pada 1 Oktober yang manis, aku dan housemates telah mengadakan satu ekspedisi berbasikal.ekspedisi bunyinya seperti gah bukan main.Aten bagi nama ekspedisi ni Le Tour De Auckland.
semoga lemak-lemak degil habis terbakar semalam.fuhhhh.*tiup-tiup*
kitorang sewa basikal $10/day dekat Viaduct.semangat gila ok keluar rumah pukul 8 pagi, tetiba tempat basikal tu bukak pukul 9 HAHAHA.semangat tu yang kita nak kan?:P
semalam pergi Mission Bay, Parnell Rose Gardens, Auckland Domain, Kampung Delights *tetiba padahal kedai makan LOL* dan Westhaven yang sungguh cantik dan mengagumkan serta dapat tengok orang buat Bungy Jump dekat Auckland Bridge.
penat ok.like seriously penat.but we had fun membakar lemak dan menikmati keindahan alam semulajadi, yes.
:)
hey yo!
I am TOTALLY in love with this place.biasa lalu naik bas/kereta memang tak merasa ah nak singgah sini.semalam dapat jugak pergi.bawak basikal merentas lautan KONONNYA.lepas tu ada pakcik-pakcik tengah memancing.seronoknya kalau boleh memancing sama :D
I love fishing.siapa suka memancing jom?
pemandangan Auckland City dari tengah lautan dalam versi biru [?]
kitorang berhenti rehat dekat sini sekejap.tempat ni macam teluk kot pepandai je aku.ombak akan splash dekat batu-batu hitam tu secara kuat.tiap-tiap kali ombak datang, level of splashing dia sekejap kuat sekejap slow sekejap kuat gila.so bila kuat sikit je, perempuan-perempuan ni semua menjerit.aku sebagai perempuan pun not sure why.but menjerit is fun.HAHAHA.
dan, oh ada video.
tengok aku gabra nak susun ayat tak jadi HAHAHA.
menjelang summer [tapi sekarang bukan summer lagi], Strawberry lebih mudah didapati dengan harga yang sungguh murah & mengagumkan
Auckland Bridge di kejauhan
Westhaven dan kecantikan yang mengagumkan
pemandangan basikal bergelimpangan ialah NORMAL ok.kerana basikal disini tak ada tongkat.makanya, bila engkau dah tak larat mengayuh, nampak rumput hijau yang tampak fluffy, get ready untuk menumbangkan diri sendiri bersama basikal on it.risiko tanggung sendiri :P
Dewi & Hero Remaja 2011 HAHAHAHA
peserta-peserta ekspedisi
p/s: oh sakura dah blooming!