Wednesday, May 13, 2015

Of educating children

Nota: Ini hanya sekadar pendapat aku yang picisan.

This issue popped up suddenly in the group whatsapp. About kids being rude and playful in the classroom. Mess with teachers and whatnot. I clearly understood the situation like this:

Bebudak tu suka menjawab.
Bebudak tu berani mainkan cikgu.
Bebudak tu bising, main dalam kelas.
Bebudak tu tak hormat cikgu, langsung.
Parents backup habis, takleh nak buat apa. 
Kalau cakap kat parents pun tak guna. 

These happens to teachers. Bukan satu, tapi ramai cikgu. 

TRUE. Sebab these days, we (teachers) have ZERO power. We are powerless. Tak boleh pukul tak boleh ganggu fizikal, mental dan emosi murid. YES THIS IS REALITY IN SCHOOL THESE DAYS. 

                    
*Foto ihsan Google 

DULU, benda benda macam ni yang didik kita, buat kita jadi manusia. Jadi orang, bak kata orang tua-tua. Rotan, pembaris, bulu ayam tu semua makanan ruji. Ko balik rumah, kena tambah lagi. Tak berani nak ulang benda sama. Sekali tak siap kerja sekolah, sekali itu je lah. Lepas tu taubat nasuha sebab dah tak mampu nak tahan sakit bila kena ketuk jari guna pembaris kuning panjang melintang dalam kelas tuh. 

Rotan, takyah cakaplah. Abah dulu pun jenis merotan. Adik nangis, aku kena. Walaupun bukan salah aku. Takleh buat apa, redho je lah. Sebab apa, sebab nak mendidik supaya aku jaga adik aku elok-elok, kot. Tapi kalau adik yang memang perangai cam hmph sikit tu ko berasa nak bagi penampar kasih sayang jugak sedas HAHA. 

Aku faham cikgu-cikgu ni mengadu pasal apa, sebab cecikgu dah tak ada kuasa. TAPI aku tak berapa setuju dengan seorang cikgu kat sekolah aku ni. Tradisional. 

'Yang penting cikgu kena tegas. Jangan buat baik sangat. Biar budak tak suka. Kalau cikgu dalam kelas, bebudak boleh melompat, berlari tak duduk tempat adakah salah murid?' 

Kenapa aku tak setuju?

(1) bukan semua cikgu yang kena tu cikgu baru. IF isunya adalah baik sangat dengan budak or suka bergurau. Sebab cikgu baru and fresh memang tak berapa garang pun. Biasanyalah. Thus, bebudak suka cikgu baru. Sebab boleh main-main dan cikgu akan layankan aje. Kalau yang kena tu cikgu baru, OK. Tapi sekarang ni cikgu cikgu lama pun kena. Cikgu lama yang bebudak mainkan. So? Salah cikgu ke guane? 

(2) dia jenis pukul budak. Sebab dia bahagian disiplin so ada power sikit. Wajibul ghunnah bebudak takut dengan dia. TAPI cikgu-cikgu lain powerless. Berani pukul budak memang ko tunggu mak bapak dia mari mengadap lah jawabnya. 

(3) kalau budak tak suka kau, kau rasa budak tu minat tak nak belajar apa yang kau ajar? Kita dulu semua pernah jadi bebudak, so kena reflect sikit kot. 

(4) lumrah dan fitrah kejadian Tuhan, bebudak ni memang tak boleh duduk diam. Short attention span. Melompat berlari tu memang perangai dia. Just kita kena kontrol lah sikit. Tapi biasanya bebudak ni berlari melompat tu bila dah siap kerja. Takkan nak expect diorang berteleku? Memang simpang. Bukan budaklah tu. 

Kelas aku pun takdelah perfect mana, class control aku memang failed jugak sebenarnya. Sebab aku ni suara je kuat, tapi aku jenis layan bebudak. Masa dekat Auckland, kitorang ada few weeks experience kat sekolah sana. Cikgu sana guna Soft Approach, pendekatan halus. Jadi kawan dengan bebudak, nanti dia akan selesa dengan kita, jadinya lagi senang ilmu tu dia nak serap. Apa-apa pun main psikologi. Slow-talk. Kalau tengok, suasana sana macam best sangat sebab cikgu dengan budak macam kawan.

Aku CUBA sebolehnya apply soft approach dalam kelas. FAILED. Sebab bukan budaya kita macam tu. Kita berlembut, tapi kalau dah memang dasar tak makan saman, terbang jugak bulu ayam dalam kelas aku tu. Aku ada beberapa bad experiences in school berkaitan class control. Epik. Dan pengalaman tu yang mengajar aku macam mana nak guna soft approach ni sebetulnya. 

Benda ni take time. Sebab kau kena create a bond with the kids. Tapi once ko dah create the bond, insyaAllah everything will go smoothly. Aku struggle gila awal tahun dulu. Aku blurr. Macam mana nak kontrol budak kelas ni. Macam mana nak pastikan semua orang hantar buku tulis on time. Macam mana nak pujuk bebudak ni supaya fikir bahawa English tu senang. Macam-macam aku cuba. Yang bergaduh tu, aku slow talk. Aku cuba elak hantar diorang jumpa unit disiplin sebab memang confirm kena rotan. Aku suruh diorang buat self-reflection. Fikir apa yang betul, apa yang tidak. Buruk baik tindakan diorang. Kekadang kelas aku tu dah macam ceramah agama pun ada. Wakakaka. 

