Friday, October 14, 2011

senarai orang terror dan berkhemah

senarai nama pemenang anugerah manusia terror di dunia peringkat blog WorldOfSizuka:

dannnnnnnnnnnnnnn Fareha!

NOTA: anugerah manusia terror ialah untuk mereka yang berjaya menjawab permainan otak dalam entri sebelum ini dengan yakin dan tanpa ragu.ternyata, mereka ialah insan yang sungguh bijaksana bestari.untuk menjenguk blog orang terror, sila klik nama mereka seperti yang tertera di atas.

wah ayat skema gila kan.rasa macam pengacara sinaran pasport kegemilangan BAHAHA.

habis cerita orang terror.

esok, kitorang [satu batch] akan pergi berkhemah dekat Kokako Lodge.actually camping ni TAK melibatkan tidur dalam khemah,buat unggun api dan tangkap ikan guna batang kayu pun okeh.tak dramatik macam aktiviti perkhemahan pengakap masa kita darjah 4 dulu.sebab ni aktiviti perkhemahan orang dewasa.dewasa kewwww HAHA.

masa darjah 4, kena tahu macam mana pasang khemah, buat gajet,buat roti dekat batang kayu dan masak telur dalam tanah kambus kambus lepas tu bakar api atas dia.memori ok yang itu.bila dah tua-tua ni *eceh*, tidur bunk bed, panjat sana sini, kayaking et cetera tu kiranya camping lah HAHAHA.

kalau adik aku tahu aku pergi camping gaya ni, haruslah dia cakap 'macam tu je along pergi camping?senangnya'.HAHAHA.jadinya semalam aku begitahu emak sorang je aku nak pergi camping.dengan adik, aku pusing cerita tang lain.KAHKAH.

banyak pulak aku bebel.padahal tadi nak tulis sikit je.ok tak apalah.bukan pergi lama pun.ahad nanti dah balik dah.tapi tak adalah sampai rumah aku terus up entri kot kan HAHA.tegar sangat tu.sekarang ni makin lama aku rasa makin malas tulis blog.ada masa rasa nak delete blog pun ada -.-'

dunia banyak drama

p/s: gambar bukan cilok google tu tau.original dari tauke blog :)

Thursday, October 13, 2011

siapa jumpa cepat memang terror

kalau buat pertandingan, memang aku ah yang corot sekali.Fareha jumpa cepat gila.dia dah jumpa, aku duk terhegeh-hegeh nyebut satu-satu.terkial-kial.sampai kena prompt dengan Aten, baru aku sedar KAHKAH.

siapa dah jumpa secara cepat dan tak tanya orang...

TAHNIAH anda telah mendapat anugerah manusia paling terror dalam dunia macam Fareha
:D

semua komen akan diapprove, kita tunggu jawapan besok :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...