Tuesday, April 19, 2011

mari belajar bersama sizuka : tutorial 4

Tutorial 4: setting the right angle when you snap a picture.oleh sebab tajuk tutorial kali ni panjang sangat, maka dekat title post saya letak tutorial 4 je.HAHA.jimat ruang, jimat kos [?].

now, tell me what do you think about this photo...


gambar A

and try to compare it with this one...


gambar B

saya teka, kemungkinan anda, anda & anda akan ada lebih feel kepada gambar B.kenapa?because of the angle of the photo, most probably.TAPI, ianya ialah suatu kemungkinan sahaja, bukan kesimpulan ok.

mungkin juga, ada yang lagi suka & tertawan hati dengan gambar A, bukan gambar B.ye tak?kenapa?sebabnya beauty lies in the eyes of the beholder.HAHAHA tak tak tak.sebabnya, lain orang lain feeling & lain orang lain pendapat.kau rasa Edward Cullen kacak?aku rasa tak.Sean Biggerstaff lebih kacak.macam itulah contohnya.HAHAHA.

siapa-siapa yang suka/punya Tumblr, haruslah selalu terjumpa gambar-gambar yang membuatkan kita rasa seperti tercampak ke dalam foto.errr faham tidak macam mana perasaan tu?ibaratnya macam makna tersirat dari foto tu sampai ke hati.tu diaaaa keluar dah ayat kebabom dia.HAHAHA.

kadang-kadang, sudut yang kita pilih bila kita snap gambar SANGAT menentukan sejauh mana gambar yang kita snap tu memukau penonton-penonton gambar.kalau ada yang rajin study pasal basic photography, mesti korang tahu pasal Rule Of Thirds.

basically, bukan nak kata kalau kita letak objek dekat tengah, gambar jadi tak cantik tak kebabom.tapi, kalau kita ikut Rule of Thirds ni...hish tak taulah nak cakap macam mana.macam dapat rasa seni gambar tu tau.i am bad at explaining things.i made it worst.HAHA.

sebab tu, kalau korang tengok gambar yang saya publish dalam blog ni, kebanyakannya semua objek saya letak tepi.KONON nak bagi nampak seni dia tu.ecehhhhhhh.samalah macam ini...



just imagine IF I put her at the center of this photo.tak jadi dramatiklah gambar ni, ye tak?

NOTE: tapi bukan semua gambar nak kena letak objek dekat tepi.actually, it depends on you.ikut kesesuaian objek apa yang jadi fokus gambar korang :)

Hope this helps.

Kalau ada soalan, jangan malu jangan segan, nanti sesat jalan :P

p/s: hari ini, mungkin cik sizuka si tukang tulis sudah tiba di Sydney.besok flight balik Auckland~!petang lah tapinya T___T.

Monday, April 18, 2011

my collection 001 :)

actually dah pernah publish gambar-gambar ni dekat blog yang satu lagi.tapi sebabkan blog yang tu dah tamat riwayat dia, maka nak share dekat sini pulak :)

















cukuplah dulu.lain kali saya share-share lagi ok?:)

Sunday, April 17, 2011

mari belajar bersama sizuka : tutorial 3

Tutorial 3: how to put watermark/text on your photo :)

tutorial ini menggunakan perisian Photoscape.*ayat nak macam buku manual kan HAHA*

okay.lepas korang dah habis bedah siasat edit segala gambar korang, time to put your watermark!supaya tiada anasir-anasir dan makhluk-makhluk jahat datang menjelma.AHAHA.tak adalah.untuk mengelakkan gambar anda dicilok orang.motip apa nak cilok gambar gua?gua bukan siti nurhalija pun.mencegah lebih baik dari mengubati.pernah dengar?kalau tak pernah, pergi rendam kepala dalam sinki sana.

T_____T asyik asyik sinki.tak ada benda lain dah ke.

bersyukurlah, kalau saya cakap lubang jamban tidakkah lebih durjana bunyinya?

HAHAHAHAHA.
sudah!mari bermula.

a) Watermark



Klik Object, dan klik gambar pemandangan yang kecik tu.klik je, jangan takut.kak limah tak keluar punya.HAHAHA.


lepas tu, klik dekat Photo...yang atas sekali tau.

nanti akan ada window pop-up macam ini...



cari dekat folder mana korang simpan watermark, klik watermark korang dan klik Open.double click pun boleh jugak sebenarnya.itu tips and trick bila guna komputer.sekali sekala jadi tradisional tak ada masalah punya.hehe.

dan akan menjelma suatu benda seperti ini...



actually before korang nak set-up watermark dekat gambar tu, korang boleh pilih nak adjust opacity watermark korang ke tak.Opacity membawa maksud, darjah kepekatan warna watermark korang tu.kalau nak buat macam tenggelam timbul je, boleh kecikkan lagi opacity dia.cuba adjust-adjust dekat situ.pasti jelas perbezaannya.wahhhh dah macam iklan produk pencerahan wajah.HAHAHA.

klik OK and you're done with your watermark.NOTE: pilih corner yang sesuai supaya watermark korang jelas kelihatan.ecehhhhh.

