Saturday, June 11, 2011

now that I have my own photobook


IT'S AWESOMEEEEEEEE.

thank you Snapfish NZ~!






featuring my favourite artworks by myself, using my cameras.heeee~

okay i need to go.can't write so many things since I've a BIG project today :)

till then, have a blast Saturday~!

Thursday, June 9, 2011

sweet 555

555, ialah bukan ulangtahun siapa-siapa.tak perlu ada adegan tiup-tiup lilin mahupun wishing upon the star[?].

setelah hampir 4 tahun punya blog,



maka, yang ini ialah bernombor 556 punya entri.perlukah bikin celebration?

oklah.

*tiup belon letup letup cucuk dengan garfu sambil main bunga api dengan mercun bawang*

dengan ini, aku hendak post gambar-gambar yang tak berkaitan secara paling random dalam dunia.ibaratnya, ini entri paling random-dan-tak-ada-kaitan yang aku pernah buat.HAHA.


punyalah aku tak ada pekerjaan duduk rumah sorang-sorang.random gila punya lukisan.huruf 'O' pun aku sendiri tengok dah macam onion rings.HAHAHA.kalau bab membazirkan dakwat pen, aku memang hero.lagipun, aku lagi minat pen hitam dari pen biru.entah kenapa aku rasa pen biru tak cukup dramatik.KAHKAH.


ini hasil buruan perempuan-perempuan yang keluar mengukur sebesar mana Sylvia Park haritu.dalam setiap satu beg plastik itu, punya lagi beberapa plastik.bermaksud, dalam plastik ada plastik dan dalam lagi satu plastik ada satu lagi plastik lainnya.aku lastik jugak engkau ni hah cakap apabenda pun aku tak faham.that's what we call critical thinking yaww.HAHAHA.

ouch lupa bagitahu emak haritu beli steamer tiga tingkat.dush~!


masa ini aku bangun stretching selepas kesekian kalinya bersila buat assignment.haruslah cabut kaki harimau hikmat tu sebab nak stretching.kalau tak cabut, aku rasa macam penari ballet dengan kasut mcdonald.KAHKAH.aku rasa pemandangan ini macam dramatik, dan mungkin boleh mengundang memori awal dan akhir kalau aku renung gambar ini 3 tahun lagi :')


3 harta yang semakin bertambah saiz untuk kesekian kalinya.teringat pertama kali beli kamera.terbayang wajah gembira dengan mata berkaca-kaca ketika aku mula punya kamera.indah.sangat.ecehcehcehceh.dan kali ini, masa untuk melepas si sederhana kepada fareha.tengok macam mana aku mengerjakan beg-beg kamera sendiri.semua benda aku nak letak.okay.fine.beg berhias.KAHKAH.aku masih punya si kecil, bercadang nak jual juga.si besar baru tiba dari Korea hari ini.happy, YES.semua benda aku boleh sumbat dalam itu.NICE.

setelah hampir 4 tahun punya blog, ini pertama kali setiap perenggan aku ibarat monyet dengan kerengga.tak apalah, sekali sekala.lalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...