Tuesday, August 31, 2010

Malaysia & Azman:)

Salam Ramadhan & Salam Merdeka.tetiba rasa rindu dekat sekolah.ehhhh tetiba kau izzati.apa kaitan sekolah dengan merdeka?ehem ehem.seingat saya, kalau hari merdeka dekat sekolah dulu mesti ada countdown malam merdeka. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 merdeka!oh iya? lebih kurang macam itulah.besoknya kan cuti.cikgu-cikgu sejarah akan 'memaksa' kami-kami ke dewan menonton filem patriotik.bila cuti pelajar mahu tidur, cikgu.tapi hari merdeka, jiwa mesti merdeka.itu cikgu sejarah cakap.dipaksa itu istilah awal-awal masa belum start filem lagi.sejurus filem bermula, adegan airmata memang tak henti sampai filem habis.sejurus filem habis.tisu tisu tisu.masa itulah cari tisu.masa sedang menonton tak risau tisu dok ceruk mana.hahaha.

itu cerita zaman sekolah.dipendekkan cerita...
Happy Birthday Malaysia.i miss you.semoga negara kita akan selalu aman dan harmoni sepanjang zaman.semoga negara kita akan dijauhkan dari malapetaka dan bahaya.semoga keadaan negara kita akan kembali normal.semoga rakyat kita akan jadi normal seperti dahulu kala.kerana zaman sekarang ini sudah banyak abnormal dan cacat cela sana sini.orang tak habis habis buang bayi.tak faham.orang tak habis habis bunuh tetak orang sana sini.orang tak habis habis culik budak.orang tak habis habis buat benda-macam-tak-ada-otak.i mean...kalau pakai otak tak boleh ke?orang utara cakap akai ada ka?saya tak faham.macam-macam video dah ada dekat fb itu.macam-macam.kadang-kadang rasa penat tau.sekejap video ni sekejap video ni.oh Allah,lindungilah kami~

siapalah Azman dekat tajuk entri izzati tuh.oh?siapa dia ini?ini ialah rakan seperjuangan saya disini.ini Azmanuddin.tak pasal pasal tetiba melekat gambar dia dekat sini apahal.oooooh hello sabar sabar.Happy Birthday Angah.[kami ramai-ramai panggil beliau 'Angah']YES birthday dia sama dengan birthday Malaysia.menarik bukan?alahhh kalau nak cakap lahir sama dengan hari merdeka ramai lagi kot masuk paper. shut up.tahu email beliau apa?anakmerdeka_89@yahoo.com.sori angah ter'promote' dekat sini.hehe.jangan siapa berani hantar spam dekat beliau.kalau ada saya saman.ada siapa lagi emel dia beralamat anakmerdeka?saya rasa tak ramai mungkin.kalau ada anda di luar sana, tahniah saya ucapkan:)

matahari di NZ semakin memanas.tangan ni makin menggigil nak pergi shooting.oh oh dan oh.mid-sem holiday adalah sangat bahagia.bahagia sebab dapat bangun lambat.itu satu.dan bahagia lain-lain ialah kita cerita lain kali.haha.

selamat jalan romeo.tetibaaaaa~

Monday, August 30, 2010

hujung minggu

Salam hari Isnin.Salam Ramadhan ke-19 di NZ dan ke-20 di Msia.

ini cerita hari semalam.
bila sudah menetap disini.eceh menetap?haha.hujung-hujung minggu adalah masa untuk kami bertukar profession menjadi emak-emak mencari groceries di supermarket.macam biasalah yang biasa baca blog saya ini, Foodtown-Countdown itu sudah biasa dengar.itu adalah tempat kami bermain.eceh bermain kau kata?bukan.itu tempat kami menghabiskan duit shopping groceries.kakaka~

anak gadis seusia kami mungkin ada yang belum pening kepala memikirkan hal groceries.mungkin juga yang dah ada sampai histeria memikirkan hal groceries.histeria?hish melampau.semua masih sibuk shopping-baju-sampai-tak-cukup-duit.yang itu kami masih sama.hahaha.yang lain sikit ialah, eh barang masak cukup tak?ada nak kena beli ke?nak pergi mana?jom pergi ramai-ramai. hah kau lepas itu satu troli penuh.satu kaunter banjir dengan barang kitorang aje.haha.

tapi semalam ialah hari lain dari yang lain.tiada Foodtown mahupun Countdown di hati.semalam bertukar arah ke New World.idea asal dari Timai yang menjumpa pamphlet New World sewaktu terawih.weh murah weh!ada SALE. LIHAT.itulah beza kami dengan anak gadis biasa.kini kami sangat mendambakan SALE di supermarket sama seperti mendambakan SALE di Cotton On.hahaha.dan iya memang murah sampai nak gila.terutama untuk peminat-makanan-sihat iaitu Fareha.memang heaven beliau semalam.

untuk peminat-makanan-kurang-sihat iaitu izzati, marshmallow sangat bagus untuk kesihatan.tetibaaaaa.bukan bukan.marshmallow ini menarik hati tapi mahal sangat.$4.50 sebungkus marshmallow gemuk-gemuk ini.mahal??masa tak ada duit memanglah mahal.nanti dah ada duit, barang $10 pun kau rembat je bila dah suka.haha.at the end, saya ambil juga sebungkus.tapi bukan yang itu.yang sebelah dia.kecil sedikit dan lebih comel sebab bentuk love love.ah kau jiwang.hey takkan semua yang love love itu jiwang kot?motif lain beli marshmallow bentuk love itu ialah untuk fotografi.oh macam-macam pengorbanan demi fotografi.kannnn~

siapalah tak jatuh hati dengan aiskrim super-comel macam ini.super-murah pula itu.dua tiga bulan ni tiap kali pergi shopping groceries memang tak lepas kalimah 'astaghfirullahalazim' dari bibir.rambang mata it is.tengok barang-barang memasak dan memakan rasa macam tengok baju-baju cantik bergantungan.haha.

namun, walau se'best' mana pun makanan itu.kami masih menjaga halal haramnya.insyaAllah.
tetiba tukar jadi tazkirah pulak.sambung sambung.oh ya semalam dah beli tepung,mentega segala untuk projek kuih raya.eceh eceh eceh.tapi adik aku pulak tak bagi lagi resepi kuih dari emak.sabarlah hati~

oh ini?cuba klik tengok apa jadi.ewah ewah pandai kau pancing orang ye izzati?haha.gambar masih belum cukup banyak.sekarang baru ada design sempena hari raya, dan quotes of life.yang lain-lain sudah ada tapi belum diupload.ecewah.sekarang izzati ialah super-busy.gituhhhh~

adios!rajin-rajinlah jenguk sana ye:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...