Aku ajar 2 classes of Year 4. Suprisingly, kelas kedua hujung yang aku ajar ni lagi senang nak hantar buku compared to bebudak dalam kelas first. Ada budak kelas first yang tak pernah hantar buku dari awal tahun. Ko bayang tahap meradang aku macam mana. Sebelum ni aku asyik tarbiyah yang kelas kedua hujung ni je. Sekarang, dengan kelas pertama pun aku tarbiyahkan sekali. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah. 

Bebudak ni, diorang suka bila kau puji, lambung ke langit. Bukan rugi apa, kau puji la dia pandai, bijak bila dia score 10/10 spelling. Kembang kempis hidung. At least, kau gembirakan hati dia. At the same time, ko akan motivate bebudak lain untuk berusaha yang terbaik. Benda-benda motivation macam ni sebenarnya tak susah pun nak buat. Antara kau nak atau taknak je. Tapi kalau dah memang kau dah mindset semua benda nak pukul memang tak jadi apa benda lah. 

Lagi satu, orang dewasa kena ada listening skills bila dengan bebudak. Dengar apa dia nak cakap, dengar dia nak cerita apa. Bukan kena daki gunung ke, cuci pinggan ke ape. Dengar je cerita bebudak tu. Bagi dia rasa dihargai. Bagi peluang walaupun kadang-kadang bebenda yang diceritakan tu tak logik atau tak penting pun. Kasi chance la orang kata. InsyaAllah, a good bond will be created between you and the kids. 

Aku tak cakap pukul budak tu salah, dan aku pun bukan 100% setuju dengan larangan hukuman yang KPM buat ni. Cuma, kita kena CUBA sesuaikan diri mengikut keadaan. 

Aku bukan tak denda, denda jugak. Tapi cara aku lainla sikit. Jawab salah? Pembetulan 3/5/10 kali. Tak siap kerja, bersedialah untuk mengadap tanda soal besar gila dalam buku. Bising? Aku akan tambah dan tambah latihan sampai semua orang bertenang, duduk tempat masing-masing dan diam. Sampai senyap. Sampai siap kerja. Dah siap kerja, bebas. 

Pergh.semangat betul menaip.padahal mengantuk dah tadi HAHA. 

Take care semuanya! 


Saturday, May 9, 2015

Bukan throwback : 3rd trimester

Assalamualaikum.

Mood tengah rajin nak menaip ni memang kena layankan aje. Sebab nanti bila malas tu datang, tahun depanlah baru dengar cerita, agaknya. 

I'm in my 3rd trimester, the last semester of my pregnancy. Ketika ini, aku sedang 'menikmati' gelombang-gelombang si kecik dalam ni. Bergelora perut. Sekarang pulak dia suka buat efek timbul-timbul kat perut. Kekadang tajam je rasa. Suami selalu tanya, tak sakit ke? Takdelah sakit. Tapi lenguh. Buat kau rasa macam nak terlentang bersandar je sepanjang masa. Waktu paling aktif, malam sebelum aku tidur dengan waktu pagi pagi subuh tu. Kekadang terbangun bukan sebab alarm clock, tapi alarm kicks dari dalam ni. 

Sungguh berdebar, hatiku ini. Dengan harapan, baby please ikut due date. Sebab cuti sekolah pertengahan tahun nanti baru mula cuti. Duduk dalam diam-diam, sampai masa doktor cakap boleh keluar, baru keluar OK? Jangan cetuskan drama dekat sekolah bonda. Sudahlah bondamu ini ramai peminat (hakhak). Nanti jadi sejarah sekolah pulak. Iya? 

Tidur malam dah tak berapa nyenyak sekarang. Once decide nak mengiring kekanan, memang kanan sampai pagi. Tapi ada masa, posisi tu tak menyelesakan. Kena pusing kiri. Sampai siang. Kalau rasa nak tukar tukar, kena tahan sakit masa nak pusing. Aku tak sempat beli pregnancy pillow yang tampak sungguh menyelesakan itu. Hanya depends pada beberapa biji bantal kiri kanan. OK jugaklah. Tapi memang kena berlapik. Kalau tidak, tak boleh lelap. 

Pengalaman mengandung cenggini buat aku terfikir kan mak, masa mengandungkan aku dulu. Besarnya pengorbanan mak. Macam-macam mak lalui. Masa tu mak muda sikitlah dari aku sekarang, 23 tahun. Dan masa tu aku rasa belum wujud lagi UJIAN AIR GULA. HAHA. Itu yang seronok masa penghujung 80-an dulu. 

Terima kasih, mak. Walaupun mak tak tunjuk betapa heksaited mak nak dapat cucu ni, along tahu mesti mak heksaited jugak kenz. Kekekeke. 

InsyaAllah aku bakal berpantang di Pahang, dengan emak. Masa tu entahlah bersawang ke bersemut kot blog ni haha. Sekarang ni aku bersungguh-sungguh merajinkan diri menaip supaya nanti aku dapat mengenang kembali memori manis manis. Gitchu. 

InsyaAllah, kalau berkesempatan aku nak jugak share sikit preparation untuk si kecik ni. Maklumlah first time haroslah heksaited ye tak? Tapi bukanlah tips sebab aku tak berasa layak pun lagi nak share tips sebagai seorang rakyat marhaen. Just nak buat kenang kenangan nanti kot mengandung kali kedua kali ketiga boleh recall balik eh eh eh eh. 

Mula dah nak mengarut. 

Bubye uols! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...