b) Text/wordings


lebih kurang macam tadi, klik Object dan klik huruf T yang besar tu.T yang single ok.yang sebelah lagi tu kena tunggu tutorial lain, mungkin. :)



nanti ada window kecik pop-up macam ini.tulis wordings korang, pilih Font.saiz boleh adjust dekat atas gambar nanti,biar dulu takpe.haaaa dekat sini pun korang boleh adjust Opacity wordings korang tu.biasanya, gambar-gambar yang dramatik sikit macam dalam Tumblr tu, wordings dia nampak jelas tak jelas je kan?this is the secret!HAHA.

dah setel, klik OK.saiz dia boleh adjust lagi.just tarik je cursor tu kesana kemari, besar keciklah font tu nanti.teeeheeheee.

jangan lupa SAVE! :D



oh ya, Fatin mintak saya share dekat mana boleh download font cantik-cantik.sebenarnya saya dah pernah buat entri pasal font cecantik kebabommm nih.boleh klik sini kalau nak baca.tapi kalau taknak baca pun takpe, boleh klik sini terus kalau nak download font cantik cantikkkk for FREE :)

p/s: tapi jangan rambang mata haaaaaaa,nanti kalau download bebanyak lepas tu bantai install belaka, laptop korang ada potensi untuk menjadi lebih lembab daripada seekor sipots.eh 'seekor' tu singular jelah pahal ada 's' tetiba.HAHA.



Friday, April 15, 2011

away~

it is 12.54am in New Zealand, already Saturday.whoahhhh.padahal dekat Malaysia baru pukul 9.54pm, Friday.masa ni nampak lah beza.tapi kalau siang tak nampak beza sangat sebab actually sini dengan Msia beza 4 jam je :)

Flight to Brisbane, 7.00am waktu NZ.sekejap lagi dalam pukul 3 pagi, kitorang bertolak pergi airport.driver hantar.fuiyohhhhhh ada driver?driver shuttle lah, pandai.HAHAHA.

besok kitorang dekat Brisbane, 17hb dengan 18hb ke Gold Coast, 19hb dan 20hb ke Sydney dan lepas tu terus balik Auckland.YES blog terkontang kanting seorang diri lagi.tak apa.macam itulah lumrah kehidupan sebagai blog.kena terima seadanya.bersyukur bersyukur.HAHAHA.tapi jangan risau, entri auto-publish dah siap semua, dan ada tutorial.

housemates semua sedang dibuai mimpi, sementara menunggu jam 3 a.m.saya?entahlah.sekejap lagi ada potensi tersadai depan laptop sendiri.AHAHA.

tadi telefon mak, beliau menceritakan perihal anak-anak muda kampung [gadis-gadis] yang berlagak terror main bola jaring.tidak consider kaum ibu.dia nak geng dia semua hebat, sukahati rampas semua yang muda belia masuk geng dia.emak saya emosional.tak apa, go go mak!tunggulah saya balik nanti, baru kau tahu pokok durian tepi rumah aku tu tinggi ke rendah!

so basically, kalau ada yang merasakan kehilangan aicewahhhhhhh, rajin-rajin jenguk kotak twitter sebelah kanan sana.mungkin, saya sedang hebat merandom di saat kebosanan tunggu flight pukul 7 nanti.mungkin juga, tak ada update langsung.faham-fahamlah kenapa.HAHAHA.

Doakan perjalanan kami selamat :)

Keputusan GA sizuka.jeng jeng jeng.

Alhamdulillah.thanks sangat dekat korang yang sudi join GA ni.walaupun pada hakikatnya, tak berapa nak sukses sebenarnya.but still, thank you so much :')

walaupun saya tak dapat pos hadiah-hadiah dalam masa terdekat, tapi haruslah kena umum siapa menang apa ye tak?

NOTE: yang ni takde siapa nombor satu, nombor dua ke nombor tiga.semua ialah pemenang, tiada pengalah.sajewwww jewwww kan.

dan pemenang-pemenangnya ialah...

Anugerah Pengipas Terbaik Sedunia!


Putera Petir!!kehkeh.Prince Halilintar lahhhh.


Tokey Blog Schubert Serenade yang kevavomm.baca review dia neh buat aku gelak tak henti.HAHAHA.seronok ye hentam aku.


Lagenda Budak Hitam :) Cik BH kitaaaaa whooot whooot!


Fatingggggggg!:D


Cik Jannah, Chenta & Silah Si tembikai susu!errk.Silah Si peminat tembikai susu!HAHA.

To Che'Ila, Cik Aada, Nor Adzwaty Rokkafella and Jaa, masing-masing akan menerima sekeping poskad istimewa dari New Zealand~!

tunggu kejap!

errr saya ada sebut pasal simbol penghargaan bukan?maka dengan itu...presenting!





