Monday, April 30, 2018

Of March & April

My life has been a bit hectic these two months. Working Saturdays and whatnot. We need to come to school for quite a number of programmes on Saturday. Phewwwww.

Walaupun sebenarnya I am having my tuition classes on Saturdays (or Sundays when we need to work on Saturday), I am OK with that. Sebab saya masih berada di sekitar kawasan tempat tinggal. No driving needed. SO YES I AM SO OKAY WITH THAT.

Today is the last day of April. Malam Nisfu Syaaban. Semoga kita semua beroleh kebaikan dan keberkatan, insyaAllah. Semoga doa - doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Me? I am praying for a stress-free life. Pleaseeeeeeeee let me live a happy life. Walaupun adakalanya langit tak selalu cerah yada yada yada. Overthinking can kill, you know? Jadi, saya sangat mahu mengelakkan overthinking. Dan mengamalkan kehidupan lets go with the flow. Namun tidaklah meletakkan keterbegantungan 100% kepada flow tersebut. Adakalanya, kena melawan arus juga. Ewah! Berpusing - pusing pula gaya kau bercakap heh?

My baby girl is not so baby anymore. She's going to school now. Social skills are developing well. Begitu juga skills yang lain - lain termasuk perangai aneh - aneh yang kekadang mengundang tawa ibubapa.

One of it, addiction to zombies; literally. Bukanlah mengagumi zombie atau apa. Dia suka bercerita perihal zombies dan betapa menakutkan makhluk yang dia kenali sebagai zombies. Saya syak, zombie dia tidaklah sama dengan zombie yang kita fikirkan. Kerana apa? Saya pernah tanya dia...

Zara, zombie tu comel ke?

COMEL

DIA KATA ZOMBIE COMEL. I was like, OMJAY BAGAIMANAKAH RUPA ZOMBIEMU ANAK? Sebentar tadi ianya mentakutkan, sekarang comel pula.

Tak tetap pendirian guys. Masih bayi rupanya, anakku ini.

Sekarang, dia juga addict dengan lagu Ting Ting Tang Ting. Yezza lagu yang meniti di bibir semua orang. The best part, CAN MALI CAN. Zara punya version, dia ada tambahan OO OI! OO OI!

Mungkin, belajar dekat sekolah juga yang tu.

Whatever it is, I am a happy mother. Sebab my baby girl is happy going to school. She is enjoying it very much. Dah hafal nama kawan - kawan. Ada masa tetiba berzikir, which is good. And few basic doa. Walaupun kekadang nak tidur pun dia baca doa makan HAHAHAHAHA.

Till then guys. Princess nak tidur dah. Take care!

Friday, February 16, 2018

The Fabulous February

Happy Chinese New Year!

Meriah tau sekeliling rumah bergempita bunyi mercun dengan bunga api. Fefeeling raya sangat. Every year pun macam ni (we have been living in this area for almost 4 years now). Tapi last year waktu CNY, kitorang dekat Hong Kong. Surprisingly, tak ada bunyi mercun sangat pun. Malam tu tidur aman damai harmoni OK.

Malam tadi, after 12 pun tak tidur lagi sebab berdentam - dentum pop pop pop bunyi dekat luar tingkap. Sebab cuti kan, seronok kemahen melayan Netflix.

This year, we don't have any plan...yet. Masih di Kuala Lumpur menghirup udara the concrete jungle. The babies are still sleeping. Cuti khenz. Rasanya nak memasak hari ni. Doakanlah kakak berjaya membebaskan dapur kakak dari belenggu percutian yang lama benar rasanya HAHAHAHAHA.

This year, I am teaching Year 6 for the first time. I've been working with these kids since they were in Year 4 (2016) and some of them were my homeroom kids in 2014 (masa diorang Year 2). So boleh kata we have this special weird chemistry sebab dah lama terjebak sesama sendiri. HAHAHAHAHA.

Somehow, I am having a mix feelings too. Like, next year they aren't going to be here (at the school) anymore. They are growing up and will be moving to the next phase in life. And that makes me sad.

This bunch of kids, I can go crazy with them. Like everytime jumpa ada je something fun here and there. And they know me very well.

OK. Dikuasai emosi nampaknya. HAHA.

Well, lets hope this month is going to be a fabulous month ever.

Yay for a post in Feb!

Sunday, January 28, 2018

360'

Assalamualaikum. Hi.

