Sunday, November 30, 2014

My version of Ice Age

Haruslah semua orang pernah menonton filem animasi Ice Age yang sungguh menyeronokkan itu. Well, I am a big fan. Kelakar, comel dan epik, kartun itu. 

My version of Ice Age pula begitu berbeda. Tiada kaitan dengan filem animasi itu. Kerana ianya berkisarkan kehidupan di alam nyata (ewah ewah). My husband is an-ice-skater. Dan adik beradiknya yang semua all boys club itu juga semuanya ice-skaters. Isterinya ini pula jauh sekali dari ice-skater. Because I was born as the ultimate eater BAHAHAHA. Pencinta makanan selamanya. 

I was in the ice rink, ONCE. Ketika zaman bercinta-cinta dahulu kala, ketika zaman bermanis-manisan HAHA. Sekarang manis juga tapi versi lain. tak mahulah aku mempertaruhkan nyawa di atas ais yang terlalu menakutkan itu. Lebih baik pergi makan ABC lebih enak dan menyamankan (Tetiba sebut perihal makanan nampak sangat dasar pemakan). Oh ya, ketika itu aku begitu suci. Boyfriend kesayangan (sekarang sudah menjadi suami) ajak try. Jadi kufikir fikir alah benda begini pastilah tidak terlalu susah. Dia boleh buat, takkan aku tak boleh. Masa tu tahap confident aku tak ada siapa boleh lawan kerana ia sudah mencapai level supersaiya HAHAHAHA. Sejurus menapak, aku hilang kuasa. Kenapakah licinnnn kenapakah complicated benar permainan ini? Hampir satu jam aku menjadi suatu beban kepada teman lelaki sendiri. Kebiasaannya beliau dapat meluncur bebas, namun ada pula perempuan ini yang begitu complicated pergerakan kakinya. 90% masanya perempuan ini di atas ais, kecundang. Last sekali, aku give up. Permainan ini bukan untuk aku, aku lebih sesuai dengan aktiviti memakan makanan. Enak dan membahagiakan perut. Dan tidak complicated, hanya perlu berkorban jiwa raga tika melihat lemak-lemak yang berternakan. Out of the rink, aku terus sign up menjadi penonton tegar sahaja, selamanya. 

Now, I am at the rink. Di IOi City Mall yang baru dibuka ini. Suami mahu coba-coba ice rink yang baru ini. Biasanya kami selalu ke Sunway Pyramid sahaja. Jika ada yang bertandang kesana tika hujung minggu, coba-cobalah tengok kot kot ada perempuan si penonton tegar ini. Ada juga ketikanya suamiku itu ke The Royale Ice Rink di The Curve. Tapi tidaklah selalu. 

Tonton sahaja? Tidakkah bosan? Sebagai the ultimate eater, haruslah ada makanan yang menemani diriku ini. HAHA. Tanpa makanan, aku lesu. Dan juga, gajet pintar ini. Terima kasih, teknologi. 

Eh ada kemalangan di dalam rink. Sebentar.

Kembali semula. Perlanggaran mungkin. Biasalah. Games di dalam ini sudah hampir ketinggalan zaman, harus memuat turun yang lebih interaktif. 

Oh ya, kepada yang berminat untuk mencuba ice-skating, setahu aku di kawasan KL/Selangor ini ada 3 tempat untuk ice-skating: 

1) The Royale Ice Rink di The Curve, Mutiara Damansara.

2) Sunway Ice Rink, Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

3) IOI Ice Rink, IOI City Mall, Putrajaya. 

Kot ada yang teringin nak mencuba sukan indoor yang tampak menyeronokkan ini. Entrance fee adalah sekitar RM25-28 untuk seorang. Gloves dan stokin pula berlainan harganya. Kalau dah ada gloves dan stokin lebih baik bawa sendiri. Jimat. Ada loker untuk sewaan. Jika visitor sepertiku yang kerjanya menonton sahaja, entrance fee adalah sekitar RM5-6 untuk seorang. Harga - harga ini aku buat range sahaja meliputi ketiga-tiga tempat. Ice rink paling besar adalah di IOI City Mall, keduanya di Sunway Pyramid. Paling kecil adalah di The Curve. 

Sekian perkongsian untuk hari ini. Moga-moga ada manfaat kepada sesiapa sahaja :)

Tuesday, November 25, 2014

Wira Wirawati Panggung

Tajuk post agak cannot go tapi entahlah kenapa berasa hendak menaip tentang movies yang telah ditonton di pawagam semenjak dua menjak ini. (kenapakah skema?)

Semenjak berkahwin, kami (saya dan suami) agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan environment baru, dan jadual kehidupan yang baru. Pukul berapa hendak bangun, sudah bersapukah rumah manis rumahku, hendak makan apakah kita hari ini dan sebagainya. SEBELUM kahwin, kami wira wirawati panggung wayang. Setiap kali keluar dating, harus mengasing duit belanja untuk update movie-movie terbaru di pasaran. Harus muka berdua inilah di TGV Cinemas di mana-mana yang tidak punya keramaian. One Utama adalah tempat paling dielak tika bergelar bujangan dahulu ewah. Kerana crowd disitu ramainya melebihi batasan pemikiran. Entah dari ceruk mana manusia-manusia ini datang. Tempat favourite adalah AEON Jusco. Dalam kes kami, AEON Jusco Bukit Raja. Kegemaran selamanya. Tidak punya crowd yang menggilakan dan Nasi Ayam Penyet dekat Foodcourt dia sedap amboi amboi. TETIBA.

