Usahlah bermadah. Boleh cepat sikit tak?
JIKA JIKA JIKA anda merancang untuk ke Hong Kong...bolehlah gunakan tips yang kakak nak bagi ni. Moga-moga sedikit sebanyak membantu.
1) Tukar duit ke HKD
Di Kuala Lumpur, ada banyak money changer. Rajin-rajinlah check currency rate tuan tuan puan puan. Tapi kalau jenis aiman tak kesah, tukar dekat mana-mana pun boleh sajork. Gitew. Kitorang, KALUT. Last minute punya pekerjaan lagi. Survey punya survey, fikir punya fikir...last last tukar dekat Brem Mall, Kepong. Rate dia, not bad. FYI, duit Hong Kong adalah berupa Hong Kong Dollar. Rate dia lebih kurang macam 50 sen kita = HKD$1. Yang titik perpuluhan lelain tu bergantung pada keadaan. Kehkeh.
2) Passport, NO NEED VISA
Yang mana belum renew passport, jemputlah renew. RM200 untuk 5 tahun mendatang. RM100 untuk golongan bayi. Nak pergi HK tak perlu visa.
3) PARKING MURAH
Siapa sini suka bayar parking mahal? TIPOOO. Mana ada orang suka bayar parking mahal oi! Berdasarkan pembacaan di blog-blog, kami park dekat Putrajaya Central. Berbumbung dan diyakini selamat. Kami naik train ke KLIA 2 dengan bayaran RM9.10 untuk seorang dewasa. Bayi naik train free. Seronok betoi depa ni semua benda free.
Kami parking selama 4 hari 3 malam. Bayaran RM20.00 sahajo. Parking KLCC lagi mahal OK.
4) FLIGHT PERIOD
Flight dari KL - HK dalam 4 jam begitulah hendaknya. Jadi, kalau anda sejenis cepat lapar, orderlah makanan atau bawalah kudap-kudap dalam beg. Jika membawa bayi, get ready for supplies. Bebudak ni kekadang tak beragak jugak waktu lapar diorang.
5) UPON ARRIVAL TO HK
Nanti, flight attendant akan edarkan sejenis dokumen sebelum landing di HK. Sekeping kertas kecik yang muat-muat dalam passport kita je. Nampak macam picisan tapi jangan sesekali engko hilangkan!
Kertas kecil itu akan bertindak sebagai dokumen pengesahan masuk dan keluar Hong Kong. Masa masuk, Kastam akan check dan letak semula dalam passport kita. Nanti masa nak balik, dia nak tengok kertas tu semula. Jadi, jangan sesekali bertindak sembarangan.
Dah takde cop cop passport. Memang kertas kecik tu je yang akan jadi penyelamat dunia.
6) Harga Hotel/ Motel/ dan yang sewaktu dengannya
Let me tell you something, PLEASE BOOK YOURS AS EARLY AS POSSIBLE. Carilah yang Free Cancellation just in case anda sejenis tak tetap pendirian. Boleh guna Trivago atau Booking.com. Tunggu promotion dan buat booking. Semua di hujung jari. Kalau nak lagi secure, cari yang payment upon arrival.
Dekat Hong Kong, harga penginapan adalah TIDAK MURAH. Seriously. Kalau betul nak murah, ada. Tapi nanti pasti anda terkejut beruk dan tidak menyangka hakikat bahawa dunia ini boleh jadi sebegitu kejam.
Hong Kong adalah salah satu bandaraya dengan taraf hidup yang sangat tinggi. Jadi, kita kena bertindak dengan bijak. Silap kitorang, pergi waktu peak season - Chinese New Year. Kononnya nak fefeeling. Tetiba tengok harga hotel, amekaw pengsan.
Lepas survey berhari-hari, kami decide untuk stay dekat area Mongkok. Tak semeriah jika anda stay di Tsim Sha Tsui. Sebab kami travel dengan bayi, jadi perlukan keamanan dunia. Banyak baca review jika stay di Tsim Sha Tsui, pencemaran bunyi agak tidak ketahuan. Tapi, bergantung kepada orang juga.
RM800+ untuk satu bilik dengan 1 katil single + 1 katil double selama 4 hari 3 malam. Cukuplah untuk melepaskan penat berjalan setiap hari. Nak kata selesa, OK lah. Kena terima kenyataan bahawa Hong Kong sudah kekurangan ruang. Jadi, ruang yang ada di dalam bilik tu memang muat-muat aje. Solat di bucu bilik. Memasak di ruang antara 2 katil yang hanya muat muat untuk Zara berdiri. Toilet pun sekadar ada. Tapi lengkap dengan Hot Water juga FREE Wifi yang sepantas kilat. Ada kettle, hair dryer dan aircond.
Ada TV tapi useless untuk orang yang tak tahu Mandarin/Kantonis HAHAHAHAHAHA.
Kitorang banyak berjalan. Memang tak stay dalam bilik pun. So its not a big deal walaupun bilik tu sekangkang kera je. Balik bilik je memang terus terbongkang HAHA.
Kami cuba travel secara paling ekonomi, jadi kalau korang ada budget lebih...boleh je nak go for better hotel. Ada hotel besar-besar juga dekat sana, tapi ongkosnya kenalah besar juga. EHEHEHE.
Nampaknya kena berhenti setakat ini. Princess dah bangun.
Nanti sambung OK. Take care!