Wednesday, March 13, 2013

kehidupan di rumah

Assalamualaikum :)

lama sudah jariku tidak menari menaip-naip di sini.ecewah jari menari.terlalu personafikasi.

I'm currently staying la home sweet home.doing house-chores, tuition, making ice-cream (perisa sarsi, anggur, jagung dan sebagainya itu), bagi makan  arnab-arnab peliharaan sekalian, main bola jaring setiap petang dengan aktifnya, dan...makan.

I'm gaining weight.tapi jarum penimbang dah mula berhenti di satu nombor.dan aku berharap agar jarum itu akan berundur dari nombor sekarang.bila.banyak mana.entahlah.I will survive.HAHA tetiba sangat.padahal bila makan terus tak peduli kewujudan penimbang.

I travel quite a lot (for FA.IZ Photography and family thingy).been to Mersing, Terengganu and Cherating.drive dalam hujan lebat, sesat, mandi kolam, melompat ombak.semualah.this weekend, I'll go to Shah Alam, Selangor.next week, Kelantan pula.loving it, this job.I get to travel to places. teeeheee.

I'm now back to my long-lost-era.KPOP-era.blame my two sisters.dulu I thought I will not involve with all these cheesy mengada things anymore.sebab dah berumur (berumur lah sangat).BUT, I AM STAYING AT HOME.and my two sisters yang gila KPOP ada kat rumah (one was on semester break, one is waiting for SPM result).so, expect the unexpected.

now almost 50% of the songs in the car are KPOP songs.but I'm still maintaining the MIX MODE.ada nasyid, lagu melayu, rock kapak, english songs, romantic songs, KPOP,lagu Arab senamrobik, et cetera.sebab driver jenis dengar lagu ikut mood.bila rasa hyper, carik lagu hyper mode macam lagu Party Rock Anthem ke yang rap rap tuh.siap tompang rap sekali tapi sebutan entah apa-apalah.bila mood insaf-insaf sikit, dengar lagu Maher Zain pulak.gitoh. 

I'm done with the interview.the best interview ever kot.sempoi and relax.tapi I was TOO nervous my voice cracked masa perkenalkan diri.OMG rasa nak tutup muka lepas tu lompat bintang.

Alhamdulillah, the interview went well.sekarang, doakan cepat dapat pekerjaan pula.sekarang ni tak nampak jalan lagi.semua jalan masih kabur.kalau suluh pun belum tentu boleh nampak.

apekah yang aku cakap ni.

till then, take care ya semuanya :)

Wednesday, February 20, 2013

sinonim

Assalamualaikum.peeps.

niat dalam hati 'eh nak update quick entry je lah hari ni.sikitttt je nak tulis.SIKIT.'

ok kita tengok kejap lagi.

I'm no longer teaching at school.guru yang bersalin sudah kembali ke sekolah.jadi guru yang tidak bersalin itu (read: guru ganti) perlu pulang ke rumah dan sambung tanam anggur yang halimunan.gajah tidak gajah kita tengoklah nanti.manakan tidak, masakan ibu ialah irresistable tahap sepuluh.kalau petua untuk menguruskan badan ialah katakan TIDAK kepada makanan dengan menggelengkan kepala ke kiri dan kanan, SAYA TAK MAHU.bukan tak mampu, tapi tak mahu.HAHA.apatah lagi jika dihidangkan nasi putih panas dengan ikan bakar bersama sambal kicap paling umph dalam dunia.fuhhhhh.*telan air liur*

ok.sudah ke laut.

sebenarnya nak cerita alkisah anak didik saya yang datang tuisyen di rumah.semalam, belajar Bahasa Melayu.jujurnya, memang BM itu mudah dan kacang.tapi tidaklah sekacang yang disangka.terutama bab sinonim,antonim dan yang seangkatan dengannya itu.sebelum ini saya hadapkan mereka dengan karangan dan membina ayat sahaja.semalam, tukar angin sikit.buat sinonim dan antonim.

saya suka konsep belajar seperti game show.siapa jawab dulu dapat markah.terlalu suka sampaikan setiap kali belajar subjek apa pun saya akan buat game show, sebagai motivasi kepada anak-anak ini untuk cuba sampai dapat dan jangan putus asa.

awalnya OK.kita tahulah sinonim itu perkataan bersamaan maksud.tapi ada kalanya, anak didik saya tersasar jua kerana dahagakan markah HAHAHA.terlalu rakus nak kejar markah kawan dia sampaikan tersasul melampau.

Saya: Ok bagi sinonim untuk gelojoh.

Budak 1: (hyper nak cakap soalan lalu menjawab tanpa berfikir panjang) TERSEDAK!

Saya: HAHA saya nak perkataan sama erti.bukan akibat.

gelojoh = rakus

menjadi guru ialah seronok.seronok jika tahu cara yang betul.saya ada terbaca di dalam akhbar beberapa minggu yang lalu suatu keratan artikel mengenai guru masa kini.cabaran dan pendekatan yang perlu digunakan di dalam kelas et cetera.

oh adakah ini akan menjadi terlalu factual dan membosankan?

HAHA ok I'll make it short.

cara dan gaya pendekatan (berdasarkan artikel yang saya baca) ada TIGA:
1) Garang = Saya (guru) OK, awak (murid) TAK OK
2) Lembut = Saya (guru) TAK OK, awak (murid) OK
3) Tegas = Saya (guru) OK, awak (murid) OK.

kesimpulannya, guru tidak boleh terlalu garang dan terlalu lembut.guru garang akan ditakuti, guru lembut akan disakiti.gitohhhh.bagi saya, tegas is the best.tidak terlalu garang dan tidak terlalu lembut.yang sedang-sedang saja bak kata Iwan Dangdut.

cikgu yang best akan disayangi murid.tiap hari sayang macam iklan Fair and Lovely yang tahun bila tah itu.best tau perasaan disayangi murid.sampai dia boleh panggil kita 'puteri kayangan'.haaa siapa tak seronok bila disamakan dengan puteri kayangan yang ayu jelita itu.WAHAHAHA.walaupun masih dipengaruhi sinetron indonesia petang petang yang memang banyak cerita puteri kayangan itu, kita janganlah bantutkan keseronokan mereka bertemu puteri kayangan celup ini.'heyyyy puteri kayangan tak wujudlahhh!'.puteri kayangan pun puteri kayanganlah, anak.as long as you are happy.

saya tak reka-reka cerita puteri kayangan ini.hal ini benar terjadi.sayalah puteri kayangan itu (HAHA nak pengsan gelak sesorang).terjadi semasa saya masuk kelas Tahun 2.semasa ingin menanda buku latihan anak-anak kecil comel, saya biarkan mereka membaca buku cerita.alkisah, ada dua atau tiga orang gadis cilik BERANGAN nak jadi cikgu.nak pinjam marker dan minta izin tulis tulis (read: conteng conteng) papan putih.saya bagi.lepas itulah dia cakap 'teacher ni macam puteri kayanganlahhhhhhh!' dengan suara kecil yang high-pitch.terlalu excited.

I love you, kiddos.

Till then,
Bekas guru ganti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...