Saturday, June 4, 2011

selamat datang, musim sejuk



two humans in a form of a PANDA and a BEAR are 'celebrating' the beginning of winter, with the theme We Love Animals.

crazy, I know.

winter bermaksud, hujan mencurah-curah ke ladang gandum. tapi dalam kes kami, mana ada ladang gandum dekat sini.hujan mencurah-curah ke hutan konkrit.hari ini saja, kami tabah menggendong pyrex meredah hujan yang mencurah-curah.

namun shopping ialah tetap shopping.

The Confession of A Shopaholic.

p/s: sejuk.mungkin aku perlu keluarkan kasut harimau hikmat sekarang.dannnn sini punya winter ialah tiada salji.nak salji perlu panjat gunung.dan mungkin insyaAllah panjang umur murah rezeki, aku akan pergi main salji lagi tahun ini.ngeeeheeeheee.


Friday, June 3, 2011

bila hari jadi permaisuri

Alhamdulillah, tamat sesi pembelajaran untuk semester ni.di hadapan mata sekarang ialah minggu belajar dan peperiksaan sehingga 24 Jun.namun, tidaklah setiap hari ada periksa.merana neuron dalam kepala otak kalau macam itu yawww.

13 Jun - EdCurric104 (Primary Maths)

24 Jun - Educ 380 (Methods of Research in Education)

2 subjek peperiksaan untuk semester ini.nampak macam alah ni kacang buncis saja.tapi hakikatnya TIDAK kacang buncis.

6 Jun ialah Queen's Birthday.bermaksud ada makna tersirat di sebalik kejadian permaisuri meniup lilin di atas kek hari jadi baginda [?].

BIG SALE is happening!

kalau tanya kenapakah ketika Queen's Birthday punya SALE secara besar-besaran?jawapannya I don't know.yang aku faham, ketika ada event besar-besar dan seronok-seronok serta ketika masa perubahan musim, SALE memang sangat rancak disini.

oh patutlah wardrobe sehingga macam hendak meroboh saja.

terima kasih kerana memahami.HAHAHA.

sekarang, nafsu emak-emak dah semacam menguasai.tak boleh tengok set pinggan mangkuk cantik-cantik dan murah-murah.kedua-dua mata ialah terbeliak besar.plus, sekarang aku gila baking.dan kerana itu, aku suka bazir duit ke arah baking.

adakah bermakna aku semakin meniti usia?

KAHKAH.

I'll turn 22 soon anyway untuk siapa yang tak tahu.

I called my mum today (NZ 3.50pm,MSIA 11.50am).and here's the conversation;

Assalamualaikum mak.
Waalaikumsalam.Eh kenapa telepon?
Lah.telepon nak tanya khabar lah.haha.boleh pulak kan.
HAHA.mak dekat dapur ni hah.nak masak.
wah masak apa hari ni?
(and the mukaddimah of the conversation goes on)
mak, isnin ni Queen's birthday.SALE banyakkkkkkkkk*exaggerate*.
amende yang murah?
tadi, along pergi Warehouse.mak aih, set pinggan yang 12 pieces tu $20 je!
oh ye ke?*sounds like she's not interested*
nak beli ke?
satu set tu ada berapa pinggan?
4 pinggan, 4 pinggan kecik dengan 4 mangkuk.design lawaaaa.warna merah polka dot.biru ada, oren pun ada.beli satu set je ok dah kan?*suara ketar sebab takut mak tak bagi permission*
haish.rumah kita ni satu set mana cukuppp.kena beli dua.jangan beli warna lain-lain, beli dua-dua sama.baru padan.
HAHAHAHA.

mulanya ingatkan tak berminat.sekali, dengan Pyrex, corning-ware set gelas belaka dikirimnya.HAHAHA.

tapi belum beli lagilah.tadi pun dah sebeban bawak balik.memang tak boleh berduit lebih sikit aku nih.memang berbelanja secara rambang.dasar rambang mata punya pelanggan.pulak tadi TERlalu depan kedai yang closing soon, semua barang 1/2 price.lebih kurang macam Ikea, tapi tak besar macam Ikea.barang-barang macam Ikea, tapi hari ini semua barang separuh harga.siapa tak gila?

keluar kedai, satu plastik aku bawak keluar HAHA.

ini baru ada part warm-up kamera.punyalah panjang aku merepek niyang rapik dekat atas tu.









yay malam ni boleh tidur guna eyes cover baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...