banyaknya rantai cincin gelang emas kauuuuuu.lip lap lip lap anak mami.
Senah: alaaaa no sweat pun kak joyah oih.beli dekat pasar minggu jekkk.beli satu percuma tiga.sambil-sambil beli sayur, rembat la seutas dua.hihi.

kalau macam ini gayanya, makcik yang jual nasi kerabu haruslah hilang entah kemana ye tak.HAHA sibuk pilih rantai emas yawww.LOLOLOL.


beanie angry birds.sape nak order.$10 satu kepala burung.HAHA.




CENDOL!omaigodseronoknyataksabarnakmakan!


kebanyakan peniaga ialah dari golongan Cina, Maori & Pasifika.orang putihs macam tak berapa minat kot berniaga-niaga pasar minggu nih.mungkin diorang geng main bursa saham.datang pasar minggu nak beli kentang dengan epal.takpun nak beli topi angry birds [?].HAHA.


pakcik ni super-cool tau.tahun lepas masa datang sini, dia dah memang berniaga.jual cookies.cookies dia pulak memang kevavomm punya awesome lah.sedap gila.choc chip ada, choc brownies ada et cetera.suka berlawak tau pakcik ni.HAHA.cakap melayu lancar walaupun dah lama duduk NZ.still up-to-date pasal Malaysia.

serius dia excited tak hengat.tadi sempat lagi tanya, dah ambik belum gambar bendera dekat van dia tuh.so dari jauh sempat snap sekeping dua.lepas tu sempat lagi tau dia pesan...

Nanti masuk dalam Facebook ok!

HAHAHA.


aku, kalau berjalan, memang jarang bawak orang ke jalan kebenaran.selalunya ke jalan kurang kebenaran.HAHA.sebab aku manusia random.dan manusia random, akan mengikut kemana arah kaki melangkah.maka, AWAS.HAHA.

aku jalan dengan Aten.beliau nak cari comforter.tapi kitorang tak lalu tempat jual comforter pun.HAHA.sebab jenis aku, aku kena masuk semua lorong.kalau tak aku tak puas hati.sebab tu selalunya aku bawak orang masuk jalan kurang kebenaran KAHKAH.tapi kadang-kadang, kita tak tahu bahawa jalan kurang kebenaran tu kadang-kadang punya kemanisan tersendiri.eceh.dan kami ketemu ini...


nice hoh?aku rasa nak lompat tinggi-tinggi bila jumpa gerai ni.semua vintage.dengan pakcik yang sungguh nice kerana berjaya dipujuk selepas pakar tawar harga paling hebat dalam dunia *ekhemm* berdolak dalih dan bermanis muka dengan beliau.HAHA.




yang ada flash tu Aten punya, makanya obvious lah kan yang debab tuh aku punya HAHA.

cuma masalah negara aku sekarang nih, susah gila nak cari film 127mm.sebab kamera ni tak pakai 35mm punya filem.127mm haruslah berzaman punya filem kan.duhhhh.umur kamera ni pun lagi tua dari tuan dia.HAHA.

Hello Boss.I am 55 years old.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...