Monday, May 30, 2011

.....


gambar hiasan
sedang study.

distracted.

check emel secara harian.

hmmmmpph tak ada yang seronok-seronok.

bukak buku.

How Languages Are Learned.

tak ada perasaan.

p/s: esok ada ujian.huhuhu.nervous, tapi belum sampai tahap ketar lutut.cuma hati dah berdebar tahap eskalator [?].
Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Sunday, May 29, 2011

randomness

randomness bermaksud, setiap perenggan ialah tak ada kaitan langsung.

kekayaan masuk secara terlalu awal di kala kehidupan masih belum cukup mencekik leher.syukur Alhamdulillah, namun aku telah bertukar menjadi manusia paling bimbang dalam dunia;bimbang ianya akan tamat secara cepat kerana aku manusia rambang duit [?].


silver on one side, and black on the other side.i bought it because i feel funny.rasanya pun funny juga.jus yang ada gas letus-letus.


semakin lama semakin banyak produk Malaya dekat sini.Apollo Pandan & Apollo Coklat ialah crush zaman bebudak dulu.satu, 30 sen.dekat sini, satu kotak besar ini ialah $6.40.convert duit Malaya, memang untung tahap dewa.beli snek Yoss saja sebab murah.lupa, haritu jumpa London Swiss Roll, dan terus beli.seminggu dua ni tekak berasa Swiss Roll semata-mata HAHAHA.


minggu lalu, tekak berasa nak makan buah melaka.tapi tak pernah buat.google resepi, jumpa.nice, bukanlah payah sangat.pergi supermarket, cari glutinous rice flour a.k.a tepung pulut, jumpa.nak cari daun pandan jauh ketengah macam kena menjerit satu supermarket baru jumpa, maka lupakan.teringat punya pewarna merah jambu dirumah, maka lupakan pewarna hijau.gula melaka, jumpa.bab kelapa parut ialah rumit.sini nak jumpa kelapa pun susah amat.pusing pusing satu supermarket dan hampir give up.dengan muka give up, masuk lorong secara random, dan terus jumpa.DRIED COCONUT.yalah yalah betul dah ni.


makan petang yang meriah bersama teman serumah,nasi lemak tanpa kacang dan ikan bilis.teringat zaman kerja Rasamas masak nasi satu periuk besar.lama tak makan timun, dapat lepas hajat nak makan timun.lupa snap gambar timun dekat sini kerana ianya ialah sungguh berlainan.rupa seperti peria, tapi sebenarnya timun.mungkin, PEMUN?

HAHAHA.
perlu study sekarang.semalam baru separuh jalan, err mungkin suku jalan.kerana aku masih separuh hati belajar, mudah distracted punya manusia ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...