SEMUA yang join GA saya akan mendapat watermark hak milik mutlak satu sorang!Made by me, Made in New Zealand, Made with kasih sayang sepenuh hati.gitohhhhh.semua watermark transparent.^__^

maka, drop me your emails please~!

kalau sempat, saya emailkan sebelum bertolak pergi Australia pukul 3 pagi nanti :)

harap-harap simbol penghargaan ini menggembirakan semua orang :)

p/s: saya tak berani nak lukis/tepek gambar apa-apa dekat watermark tu.sebab Prince Halilintar ada cakap, benda-benda yang saya lukis semua orang tak dapat faham.HAHAHA hebat kan sizuka??:P

GA sizuka : penyertaan ditutup :)

Maka dengan ini, saya merasmikan penutupan penyertaan GiveAway sulung saya yang julung-julung kali diadakan, dengan senarai penyertaan dalam perlumbaan perebutan hadiah ialah seramai 11 orang kesemuanya.Terima Kasih.



Senarai pemenang dan hadiah yang bakal diterima akan diumumkan seketika nanti.Kita beri laluan kepada pihak penaja.

HAHAHA.ada hati nak jadi penyampai anugerah skrin yawwww.mimpi aje lah izzati.

insyaAllah saya akan umumkan pemenang hari ni jugak.makanya, tungguuuuuuuuuuuu~

Thursday, April 14, 2011

of flowers and Australia

err siapa yang join GA saya, saya mintak maaf sangat-sangat tau.tak tahu nak sorok muka dekat mana dah ni.huhuhu.yang belum baca, boleh baca sini.

tukar topik.

lusa, saya dan kawan-kawan akan ke Australia.bercuti lah KONONnya.actually, bercuti dan membuang duit sekali.huhu.padahal mulanya dah cuba nak jimat dah.tapi nak buat macam mana, langit tak selalu cerah.andddd currency Australia memang lagi tinggi dari NZ.maka, pergi dengan hati yang redha.beg dah penuh instant noodles, iaitu cara penjimatan yang paling efektif.T____T.

blog akan ditinggalkan selama 5 hari 4 malam, mungkin.tak tahu dekat sana senang nak dapat internet ke tidak.tapi insyaAllah saya akan tinggalkan blog dengan tutorial yang dipublish secara otomatis.tutorial pasal apa, errr mungkin pasal sudut mengambil gambar & cara meletakkan watermark/wordings menggunakan Photoscape.









sebagai tanda penghargaan & memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini, insyaAllah semua yang join GA sulung saya akan dapat simbol penghargaan.

simbol penghargaan apa tu??

jeng jeng jeng :P

Wednesday, April 13, 2011

it is a hard decision, but i have to

tajuk entri tak boleh nak dramatik lagi kan.tapi sungguh, this one thing is serious.rasa bersalah menyelubungi diri.tapi ni bukan setakat selubung dah ni, ni dah tahap dibaluti disaluti dan berkelubung dengan kain sarung [?].

ini tentang GA sulung saya,yang mana tarikh tutupnya bakal menjelang tanggal 15 April nanti.

semua orang mengharapkan perkara-perkara pertama dalam hidup ialah sempurna, a.k.a perfect.saya pun.namun, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan lebat di tengahari.ecehhhhh keluar dah perumpamaan.

serius,izzati.serius.sempat lagi engkau bermadah helah ya.

sekali lagi terpampang foto memohon kemaafan ini.

walaupun belum tutup lagi, walaupun tak tahu siapa pemenang siapa pengalah lagi NAMUN saya masih mahu memberitahu pemberitahuan ini supaya semua orang tahu apa yang saya nak beritahu.wengggggggg pening baca ayat kauuuu.

I can't post those presents to Malaysia, at this moment.alasan, boleh kata adik-beradik dengan alasan tak boleh berniaga rantai ke Malaysia haritu.

sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa! T_________T

entah kenapa Post NZ buat perangai melakukan gerak gempur memahalkan kos penghantaran barang.sobs.sadis betul perasaan.

ada juga perkara yang menyebabkan saya kena banteras diri sendiri dari berbelanja.huhu.

kalau korang sedih, saya lebih sedih dan sebak hati.kuharapkan yang pertama ini menjulang kegemilangan, kecundang jua akhirnya.dah kau kenapa keluar ayat buah kundang bagai ni tetiba.

nak dramatik sikit tak boleh ke.uhhhhhh.dramatik dramatik, awok lastik kang.

tapi jangan risau.saya ada back-up plan.bunyi nak gempak kan.haruslah.

I'll replace the presents with another 'thing'[saspen disitu].bukan saya nak simpan keychain fridge magnets tu semua sendiri, saya bagi jugak nanti.tapi kena tunggu saya balik Msia dulu, hujung tahun ni insyaAllah.kot-kot nak buat sepetang bersama izzati kebabommm ke apa-apa kan.HAHAHA.pasal siapa dapat apa, haaaaa yang tu kena tunggu tarikh tutup dulu.baru malatopzzz.heeee~

maka dengan itu, I AM SO SORRY :(


tiap-tiap kali tengok gambar ni, rasa tenang sangat.my favourite flower's photo,2010.koleksi sepanjang zaman.nak lawan tajuk album Naseer Wahab tuh.tak menahannn.HAHA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...