Friday, October 12, 2012

of the last goodbye to little darlings

so today is the last day at school (menangis dalam hati).sebak tapi gembira.gembira kerana berasa SANGAT disayangi, dan dihargai oleh anak-anak kecil yang Ya Allah comelnya mereka mereka ini.sebak kerana tidak menyangka akan menerima kasih sayang sebanyak ini (because I'm such a loud speaker, really), dalam tempoh yang sungguh singkat.3 bulan.yang sekarang sudah berakhir.

today, time went so fast, I think.aku fikir sempatlah kot buat latihan sikit sebelum peperiksaan minggu hadapan sebelum bersalaman bermaafan dan bertangisan, but I WAS VERY WRONG.

disebabkan pagi tadi lepas baca Yaasin, dah diumumkan today is our last day at school, kanak-kanak semua mulai kekecohan.mula mengejar dan menjejak kedua-dua teacher tidak kira masa.dalam kelas pun dia datang jejak mintak tandatangan.peraturan sekolah letak ditepi.tandatangan teacher is our priority, katanya.motip mintak tandatangan pun tak dapat dikenalpasti sampai sekarang.

kitorang dah agak kena bagi ucapan sikit sebab the previous practicum teacher pun kena berucap.disebabkan dah agak dah dari awal, I thought I'll be cool.cool konon.tetiba masa berucap *eceh* pagi tadi, aku sebak.suara ketar OK.serius.dalam hati, dalam otak duk cakap hoiiiii jangan nangis hoiii malu depan budak.HAHA.

tak nangis ok.sebak je.kontrol dengan gelak tawa dan muka gembira dah habis praktikum.tapi dalam hati berkaca-kaca.ewah kau mampu hati berkaca.

bila masuk kelas, semua kalut bawa pen kertas minta cikgu tandatangan.minta nombor telefon.mengerumuni.minta facebook.minta menjawab soalan yang bertubi-tubi especially 'lepas ni cikgu pergi mana?'.macam-macam diminta.semua hulur hadiah, hulur tangan nak bersalaman, tak ketinggalan hulur diri sendiri minta teacher hug.

Teacher loves you, my little darlings.And I'll miss you all.
xoxo.

I got many presents and DIY cards by these little darlings, I was touched.terharu.because I didn't expect anything from them.terharu sebab nampak memasing berusaha nak bagi something untuk teacher simpan sebagai kenangan terindah.nak nangis tapi tak boleh nangis.eh faham ke?tak boleh nangis sebab teacher must be the strongest ever.walaupun anak murid dah bergenang air mata, teacher must be cool.

This teacher is cool.tak nangis sampai sudah although I'm actually a cry baby.#honest confession.

some of the presents...

1) A DIY football field with the players with Man U's logo from my 4 Diamond boys.
2) nampak usaha dekat situ.double tape pun boleh, ahmad.
3) they called me Miss Izzat.sengaja tinggalkan huruf 'i' :')
4) he knew this loud speaker teacher loves Rilakkuma.
5) 3 complete sets of Winnie The Pooh stationery 
(I love stationery set like these when I was at their age)
6) pretty scarf by my lovely little sweetheart.


my pretty little sweethearts.the girls.sopan.tapi entah kenapa Elly tetiba hyper harini. 


my handsome little darlings.the boys.hyperactive.loud speaker.sopan.banyak tanya.gila bola.gila sticker.semua ada.
dan
die hard fan oppa gangnam style.


loves.


fats.
ini menggalakkan pertambahan lemak cikgu nampaknya.

Tuesday, October 2, 2012

Of school camping

Assalamualaikum

hujung minggu yang lalu, murid murid tersayang pergi berkhemah.kedengaran sungguh adventure macamlah camping dalam hutan lipur.sebenarnya hanya camping dalam kem.tapi adventure tetap adventure.especially untuk anak-anak bandaraya ini.

I read Fareha's posts about the camping and laughed my heart out.seperti kejadian itu berlaku di hadapan mata.eceh.siap ada PART 1 & PART 2.jadi, baca jangan tak baca. juga, berserta foto.dalam entri ini, TIADA FOTO.sebab realiti kehidupan aku sekarang ialah menumpang kamera orang.sobs.

camping was fun.we had a great time with the kids.dapat kenal more kids which is good in terms of mengeratkan silaturrohim sesama murid dan guru.ewah.bergurau senda and what so ever.sungguh fun, sungguh menggembirakan!(eh macam iklan Honey Star pula)

nak cerita everything macam panjang pulak nanti entri ni, jadi mari kita nomborkan perkara-perkara...

Ready...

Start!

(1) nama pun berkhemah dalam kem, sudah tentulah lampu kalimantan (ke kalimantang?) ada di mana-mana.TIDAK PERLU HIDUPKAN UNGGUN API.namun realiti seorang kanak-kanak yang membesar di bandar ialah, pergi berkhemah mesti ada unggun api.lepas siap pasang khemah terus tanya dengan muka excited cannot go, 'teacher kena sediakan tempat untuk buat unggun api tak?'. nak terbalik pulak aku gelak kan.HAHA.ini pasti penangan kartun Nickelodeon.

(2) daripada kitorang yang sepatutnya bertugas menjaga bebudak waktu malam, terpaksa bertugas dari pagi tolong diorang pasang khemah.berpeluh OK.disebabkan semua stok tak pernah berkhemah, so pasang khemah pun main hentam keromo.ada yang taknak pasang bumbung khemah.ada yang benam rangka khemah tu dalam tanah macam nak buat pasak bumi.Ya Allah.mujurlah ada dua hero (read: cikgu) menyelamatkan.

(3) sebelah malam, NIGHTWALK. first time in my life jadi orang yang di sebalik tabir nightwalk.yelah sebelum ni asyik kita je kena.setiap kali pergi kem, setiap kali itu jugaklah ada nightwalk.setiap kali ada nightwalk, setiap kali itulah nervous macam nak terpecah jantung.

so I know how the kids felt.muka memasing cuak tak yah cakaplah.nak jalan dengan teacher lah apa lah.last last, cikgu yang jaga check point.last last, cikgu yang menyakat.HAHA.

(4) esoknya, Jungle Trekking.memasing bising penat (cikgu pun penat).penat lagi takut pacat lagi.mujurlah cikgu-cikgu tak pengsan nak melayan kerenah yang aneh-aneh.mujurlah cikgu-cikgu ni jenis lasak juga (read: tak takut pacat). buatnya kena cikgu yang jenis menjerit-jerit, tak ke pengsan pulak abang fasilitator.

lepas habis Jungle Trekking, aku dengan Fareha terus balik JB.penat tidak terhingga.

it's a good thing bagi diorang experience pergi camping. bagi diorang merasai erti kehidupan.bila pergi camping, comot comot luka luka sikit tu perkara normal.nak bagi jadi lasak sikit sebenarnya.and at the same time, bebudak ni dapat belajar new skills (pasang khemah, survival, etc.).

well, I'm just saying.few of my pupils told me they can't go camping because their parents didn't allow them to.of course, I do agree that it might be dangerous sometimes.

but these days people go camping in a camp; a proper camp with toilets, and dining room :)

even with well-experienced facilitators.

teachers too.

and teachers will take care of your kids, seriously.

as a prove, all my pupils (who went camping) came back in a very good shape.they even shared the excitement of nightwalk and story of 'pacat' with their friends.

of course their friends are so jelly (jealous).

As a teacher, it's good to see these kids experienced something useful for their lives :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...