Wednesday, April 5, 2017

#KZTRAVEL to Hong Kong - Persediaan untuk travel dengan anak kecil

Assalamualaikum. Yuhuuu.

Hamek kau berzaman tak update. Kononnya berhasrat murni nak istiqomah. Gagal teruk. OK kakak cuba sekali lagi. Kali ni kasik kakak can lagi sekali untuk memulakan entri kakak ke HK (pada Januari lalu) dengan topik PERSEDIAAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ANAK KECIL.




1) WEATHER

Check cuaca dekat destinasi anda. Adakah sejuk adakah panas atau suam-suam kuku sahajo. Masa nak pergi HK haritu, 1 month before dah selalu pantau suhu dekat sana. First, sebab bulan Januari dekat sana tengah musim sejuk. Tapi idoklah sejuk sampai - celcius. Paling sejuk pernah tengok dekat weather forecast tu dalam 14C kot. Andddddd sebab kitorang plan nak naik Victoria Peak, so kena buat extra research lah sikit. Kekdahnya, tempat tinggi kan lagi sejoks. Memang pun. Berdasarkan pembacaan iols, sampai 10C boleh jadi kot kat atas tu. Jadi...
  • beli sweater / sweatshirt / jumper / coat / sewaktu dengannya. Kalau dah ada, bagus. Kitorang memang first time travel after so long. Jaket2 yang guna masa dekat Auckland dulu dah entah kemana-mana jadinya kena lah beli baru punya. Sebabkan kitorang travel EKONOMI, beli dekat bundle sajork. Brand new berapa ratus wei. Baik save duit untuk spend dekat sana hewhew. Dekat Ampang Waterfront ada satu kedai bundle besar yang ada macam-macam jenis baju, jaket dan sewaktu dengannya. Nama kedai tu FAMILY BUNDLE. Kekdahnya kedai bundle, kena rajin telek kena rajin pilih. Bak kata pepatah, menang membeli menang memakai. Ewah.
  • kita tak tahu sejauh mana anak kita tahan sejuk. Jadinya, extra precaution untuk dia. Mak Zara over OK sampai beli gloves padahal anak tu tak tergugat pun dek kesejukan ala-ala manjew tu HAHAHAHA. 
2) MEDICATION

Paling penting! Sebabnya kalau jadi apa-apa dekat sana, at least kita ada kit keselamatan diri. Gitu bunyi taknak kalah. Basically, if you/husband/baby ada health issue, make sure bawak semua medication. Yang lain-lain tu basic needs yang boleh dibeli di Watsons, Guardian dan seumpama dengannya. Dekat sana nanti, kot tetiba tersakit ke apa kan senang dah ada semua. 

  • plaster (for adult and baby)
  • minyak panas / balm / minyak angin
  • salonpas / yoko yoko / others
  • panadol actifast 
  • ubat cirit-birit (for adult and baby)
  • koolfever *just in case
  • herbal cream / minyak yu yi / any cream yang baby guna
  • rash / nappy cream for baby 
  • lotion (for dry skin *just in case)
  • vaseline 
  • and the list go on mengikut keperluan anda

3) CLOTHES

Untuk mengelakkan luggage anda overload, plan your clothes. Ada bayi kan? Rancang baju mereka juga. Perempuan dengan never-ending-packing memang sangat sinonim. Rasa macam tak cukup pula baju ni padahal dah terlebih-lebih. Sangat penting untuk plan your clothes supaya tak berasa serabut dengan extra clothings. Juga, untuk memudahkan pergerakan anda. Pakaian untuk last day letak bawahhhhhh sekali. Ikut turutan hari. Senang juga nak cari nanti. 

Untuk baby, bawa satu extra shirt pun dah ok actually. Sebab kita akan berjalan-jalan sepanjang hari. Plus point, dekat sana kita tidaklah berpeluh bagai juara macam di Malaysia. AHAHA. 

4) LUGGAGE / BACKPACK?

Awalnya, kami sangat ambitious. Nak travel dengan 2 backpack je. Satu sorang, plus backpack Zara yang kecik sikit konon nak bawak naik kabin. LOL. Dalam mimpi. Selesai pack satu backpack, rupanya BANYAK LAGI yang belum masuk. Mission failed mission failed. Unloaded. Think. Think. Think. Tak boleh macam ni. Cannot. Kena bawak luggage juga. Sebab stok makanan kena bawakkkkkkkkk. 

See. Sebab makanan, backpack tergadai. AHAHA. Lepas ni kita cerita hal makanan. Kami berakhir dengan 1 backpack, 1 luggage dan 1 backpack Zara. 

5) MAKANAN 

Berdasarkan pembacaan, kebanyakan orang pergi HK akan bawak stok makanan dari Malaysia secara berbondong-bondong. Hal ini adalah kerana...

  • Harga makanan sangat mahal. Terutama di Disneyland. Terperanjat woi tengok harga makanan HKD149 untuk satu set Nasi Goreng. Rela berlapar sampai bilik baru melahap. Dekat restoran halal pun harga makanan boleh tahan. Cuma kitorang pergi juga merasa makan dekat luar sekali sebab masa tu Zara nampak McD. Lepas tu dia duk sebut "fries...fries...fries". Kau mampu ke nak menidakkan seorang bayi?  
  • Nama pun travel secara EKONOMI kan. Maka, get ready to rock! Saya beli multi-functional pot dekat Lazada. Murah je dalam RM30+ macam tu. Boleh guna untuk memasak yang mudah-mudah. Ah kau dekat negara orang tak payah mimpi lah nak buat sambal tumis. HAHA. 
  • Antara yang kami bawa : biskut, roti (letak dalam tupperware untuk elak terpenyek LOL), mi segera, spaghetti, prego cheese & herbs (sedap tak tipu), coklat, cookies untuk Zara, canned tuna, dannnnn apa lagi tah yang pasti dekat nak penuh luggage bab makanan sahaja HAHAHA. 
6) STROLLER

Sesungguhnya beruntunglah kita sebab sekarang ni dah banyak compact and light stroller yang wujud di pasaran. Tak perlu pun yang mahal, yang murah murah pun ada. Kami beli stroller Zara dekat TCE Baby Expo - Booth Sweet Cherry. Gitu spesifik kakak bagi. Before this memang dah ada stroller, tapi jenis yang bulky dan bentuk bassinet. Berat dan besar. Memang idokle akak nak angkut bawak pi travel. So, kami decide untuk beli yang baru dan lebih ringan supaya senang hendak kemana-mana since Zara dah besar kan dan selalunya mood dia nak berjalan sendiri kesana kemari. Senang nak lipat, senang nak bawa kemana-mana. Maka, selamatlah kehidupan kedua ibu bapa tatkala anak nak tido. Sebab Zara ni masih sejenis yang mudah lelap kalau pergi mana-mana. So kalau tak bawak stroller, naya kat mak dia. 11kg ui!

Setakat ini, yang 6 ini je yang kakak boleh fikir. Yang lain nampak gayanya masih tenggelam bersama kapal Titanic HAHAHAHAHA. 

Sehingga ketemu lagi, harapnya. Kihkih. 





1 comment:

Sarah Aishah said...

sila buat sambungan kepada entri ini. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...