Monday, April 9, 2012

le RABBITS es como la pintan

sebenarnya entri ini hanya berkisarkan benda yang diCAPS LOCK di dalam tajuk.yang lain hanya sekadar hiasan.buenos.

Assalamualaikum :)

lama rasanya tidak menulis secara proper, I mean in proper way of writing.tiada lagi penulis analogi Timulak Kapal Perang wanna-be yang menggunakan kosa kata bombastik.HAHA.kes seperti itu selalu dan akan terjadi bila aku tersedar bahawa blog ini memerlukan transformasi secara tetiba.eh tak.bila aku rasa malas nak tulis tapi masih nak update blog.eh?

baiklah.untuk tidak membuang masa (sebab kena pergi kelas kejap lagi duh), haritu aku ada janji nak menceritakan perihal binatang peliharaan di rumah bukan?lebih spesifik, arnab belaan.ewah belaan tak menahan.silap haribulan orang ingat aku bela benda lain pulak.duhh syaitonnirrojim.

ada DUA ekor arnab dirumah.dibelai dijaga tak tahu sejak bila.sebelum aku pergi NZ, belum ada.pulang dari NZ, eh arnab dewasa!jadi aku fikir mungkin dalam jangka masa ketiadaan anak sulung dirumah, ibu bapa dan adik-adik memelihara sepasang arnab sebagai pengubat kasih sayang.ewahhh.

Biodata Arnab
Nama : Putih. 
(sebut Putih dua-dua datang atau salah satu.meskipun yang seekor itu lebih comot, tapi masih mengaku diri sendiri putih.abah sudah bagi nama 'Comot' kepada beliau.tapi nampaknya masih egois tak mahu mengaku comot.boo-yah)
Jantina : 1 Jantan 1 Betina.boleh beranak dan diberanakkan.
Makanan kegemaran : Biskut kraker sungguh enak dimakan begitu sahaja, pallet (makanan arnab boleh dibeli di kedai), juga sayur-sayuran berupa lobak merah, kangkung, kobis dan apa sahaja yang diberi asalkan bisa ditelan.

jadi, kalau tetiba sayur-sayuran lesap dari dalam peti ais, kita bakal tahu angkara siapa.juga manusia yang terlibat dalam menjayakan angkaranya.

dalam aktiviti memakan biskut, sebenarnya hal ini tidak diterokai oleh tuan punya binatang.FYI, arnab ni tak duduk dalam sangkar.BEBAS.kalau datang rumah aku, boleh nampak mereka sedang mengulor dekat bawah garaj.tempat favourite.kekadang abah nak reverse kereta dalam hati gundah gulana.bimbang tergilis arnab.tapi bukannya penakut.duduk jugak dekat bawah kereta buat muka tak reti bahasa.dia tahu kita sayang dia tu.amboi amboi amboi.

kembali ke hal makan biskut,mulanya ada jiran (yakni, makcik dan pakcik saudara) yang berani berani bagi mereka makan biskut (hello orang tak bela arnab takkan tetiba ada makanan arnab).arnab ini jenis bersosial sangat.dulu, jenis tak melekat dekat rumah.siap pergi rumah jiran yang seberang jalan tu hah.buat apa pun tak tahu.tapi, mereka pandai balik rumah.asal pagi-pagi je ada lah mencongok dekat garaj.tengahari, petang lesap entah kemana.

jadinya, dulu dekat rumah jiran dapat makan biskut.duduk rumah sendiri, kena makan sayur-sayuran dan pallet sahaja.tak fun lah makan sayur, kata arnab.

tapi sekarang, dah melekat dekat rumah.sebab dekat rumah ada biskut.satu tin biskut letak dekat garaj, UNTUK ARNAB SAHAJA.

tapi ada pulak perangai aneh sekor sekor.sekor taknak orang suap,hulur biskut terus tarik makan sendiri.yang lagi sekor, nak kita pegang biskut tu sampai habis.boo-yah.

ce teka yang mana nak bersuap yang mana arnab independent nak makan sendiri.jantan ke betina?


yang nak bersuap tu yang jantan.kemainnnnnn.yang betina pulak suka nak makan sendiri.hiperbola sungguh perbezaan suami isteri ini.hadoi.juga, yang putih adalah jantan, yang comot adalah betina.

bak kata sepupu aku, kasihan si putih ni bininya comot.dia dah hensem dah.HAHA.

betul lah kan orang kata, cinta tak mengenal paras rupa.hewhewhew~


We love you, rabbits :)

p/s: actually, diorang dah banyak melahirkan.tapi sebab tak dapat dikenal pasti dimana lokasi kelahiran (sebab tak letak dalam sangkar), baby-baby rabbit membesar sendiri.bila jumpa, sudah tak bernyawa.angkara haiwan karnivor di sekeliling rumah *cough*kucing*cough*.

lepas ni harus bina sangkar bersaiz mega.kerana mereka minat berkinja dan meregangkan anggota badan.

Thursday, April 5, 2012

aku makin bosan

aku tidur
nyenyak bukan main
kata student, tidur pastilah satu hobi
aku buka mata
3.30 PM
Astaghfirullah belum solat zohor
mata yang mengantuk aku segarkan
buka pintu bilik, oh hujan rupanya
patutlah enak benar diulit mimpi
guruh dan petir juga bersama
aku menapak berhati-hati walaupun masih mamai
bimbang tragedi tergelincir berlaku lagi
selipar tandas, you better be good!
selesai berwudhuk, segar
tiang agama aku tunaikan
laptop yang banyak berjasa aku buka
hasrat hati ingin melaksanakan tugasan yang perlu dihantar esok
tapi,
aku disini pula
menaip entri

final year...
you are killing me.
tetibahhh.

p/s: tandus idea.aku rasa makin hari blog ni makin bosan.ni kononnya berangan nak jadik penulis antologi je nih.HAHAHA.

perut berkeroncong.oh mak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...