Thursday, April 27, 2017

Zara, turning 23 months

Just a quick update on Zara's development for my future reference :)

She is turning 23 months in few days time. OH-EM-GEE nampaknya fasa the special two menghampiri. Sekarang pun dah nampak bayangan betapa special drama yang bakal berlaku kepada golongan bayi baya-baya begini. Mengamuk, menangis secara tak tentu hala. Bisa menggegar hati emak bapak.

Since most of my friends have a child around Zara's age, there are a lot of tips shared on my Facebook timeline. Kadang-kadang sambil lalu nampak post macam mana nak handle those tantrums, why you cannot be angry to your kids around this age, what you must do to calm tour child and banyak lagi lah! Sangat sangat sangat berguna ok uols. Antara rajin atau tak rajin nak baca je. KEKEKE.

Kadang-kadang, rasa geram jugak bila dia menangis mengamuk tak tentu hala. Tapi, pelajaran pertama adalah kita KENA BERTENANG. Bila anak tantrum, jangan lah dengan kita sekali nak tantrum. Of course, susah nak bertenang especially bila badan kita penat mengadap pekerjaan seharian. TAPI, jangan bagi alasan. Walau macam mana pun, kita dulu yang kena bertenang. Then, barulah boleh tenangkan anak. Agitew.

Apasal macam nak bagi tips pulekkkk.

Now, Zara dah mempertingkatkan vocabulary dia. Banyak words baru yang dia dapat. Tapi mak bapak kena beringat sebab around this age, budak akan jadi macam parrot. Dia copy, paste. Direct gitu je. Takde tapis. Sekarang ni kalau ada benda-benda terjatuh tetiba ke atau something yang dia tak suka....

'azimmmmmmm'

NOPE. Bukan nama jejaka idaman malaya. Itu adalah 'astaghfirullahalazim' version Zara. Sebab biasanya kalau dia campak/baling/wrestling apa-apa atau berbuat sesuatu yang menterperanjatkan ibubapanya, itu yg dia dengar dari mulut kitorang.

Nampak tak? Dasar copy cat.

Zara adalah sejenis yang sangat sangat SANGAT suka tengok video dekat Youtube. Awal-awal dulu, dia selalu miming je. Sekarang, dia dah start follow apa yang characters tu cakap. Siap hafal. Phew. Biasanya dia suka tengok video suprise eggs sampai pantang nampak surprise eggs mesti kena beli kalau tak dia bakal memporak perandakan dunia.

Kadang-kadang dengar dia sebut 'one...two...three...' takpun 'a...b...c...' Lega lah hati mak sikit. Nampak gaya boleh dapat nombor satu dalam kelas nanti ni. HAHAHA.

Masih a big fan of songs. Menari, menyanyi dan mengajak ibubapa berjoget. Tak sah kalau tak ajak. Pesen suka berhibur, dia ni.

Kebanyakan haiwan dia dah kenal. Boleh sebut dan boleh buat bunyi. Sering menghiburkan hati ibubapa dengan keletah yang unexpected. HAHA.

Few weeks ago, terjadi musibah. Seronok sangat lompat sampai terjatuh katil dan terhantuk. Bengkak dan lebam bawah mata. Warna ungu OK. Boleh bikin mak trauma. Kasihan sangat. Tapi nampak gaya belum sampai masa dia ambil pengajaran. Masih suka melompat dan memanjat. Tak reti takut.

Semoga Zara membesar menjadi budak yang bijak, solehah dan menyejukkan hati ibubapa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...