Friday, December 17, 2010

kiriman kasih sayang dari bonda

Assalamualaikum & Hello ^___^

pagi-pagi, security phone berbunyi.you have a delivery miss.please come down to pick it up.bergegas dari tingkat limabelas, senyum senang hati.parcel dah sampai ngeeeee~ini kiriman kasih sayang dari emak buat kali keempat, selepas kali pertama, kedua & ketiga.

tapi.ini kali pertama parcel diposkan ke rumah baru.aicewahhhh.YES rumah saya dekat Queen Street a.k.a tempat yang saya selalu pergi tabur duit beli baju sampai penuh wardrobe tuh.hahaha~

macam biasa.pakcik makcik MAF tidak akan sesekali melepas anda begitu sahaja.apa-apa pun diorang mesti check walaupun parcel itu sekecik mana.ketat yawww peraturan dia.dulu, sup bunjut kena rampas.kemudian dekat nak raya, serunding pulak jadi mangsa.Alhamdulillah diorang tak rampas belacan.mungkin tak tahan bau dia.HAHAHA.

at first, saya teka ini ialah selendang.namun, mereka BUKAN SELENDANG.mereka ialah DRESSES.Ya Tuhan tacing betul perasaan.sekarang, emak saya sudah pandai bermanis-manis dengan anak yang jauh di perantauan.DULU, saya bukan seorang yang suka bergaya, even dress-up sedikit pun non-ado.nak keluar pergi mana pun, just pakai tshirt + jeans + tudung hitam.sampaikan kalau orang jumpa tudung hitam dalam rumah tu, ni tudung along lah ni tak ada tudung orang lain dah.DULU, saya memang susah betul nak beli baju baru.tak ada yang berkenan,sampaikan mak yang offer along nak beli baju baru tak?waktu tu, zaman kegemilangan adik saya,angah.dia lah shopaholic terhebat di alam semesta.SEKARANG, bukanlah dress-up sangat tapi saya dah lebih kepada berpakaian ala gadis-gadis giteww.ouhhhhh gelinya baca ayat sendiri hahaha.dan sangat senang keluarkan duit buat beli baju baru sampai nak meletup wardrobe tuh.hahaha.yang paling buat saya tacing, dua-dua dress ni cantik sampai saya rasa nak jerit + memang jenis kain yang saya suka.mak along sayang mak tahu nanti along beli handbag dengan purse baru okay?hehehe.lepas tu dua-dua memang saiz saya.OMO OMO OMO excited.hahaha~

mulanya, saya pesan dekat adik saya.kalau boleh masuklah sekali crocs pink along tuh.crocs hitam yang along bawak dekat sini dah daif sangat.bila bukak kotak tadi, bukan pink tapi biru putih bunga-bunga yawww.mungkin, crocs pink tu dah dihanyutkan sungai HAHAHA.terima kasih emak.emak manis sangat.

ini macam biasalah.mana boleh tinggal.sebenarnya, setiap kiriman kasih sayang dari Malaysia, agenda utamanya ialah MAKANAN.hahaha.Maggi Cukup Rasa dah memang macam benda-wajib-ada-dalam-kotak.hahaha.cumanya kali ini punya tema ialah Bihun PAMA yang Rose sebut BIHUN FELDA tuh.HAHAHAHAHAHA.oh ya, UNO bukan sejenis makanan.motip pos UNO?sebabnya, nanti nak bawak pergi kerja takut bosan duduk dalam kebun mengadap ceri je yawww.hahaha.nak beli dekat sini macam rugi je sebabnya saya dah ada banyak set UNO cards.ini yang Strawberry Shortcake punya.dekat rumah ada lagi 2 set kot kalau tak silap.Cars dengan apa tah lagi satu.kalau beli lagi, dah ada empat set.membazir je ye dak?baik beli Frozen Coke ke Kek Aiskrim ke.ngehehehe~

terima kasih emak, terima kasih adik-adik sebab rela menyelongkar khazanah harta benda beta semata-mata nak cari UNO.kakaka~

p/s: harap-harap hari ni matahari gentlemen sikit.tolonglah keluar please.penat dah duduk dalam rumah ni.

