Thursday, August 5, 2010

sudah begitu takdirnya

tajuk entri tak boleh nak dramatik lagi kan.haha.macam nak tulis novel.asyik asyik novel.asyik asyik novel.tukar tukar.komik pulak.eh sekejap.komik tak cool.haha dahhhhh.hari ni pergi school visit lagi.dan kali ini destinasi kami adalah Rangitoto College.INI BUKAN KOLEJ.this is one of the biggest secondary school in NZ.ini high school harap maklum.last week dah pergi tengok budak-budak comel mata biru.kali ni tengok jejaka-jejaka mata biru pulak.ehhhhh bukan jejaka.haha.adik-adik lebih tepat.okay okay adik-adik mata biru.haha~

mula-mula sampai ada Powhiri.lepas tu ada Haka.lepas tu ada persembahan menari menyanyi.oh sangat seronok.suara kemaen sedap.sungguh tak tipu.siapa tak tahu hape kejadahnya Powhiri dengan Haka tu pergi google sana.haha.betul.siapa nak tahu baik pergi google.please jangan mintak izzati terang.nanti semua pening.dengan saya sekali pening.haha.

ini encik jimmy.penulis blog jawa totok di bumi kiwi.mesti ada anda-anda yang kenal beliau.siapa tak kenal pergi berkenalan sana.haha.tak tahu motip letak gambar ni dekat sini.nak promote beliau mungkin?azmi sila cakap thanks sekarang.tahu ko dah famous tapi tak salah aku promote lagi kan?*motif sebenar nak letak gambar sendiri je tapi nanti kalau dia ni tahu 'crop' gambar dia mesti bising gila pot pet pot pet*haha~

ini group observation saya.oh yes the only lady in the group.kan.dan yang sut biru tu student rep[representative] yang bawak kitorang jalan-jalan mengembara ke seluruh kawasan sekolah.MENGEMBARA sebab sekolah tu memang besaaaaaarrrrrrr.nasib baik tak pakai heels.kalau tak mesti dah junjung heels atas kepala.haha.eh tak jelas muka dia?sekejap sekejap.hahhhh haritu tak tengok lagi budak kecik mata biru kan?sekejappppp.nama beliau Daniel.17 tahun.tinggi dan comel.haha~tapi beliau bukan budak kecik mata biru.

nahhhhh.lebih jelas.guys only.kan muka masing-masing seronok sebab tema gambar macam GUYS ONLY.derrrrr.haha.eh Daniel dulu masa kecik dia budak kecik mata biru jugak tahu.jadi ini budak kecik mata biru versi teenagers.suka ke tak suka?saya suka.kan izzati.hahaha.haish haish adik tuhhhh.adikkkkkk.[khairul,ni i main-main je okay.i sayang u sorang je:P]

like seriously i was meant to be a primary school teacher.betul ni.sungguh sungguh betul.saya tak rasa saya boleh deal dengan bigger kids as in teenagers.saya tak rasa saya boleh kontrol diorang.saya tak rasa saya boleh sabar dengan mereka.jiwa ni rasa lebih ngam dengan kanak-kanak kecil walaupun kerenah bermacam-macam:D

eh besok ada skype dengan Junior.kan tetiba seronok besok jumpa Junior lagi dekat Skype.hihi.

