Monday, December 20, 2010

cerita pasal blog

Assalamualaikum ^____^

cerita pasal blog.YES blog saya sudah mengalami sangat banyak penghijrahan.sangat banyak as in terlalu banyak terutama dari segi seni penulisan & aturcara blog.dah berapa kali tukar template blog?tak ingat.yang pasti terlalu banyak kerana blog sudah 2 tahun umurnya.blog sudah dua tahun tapi bilangan followers masih kalah dengan orang yang baru mula berblog bulan lepas?errr itu tiada dalam kepedulian saya,pada mulanya.kerana saya berblog atas dasar okay macam best je.nak cubalah.HAHAHA.namun, hari demi hari perasaan seronok apabila followers bertambah tu tidak boleh disembunyikan lagi.kerana itu bermaksud ada orang baca blog saya!okay seronok.percayalah ianya ialah seronok.sayang followers semuanya tiap hari sayang fair & lovely gitewww.hahaha.

ini kali pertama saya menggunakan header sendiri.ini bukan suatu penipuan.ini betul-betul kejadian.selama ini asyik pinjam template je HAHAHA.manusia di dalam header *dongak atas* ialah saya sendiri.original okay tiada copy merata sana sini.tak percaya?

nah bukti...

baju sama.kasut sama.pergi zoom kasut nak tengok sama ke tak.tetiba nak beria kan.hahaha~

kenapa blog warna pink?kenapa pink?why pink?mengapakah merah jambu?kerana ianya bukanlah jambu batu HAHAHA.kerana saya gadis, kerana itu blog warna merah jambu.tapi saya bukan jambu, saya cikgu.HAHAHA.namun begitu *ewahhhh skema pulak* tidak semestinya blog gadis mesti merah jambu.boleh berwarna lain juga, ikut hati masing-masing.jangan ikut hati orang, nanti pedih hati.

saya tidak pernah guna Tags ataupun Label ataupun apabendalah namanya lagi.tak tahu kenapa tak guna.nak guna tapi mungkin sedah terlewat kerana ini ialah post yang ke empat ratus lapan puluh dua.nak pergi letak label dekat semua post, tak ada kerja lah pulak aku.hahahaha.lagipun, zaman dahulu kala ialah zaman merandom.kekadang ada post yang tak ada kaitan dengan tajuk.bila bukak balik post zaman-belum-matang-nak-menulis-blog, rasa malu dengan diri sendiri.tulisan kecik besar kecik besar semua nak pesta warna warni Malaysia gitewww sampai rasa serabut mata.

tambahan baru dalam blog.*sila lihat column belah kanan*.sudah mula letak Twitter dalam blog.baru buat Twitter, sekarang sudah tweet ratusan kali HAHAHA.kerana ianya memang tempat merandom terbaik dalam dunia.JIKA tiada update dalam blog ini, rajin-rajinlah jeling sana.mungkin, ada benda random yang boleh menggembirakan [?].

paling baru, pengomen terbaik peringkat Wilayah Sizuka-World-Of-Life.dekat situ bolehlah tengok siapa pemenang terkini acara lumba siapa paling banyak komen dalam blog izzati.hahahaha.saja suka-suka letak.mungkin, nanti ada hadiah dari bumi biri-biri ini terbang merentasi Lautan Pasifik ke Malaysia sana.aigoo aigoo aigoo bab hadiah ni ramailah yang seronok ye dak?HAHAHA.

p/s: hey siapa guna telefon bimbit nokia?nak download application free tak?nah ambik sini.

MOTAT Auckland

Assalamualaikum & Salam Hari Isnin :)

okay hari ni tak ada saspen dah.hahaha.tapi ada banyak gambar.makanya, bertabahlah semua.sebenarnya, semalam kitorang pergi muzium.ahhhh 'lame' gila pergi muzium.hey siapa cakap macam nak mintak pelempang Malaya tu?hahaha.

semalam saya,Nirro dengan Saifful pergi MOTAT [Museum of Transport & Technology] dekat Great North Rd.MOTAT ni antara 50 things must do in Auckland.makanya, siapa yang datang Auckland harus pergi sini weh.harus pergi wa cakap lu.memanglah muzium je tapinya muzium ni macam-macam ada.dah nama museum of transport & technology takkan datang nak pergi tengok replika haiwan kena beku kot?non-ado.hahaha.