Thursday, December 16, 2010

bila hari hujan

bila hari hujan, semua plan tak jadi.mulanya, plan nak pergi shooting dekat Rose Garden, posing segala hapa kan.tetiba hari hujan, mana boleh bawak baby kamera gabak keluar.nanti baby demam, mummy merana kena keluar duit.makanya, berhibur dalam rumah sendiri aje lah.hiburan dalam rumah: melalak, bergelak,melawak & memasak.hahaha.dah macam tongue twister yawww.

hari hujan, SEPATUTNYA duduk diam dalam rumah dan tidur.HAHAHA.tidur masa hari hujan ialah sungguh yummy.namun, dua orang gadis yang tak boleh duduk diam, memang tak akan duduk diam.meskipun hari ni saya rasa tak sedap badan macam nak migrain, tak apa makan coklat mungkin boleh hilang migrain.hahaha.padahal coklat tu lah penyebab migrain.haiyooooo.ni pun kepala tengah oteng tapi tak kisahlah kan.hahaha~

tak sedar pun dah pukul 6 petang sebenarnya.sebab matahari memang merajuk tak keluar langsung.entah apa kena cuaca sekarang ni.semalam bukan main panas sampai rasa nak terbakar kulit.hari ni hujan lah pulok.aigooooo kata orang korea.

tadi, pergi convenient store dekat bawah.pergi beli kek aiskrim.YES hari hujan makan aiskrim.hahaha.dua-dua orang pun pakai selipar licin.lepas tu mula lah nak tergolek HAHAHA.teka-teki teka-tekuk,teka siapa yang tergolek.jawapannya....minggu depan.hahaha.

kek aiskrim ialah super yum yum yum okay.sungguh sedap.tetiba teringat nyam nyam bekas warna oren benda warna warni celup coklat guna sudu kartun tuh.rindulah.

es krim rasa CAKE coklat [???]

itu bahu Ton.Ton yang memperkenalkan aiskrim dengan izzati.terima kasih Ton.kerana dirimu begitu bermakna, Lux.eh ye ke iklan sabun Lux?hahaha~

cerita pasal Ton.kitorang memang duduk dua orang je sekarang ni.bangun tidur, engkaulah.nak tidur pun, engkaulah jugak.makanya, sepanjang hari memang tak ada muka orang lain dah nak hadap.kalau nak hadap lain pun, laptop.lepas tu Ton.hahaha.tiap-tiap hari pun masing-masing duk hadap laptop sendiri.tapi kekadang bosan jugak yawwww.makanya, kitorang duk layan game karaoke dalam laptop saya, Ultrastar Deluxe.

tengok.kemaen kan taknak layan lagu Melayu.hahaha.bukan taknak.SUSAH nak dapat lagu melayu guna game ni sebab kena cari sendiri lirik yang ngam dengan timing lagu tu,lepas tu download.google lah ceruk mana pun.lagu omputih banyak lahhh.yang lagu-lagu korea ni pun saya download dari website dia yang entah kemana dah hilangnya.ahahaha.


bukan senang macam petik jari nak karok lagu korea.satu, muzik dia cepat gila.dua, selain menyanyi, kena mengeja sekali.hahaha.tiga, lagu tu sebenarnya sembilan orang nyanyi tapi bila karok sorang je yang melalak.fuhhhh habis semput napas akak.ahahahaha~

percubaan ton nak beat the master gagal.ahahaha.saya tak sempat rakam bila dia nyanyi lagu Gee ni.tapi saya sempat rakam bila dia nyanyi lagu Again & Again [2pm], Abracadabra [BEG] dengan Taxi Taxi Taxi Calcutta [Dr.Bombay].kelakarnya Ya Tuhan tak payahlah saya upload dekat sini.hahahaha.tiap-tiap kali dengar balik pun saya tergolek.gelak pulak memang tak cover langsung.habis jatuh saham kalau orang dengar.hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...