Wednesday, August 4, 2010

baby :D

tanpa keliru dan ragu saya ingin memperkenalkan baby-baby saya kepada anda pada hari ini.selama ini baca entri sizuka asyik sebut 'my little baby' 'my baby pink' 'my baby orange polaroid'.ntah hape kejadahlah benda-benda itu.kalau ada ruang gosip dah lama keluar, eh eh izzati dah ada anak ke?umur berapa?rasanya nikah pun belum.kan.haha.bermacam lagilah.jom berkenalan dengan anak-anak kesayangan sizuka.eceh 'anak-anak' macam tak sesuai.rasa macam dah tua pulak.haha.ok ok tukar.baby-baby sizuka.baru COOL.heeee~
beliau adalah 'my baby pink' yakni my first daughter.eh kenapa daughter?sebab beliau warna pink dan saya suka pink dan saya rasa beliau akan sangat COOL jika beliau adalah daughter dan bukan son.haha.beliau sangat berjasa di saat-saat mummy [saya] bersuka duka hidup tanpa kamera dan hanya berbekalkan kamera handphone 1.3MP.beliau muncul dengan 12.2MP.wah wah wah.haha.
ini my first son.'my little baby'.nampak disitu tak sesuai gila nama 'little' dengan saiz baby saya yang ini.saya memanggil beliau 'little baby' adalah sebab antara semua-semua baby ini, beliau yang paling manja dan perlu dibelai setiap masa.tak boleh main baling-baling macam compact camera.tak boleh kena hujan.tak boleh kena panas.nanti demam mummy yang bankrap.muahaha~eh eh kenapa son?sebab beliau agak macho dan kacak bergaya.jadi saya rasa son adalah sangat sesuai dengan beliau.lagi satu sebab baby sulung dah daughter.jadi baby second nak son pulak.dan dan...haha sesuka hati kan nak selang-seli.betul lah.kalau anak sendiri boleh ke suka hati nak daughter lepas tu nak son?kena merancang lebih teliti mungkin.haaaaah sudaaaah.dah masuk bab alam perkahwinan dan beranak ini bermaksud sudah lari dari landasan kebenaran.hahaha.bukan bukan.landasan kebenaran juga tapi belum sampai masa.kan.

ini baby bongsu yakni adik paling terkecil dan termuda sekali.cuba teka beliau daughter atau son?cepat cepat cepat.haha.beliau adalah son yakni sesuka hati akulah nak letak beliau son atau daughter.haha.tapi mungkin son lebih COOL dengan beliau.sebab warna agak melampaui batas dan menyerlah.jadi son lebih sesuai.anak gadis tak boleh menyerlah-menyerlah sangat.beliau 'my baby orange polaroid'.belum pernah mencuba baby yang ini sebab fulus masih jauh untuk dicapai.sabar ok baby.nanti bila poket mummy ada fulusnya,mummy belikan film baby ok?hoih hoih saya tak gila.ini monolog kasih sayang antara mummy dan baby.haha.oh ya dan beliau adalah polaroid kamera.sangat gojes kan beliau.kan mummy dah puji baby sendiri.habis tu siapa lagi nak puji you baby.mummy je.haha~

oh ini bukan baby saya.ini baby khairul.baru tiba dari Canada semalam.puiyoh jauh gilaaaaaa kan.tapi memang berbaloi-beloi penantian beliau selama 3 bulan shipping.sekarang masa untuk Ah Long kutip hutang.hahaha.it's showtime!

saya sangat sayang baby-baby saya dan juga baby khairul kerana saya bersusah payah kerana beliau.haih semua pun mummy perlu bersusah-payah.macam mana kalau ada baby yang real nanti.wah wah berangan dah.haha sudahhhhhh.

tadi ada orang gila buzz dekat ym.mintak maaf ye semua.zaman berborak dengan orang yang tak dikenali dekat ym dah jadi zaman purba kala.ada orang cari jodoh guna ym.and i was like ???.one word GILA.synonym CRAZY.kadang-kadang sampai rasa annoying gila rasa nak hentak laptop dekat kepala orang itu.tapi mana boleh.laptop itu nyawa.laptop itu jiwa.lebih sayang laptop dari kepala orang itu.MESTILAH.dan biasalah alasan baik punya yang saya selalu guna kalau diorang dah sibuk nak berkenalan sangat.

'oh sorry i need to send my husband to work now'
'i am too busy with houseworks and my child'
'i'm married and have 4 children'
'i am fat-ugly old woman with 89kg weight'

lepas tu memang macam suis automatik weh.erm okay nice to meet you watever.HAHA.tapi ada yang gila taknak percaya memang aku report as spam.padanlah muka engkau.nak cari jodoh pergilah agensi cari jodoh.senget betul.menserabutkan kepala otak dan neuron je.lagi satu diorang ini dari serata dunia tahu.budak-budak kita ada.alah budak-budak yang baru nak naik ni.sangat mentakutkan.kalaulah diorang tahu dengan siapa diorang berhadapan.

oh ya hujung minggu ni perlu membawa baby-baby beriadah rekreasi supaya menjadi sihat dan kuat.Mt.Eden mungkin?heeeeee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...