FURY


Berkisarkan World War 1, cerita tembak-menembak. Asalnya pergi panggung wayang tanpa arah tujuan, kononnya nak check it out the current movies. Ada terbaca di laman sesawang bahawa cerita Brad Pitt yang ini best, mengagumkan dan et cetera. Suamiku teruja. Bininya pula ternampak si Percy Jackson dan tetiba terfikir eh kenapakahhhh dia ini dalam cerita ini? Babyface dengan senapang serta kereta kebal macam serba tak kena. 4/5 stars for this movie. Ceritanya sungguh mencabar hati dan sanubari. Pengorbanan merata-rata. Rakan boleh hilang begitu sahaja. Erti persahabatan dan perjuangan. Semua lah. Semangat cintakan negara and all. Terus terbayang kalau kena pergi perang naik kereta kebal dan bertembakan. Beranikah aku? Atau pengsan dahulukah? Tonton cerita ini harus kuat hati. Suasananya ngeri, suasana perang. Siap balik malam tu dapat pakej mimpi pergi perang. Terperanjat. Bila bangun terus check tengok ada kesan tembakan ke tidak. Dasarrrr.

JOHN WICK

Keanu Reeves tidak pernah mengecewakan. Dengan perwatakan cool beliau, cerita ni 5/5. Temanya masih tembak-menembak. Entah kenapalah asyik nak tengok cerita tembak-tembak je. Tapi best. Kerana Keanu Reeves sangat cooliooo. Seorang lawan banyak orang jahat. Tidakkah hebat? Terlalu mengagumkan. Temanya boleh dikatakan balas dendam tapi bukan dalam kehidupan orang biasa-biasa. Ia berkaitan dengan kehidupan di dunia hitam atau yang dikatakan dunia geng-geng samseng taiko semuanya. Semua main pistol senapang besau-besau mak nenek terbeliak mata terperanjat punya pasal. Dalam cerita ni, dia tunjukkan yang kita tak boleh percaya siapa-siapa di dunia hitam sana. Semua mesti ada konspirasi ataupun apa-apa muslihat jahat. Semua tak boleh pakai.

BIG HERO 6

Sejujurnya, saya tonton cerita ini 2 kali di panggung wayang. Pertama, bersama suamiku dan adik perempuanku ketika cerita ni baru keluar. HOTTEST PICK OF THE DAY. Pawagam asyik penuh saja. Kebuntuan, lalu kami decide untuk datang waktu pagi. Dapat tiket dan tonton. 5/5 bintang. Kalau boleh nak bagi 10 bintang sebenarnya. Ya Tuhan kenapakah cerita ini terlalu menyeronokkan? Aik tengok kartun pun boleh seronok? KAMI PENGGEMAR KARTUN. Jika boleh diulang sejarah kehidupanku yang lalu, kebanyakan tiket wayang tiap kali pergi dating ialah cerita kartun. Macam cannot go but that's the fact. Ianya menghiburkan dan mudah dihadam otak. Tak perlu fikir kritikal mengapakah karakter itu berbuat demikian atau kenapakah dia tidak memilih second hero sebagai teman hidup ataupun sebagainya.

 I watched The Making of Big Hero 6 on television few days before it was released. Pengarahnya yang juga merangkap Pengarah cerita Frozen dan Wreck It Ralph menyatakan bahawa kepuasan yang sebenar adalah ketika dia dapat melihat penonton ketawa dan menangis di babak-babak yang dia MAHU penonton ketawa dan menangis. HE DESERVED THAT. Nilai-nilai murni dalam cerita ni tahap lima bintang. Sekecil-kecil benda boleh dijadikan pengajaran sepanjang hayat. I laughed and I cried. We enjoyed this movie so much I brought my baby brother to the cinema yesterday and watched this AGAIN.

Myyyyyyyyyyyy favourite character haruslahhhhh.....

 

TADASHI HAMADA. kenapaaaaaaaa Tadashi mati di awal-awal cerita? masih belum cukup dos kekacakannya diterima. sudahlah kacak, baik hati dan manis pula. comel juga. bijak dan penyayang. cukup pakej. soalan untuk pengarahnya: adakah penonton sepatutnya menangis ketika Tadashi mati? perempuan ini menangis ketika kematian Tadashi. tersedu-sedan di kala cerita belum mencapai klimaks. kerana terlalu minat Tadashi. dan kerana dah tak boleh tengok Tadashi. no more Tadashi for the next hour. dan ketika Baymax menunjukkan video Tadashi kepada Hiro, perempuan ini menangis lagi. Adoi. Sungguh hormonal punya perempuan. 

NEXT MOVIES ON THE LIST:

The Hunger Games (MockingJay Part 1)
Penguins of Madagascar 

Cuti sekolah dah bermula namun masih perlu bersemayam di sekolah menghadap pekerjaan yang tidak habis-habis.

Happy Holiday! 
Kepada emak bapak di luar sana, selamat menghadap anak-anak masing-masing. Jangan pula kerana penat melayan kerenah anak yang belum sampai 10 orang itu, keluar ayat 'kalau macam ni baik pergi sekolah lagi senang'. Itu anak-anak tuan-puan sekalian, darah daging sendiri. Jangan lepaskan semuanya kepada guru. Guru juga punya keluarga. Dah ada dengar dekat radio ada parents penat jaga anak dekat rumah rasa macam nak suruh pergi sekolah je. Sekolah baru mula cuti rasanya, belum sampai seminggu lagi. Sudah mengalah?

Pfffttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...