Friday, October 14, 2011

senarai orang terror dan berkhemah

senarai nama pemenang anugerah manusia terror di dunia peringkat blog WorldOfSizuka:

dannnnnnnnnnnnnnn Fareha!

NOTA: anugerah manusia terror ialah untuk mereka yang berjaya menjawab permainan otak dalam entri sebelum ini dengan yakin dan tanpa ragu.ternyata, mereka ialah insan yang sungguh bijaksana bestari.untuk menjenguk blog orang terror, sila klik nama mereka seperti yang tertera di atas.

wah ayat skema gila kan.rasa macam pengacara sinaran pasport kegemilangan BAHAHA.

habis cerita orang terror.

esok, kitorang [satu batch] akan pergi berkhemah dekat Kokako Lodge.actually camping ni TAK melibatkan tidur dalam khemah,buat unggun api dan tangkap ikan guna batang kayu pun okeh.tak dramatik macam aktiviti perkhemahan pengakap masa kita darjah 4 dulu.sebab ni aktiviti perkhemahan orang dewasa.dewasa kewwww HAHA.

masa darjah 4, kena tahu macam mana pasang khemah, buat gajet,buat roti dekat batang kayu dan masak telur dalam tanah kambus kambus lepas tu bakar api atas dia.memori ok yang itu.bila dah tua-tua ni *eceh*, tidur bunk bed, panjat sana sini, kayaking et cetera tu kiranya camping lah HAHAHA.

kalau adik aku tahu aku pergi camping gaya ni, haruslah dia cakap 'macam tu je along pergi camping?senangnya'.HAHAHA.jadinya semalam aku begitahu emak sorang je aku nak pergi camping.dengan adik, aku pusing cerita tang lain.KAHKAH.

banyak pulak aku bebel.padahal tadi nak tulis sikit je.ok tak apalah.bukan pergi lama pun.ahad nanti dah balik dah.tapi tak adalah sampai rumah aku terus up entri kot kan HAHA.tegar sangat tu.sekarang ni makin lama aku rasa makin malas tulis blog.ada masa rasa nak delete blog pun ada -.-'

dunia banyak drama

p/s: gambar bukan cilok google tu tau.original dari tauke blog :)

22 comments:

Linda Amri said...

Bila nak share tips lightroom ni ;)

NIA said...

hehe insyaAllah bila free sikit nanti kak linda ea :)

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

heheheh..lawak pulak bace.. :)
eh,enjoy yeh camping

[sutera kasih] said...

ohhh aku tak tererrr haha


wahhhh klassss sizuka ni pegi camping org dewasa :P

ayoys said...

biar la malas, janji ni x kena delete oleh tauke blog :)
harus semangat !!!

:) :) :) :) :) :) :) :)

NzA said...

skrg camping psg khemah dh senang...semuanya dihujung jari...he..

De'din said...

khemah pengakap darjah 4..
x cukup mencabar,,
khmeah tyme plkn mmg lagi mencabar,,
rasa macam nak balik ja :D

Kacang Pool said...

Betul ke? betul ke?
nama kacang Pool ada ditag lah!
(sambil gosok-gosok mata)
hihhi =D

Btw, gud luck sis for you camping !
Tetiba pulak teringat memori masak roti kat ranting kayu.

NIA said...

@nazirah: hehehe baiklah.thanks nazirah :)

NIA said...

@sutera kasih: kalau tak masuk dalam anugerah orang terror, maknanya dapat anugerah manusia hebat la tu.hehehe.

kelas gitu akak kan.HAHA.padahal ape je :p

NIA said...

@ayoys: wah semangat adik akak sorang ni.go go!hehe~

NIA said...

@kak nza: betul tu kak.hehe~

NIA said...

@de'din: HAHAHA betul betul.eh terlupa pulak nak tulis pasal PLKN padahal dulu pergi :P

NIA said...

@kacang pool: HAHAHA betul lah neh.realiti :D

thank you.memori sangat kan :D

nabilah_2908 said...

haish...jgn la sampai nak tutup blog... :)

selamat ber camping...

sure banyak gambar2 cantik yg dpt di tembak nanti kan..? :)

Prince Halilintar said...

wah..terer sgt ke prince halilintar tu...hahahah..

best la g camping..jeles prince..

dah lame prince xbercamping ni...

p/s:jgnlah delete blog sizuka..(T_T)

NIA said...

@nabilah: thanks nabilah.hehe.terfikir je :P

insyaAllah.byk sgt kot HAHA :D

NIA said...

@prince halilintar: HAHAHA terer gilo.

dah tua2 bru merasa camping balik prince HAHA.

:P

Anonymous said...

hehe. beruntung lah....

NIA said...

untunglahhhhh kan LOL

Rina Rahamat said...

santek gambar tu!

p/s: jgn ah delete blog!

nurfarah wahidah said...

haha, nurfarah wahidah pun ada ke? tmbah satu gelaran ni...heee


nak g camping gak!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...