replika kapal terbang ado.yang depan dua orang yang sorang nak jadi kapal terbang sorang nak jadi bruce lee tuh bukan replika.belum jadi replika lagi.akan jadi?dok tahulahh.hahaha.

ini SETERIKA.yesssss yang guna iron baju tuh.besar bapak lah iron zaman dulu.kalau nak iron letak je terus tak payah gosok beria dah.haaaaa nih kalau sekali terbakar besar jugaklah kelobongnya.HAHAHA.tah tah habis terbakar satu baju terus.

dekat muzium, letaklah benda alah apa sekalipun, memang orang yang datang akan pergi menepek ambik gambar dekat situ HAHAHA.

nih sorang dah memang betul ballerina, tapi yang sorang lagi baju pink belang biru tuh jauh sangat lagi nak jadi ballerina KAHKAH.

kan dah cakap, hujan memang menyedihkan hati.nak ambik gambar dengan train ni pun kena dari jauh je.zoom lens tak bawak.hentam je lah guna basic lens.tak kisahlahhhh.sedih okay kena ambik gambar dalam hujan.tak pasal-pasal ada risiko payung terbang.hahaha.

aku mahu tawan satu duniaaaaaaaa.HAHAHA.


lepas tu, saya pergi Printing Room.duk buang tebiat pergi beratur dengan bebudak nak print nama atas bookmark.HAHAHA.yang atas tuh cop nama dah siap nak print.

cermin nih buat kitorang gelak tak hengat dunia.hahaha.masing-masing jadi montel gila.kaki semua macam tebu berketak-ketak.ahahahaha.muka masing-masing macam ahli sumo negara.kahkah~

kakikuuuuuuuuuuuu panjang menggalah.hahaha.

cool ey?

actually benda ni ialah earthquake room.boleh experience macam mana gegaran gempa bumi.patutnya orang duk takut bila earthquake kan.TAPI budak dua orang nih boleh seronok pulak naik benda alah nih.hahahaha.

ini namanya Mirror Maze.tak tahu nama betulnya.tapi saya bagi nama Mirror Maze.hahaha.sebab tempat ni maze & dikelilingi cermin yang tah tang mana depan belakang kiri kanan.Saifful main tipu sebab dia tengok lantai.free free je kena sound kau ni tak reti berlakon betul lah.orang masuk tempat ni mana boleh tengok lantai.tak aciiiiiiii.hahahaha.tapi seriuously hampir nak terlanggar dinding.hahahaha.kiri kanan sama je.

teka teki teka tekuk, maggi kari dalam mangkuk.mana satu izzati yang real?yang disana ka, yang disini ka,di tepi tepi ka, di belakang belakang ka.hahahaha~

saya & Nirro, di dalam kelas di sebuah sekolah pada tahun 1915.sorang duk jatuh cinta dengan cikgu, sorang duk jatuh cinta dengan tingkap HAHAHA.

bakal cikgu cikgu sekalian, baca sini.bayangkan JIKA kita berada pada tahun 1915.ooopppsss yang ni perempuan sahaja.sebab zaman dulu, cikgu semua perempuan je :P

kami 1 Malaysia.Saifful pun kira wakil Chinese lah sebab dia separuh separuh.hakhak.dan TIGA peringkat umur, saya 21, Nirro 22, Saifful 23.lalalalala~

frust menonggeng bila Galeri Photography tutup sebab renovation.tsk.sadis betul perasaan.tengoklah...izzati akan kembali ke MOTAT lain hari.tungguuuuuuuuuuuuuuu~

sebelum balik, sempat masuk Galeri Telecommunication tempat telefon mesin faks mesin taip segala.yang dalam gambar ni, telefon zaman bila tah.hahaha.masa nak ambik gambar ni, saya cakap dekat Nirro.Nirro take my picture.nak ambik gambar dengan telefon ni sambil pintal-pintal wayar macam orang zaman dulu bergayut dengan marka.HAHAHAHA.

ada beberapa video sebenarnya.tapi lain kalilah saya upload okay.nih pun dah macam banyak sangat benda dalam satu entri ^____^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...