Wednesday, September 22, 2010

angin kencang, izzati terbang!

korang percaya ke tajuk tu?tolonglah jangan.itu hanya rekaan semata-mata.kalau ada izzati yang terbang sebab angin kencang, itu izzati lain.bukan izzati [sizuka] ni insyaAllah.sebab izzati yang ni tengah tulis entri dalam blog dia.kakaka.lawak sangatlah tu.terlebih gelak sudeh~

mari tengok video angin kencang di Auckland.kalau nak tengok, klik PLAY.kalau taknak tengok pun buat-buat tak nampak klik aje lah.haha.



pemandangan dalam video ialah dari bilik izzati bertempat di *tak perlu bagitahu dekat sini kot haha*.waktu 8.00-8.30 pagi, hari ini.

actually dari semalam semangat bawak kamera dalam beg konon nak rakam angin sambil jalan balik kelas.tetiba petang semalam angin sekali dengan hujan.jadi marilah meredah hujan dalam angin kencang.kamera?tak boleh keluar beg.nanti kamera demam, duit izzati melayang.kakaka.jadi, hari ini ada rezeki dapat rakam angin.itu pun baru bangun tidur-tengah-mamai terus capai kamera rakam angin.pelik pelik je lah perangai budak izzati ni.haha.ini pun 30 saat je.tak boleh lama-lama.sejoks!

korang rasa angin macam tu dah cukup kencang ke nak terbangkan orang?belum lagi kot.sebab itu baru sikit.ada yang lebih kencang dari itu.dengan angin yang baru macam ini, ialah super-useless kalau bawak payung konon nak berlindung dari hujan.JANGAN.kerana pengakhirannya nanti ialah payung anda akan patah tumbuh hilang TAK berganti macam payung pink corak polka dot izzati hari ni T_____T.tsk~kena beli payung lain!

p/s: macam mana nak buat photoshoot spring kalau tiap-tiap hari macam ini.matahari!come to sizuka!

baru tambah: hari ni hujan batu.super-sejuk.T___T

Tuesday, September 21, 2010

misteriaaaaaaaaaaa

tajuk macam biasalah nak over kan.nak lawan tokey misteri nusantara.tapi ni pasal nusantara jugak tau.nusantara dunia.ntah ada ke tak perkataan tu.hentam sajalah izzati.kakaka~

actually tadi tengah-tengah syok klik klik blog yang baru update dekat dashboard tu kan, ternampak blog geng sekolah saya.adibah.biasalah budak izzati ni kalau nampak gambar super-pelik tu memang dia klik punya.walhal dalam hati takut apa benda lah menatang ni.nak klik lah.kalau keluar hantu jerit je lah.haha.

tapi ia bukan hantu.lebih seram dari hantu.kenapa seram sampai hantu pun kalah?sebab ini super-mengagumkan.hantu tidak mengagumkan HAHA.

percayalah.izzati seram sejuk tengok gambar ni.rasa macam eh apa ni?besarnyaaaaa.birunyaaaaa.dalamnyaaaaa.takotnyaaaaa~


nampak macam jerawat batu pun ada kan.hish jerawat batu katenye.saya tak cakap pun.siapa cakap tadi?hahaha.nama benda biru-bulat-dan-besar-serta-dalam ini ialah The Great Blue Hole.dekat Belize City, Bahamas.pakcik google yang cakap, izzati pun baru baca.pakcik google cakap, dekat sini orang suka datang buat scuba diving.dekat sini ada beribu hidupan laut yang super-awesome & super-pelik yang masih belum disahkan spesies mereka.izzati dah buat ayat dokumentari lalalala.

subhanAllah cantik kan?korang kagum tak?izzati super-kagum tahu.sampai sesak nafas bila tengok gambar-gambar ni.inilah kebesaran & keindahan ciptaan Tuhan.macam-macam ada.izzati baru tahu yang ni, tak tahulah kalau korang ada yang dah tahu lamaaaaa dulu.kalau ada, diam-diam sudahhh.kakaka~

mari tonton Discovery Channel.heh.ini Youtube mari lah.


mari belajar geografi bersama izzati.taklah taklah.izzati tak reti geografi.HAHA habis tu kau PMR dulu belajar apa.itu dulu bukan sekarang.kakaka.maaflah izzati tak reti nak terang benda-benda yang kena guna bahasa sains-tahap-kritikal macam ni.satu : izzati tak minat sains.dua: izzati malas nak terang.hahaha.jadi siapa nak baca fakta-fakta sains tentang Si Lubang Biru Yang Besar ini sila klik sini.izzati dah tolong cari, jadi dah tak payah google dah.say thanks to izzati.oh yeah.hahaha~

p/s: rasa nak terjun laut je bila tengok gambar blue hole tu.hape penyakit budak izzati ni tak tahulah.hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...