I've been waiting to write FOR SO LONG seriously. My last post adalah pada bulan Mei 2017. Masa tu Zara belum genap 2 tahun pun lagi! OMG. Teringin nak menaip OK. Perasaan tu ada. Tapi tak dapat dizahirkan. Ke tak mampu dizahirkan? HAHA.

Lets update everything one by one.

So we had a family trip to Sabah in October 2017. It was fantastic! We went to Kota Kinabalu and Kudasang lah of course. Enjoying the view very much despite the unexpected weather. This is an annual activity for my family. Loved it! This year of 2018, we are still looking for the right destination and the right time for the family trip. Can't wait!

Now, Little Zara is almost 2 years and 8 months. Berjaya menangani fasa tantrum dengan bertenang. Dah banyak tatabahasa yang dikuasai sampai kadang - kadang geramnya rasa bila dengar dia ni bercakap. Like...hey tak boleh ke kalau tak comel? HAHAHA yeah that kind of thing. Selalu dipicit - picit dan digolek - golek, this girl. Super happy go lucky but also can be SO EMOTIONAL at certain time.

Kalau ada follow my ig, dan terbaca kisah di pasar malam, yeah thats her. So unexpected sebab kadang - kadang dia boleh mengigau sambil menangis! But that happened for a reason. Antaranya ialah sebelum tidur / petang tu dia kena marah sehingga hatinya terluka dan terbawa - bawa perasaan sampai ke dalam tidur. Ataupun dia merajuk berguling - guling atas lantai dan tidak dipedulikan ibubapa (sebab taknak manjakan sangat) atas sebab - sebab yang langsung tidak munasabah. Contohnya, nak lalu tangga situ dan tak mahu tangga sini. Ataupun taknak masuk lif / keluar lif sebab nak pergi kedai yang dah tutup.

Alhamdulillah, she is growing up very well. Banyak arahan sudah boleh difahami. Dah boleh pakai seluar sendiri. Guess what, she is going to playschool now! Achievement unlocked!

It was a tough experience. Yelah. She's been staying at home for 2 years + then we send her to school. Of course lah culture shock kan? Dekat rumah bangun tidur pun almost 10am, tetiba kena bangun pagi like what is this mama? Plus dekat sekolah memang semuanya strangers lagi lah drama.

But after 3 weeks, alhamdulillah tak ada dah drama sedih pagi - pagi masa papa dia hantar pergi sekolah. She is adjusting very well. Dah mula sebut - sebut pasal cikgu dan kawan - kawan. So we are very happy with that. Although some people might think its too early to put her in a school, we are OK with that. Bukan nak expect dia terus tahu baca buku ke apa. Just for the sake of letting her develop her social skills first. Bagi berkawan dan jumpa orang - orang lain. So, yes we are very glad we enrolled her there.

Our daily routines are changing 360' from last year. Now my husband has an office, which is located in the same building we are living in. A small step for a better future. Alhamdulillah Allah ease everything for us so far. On weekdays, we travel from home to my school, then to Zara's school and after that my husband get to work at his office. In the afternoon, he will pick me up then we'll go to Zara's school to pick her up. If we have nothing to settle, we go home. Surprisingly, time flies faster this year.

I started my tuition class earlier this year. Which means, my Saturday is gone. Usually I only have a morning session. But we started an evening session yesterday due to parents' request. I am using my husband's office in the weekend so basically we are sharing it :P

Sunday is my everything now.

Although it seems very packed, but I love the routines. We learn how to be more discipline in setting our schedule for everything. Like when to do the laundry or the grocery shopping, when to deliver the orders, when to eat out, when to have fun at the playground, when to meet the family and everything.

Aaaaaaaaaa bestnya dapat taip panjang - panjang macam ni. But I have a list of things to do today. Please please doakan tahun ni I will be writing MORE than last year. At least once a month so that I can keep tracks on everything. HAHA.

Till then, take care and have fun!

Monday, May 29, 2017

Kisah Ramadhan 1438H

Assalamualaikum & Hello,

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Selamat Berpuasa.

Rasanya masih belum terlambat sebab hari ini baru hari ketiga bukan? HEHE. Amacam azam Ramadhan kali ini? Ewah kau bertanya sok sok retis.

Azam Ramadhan kali ini, saya nak masak kat rumah JE. Sebab tahun lepas, we went to Bazaar Ramadhan every single day! Bayangkan betapa banyak menabur duit dekat sana. Kurang kesedaran sangat rasanya. Alasannya, Zara kecik lagi...susah nak masak sebab kena attend dia...plus penat sebab everyday pergi sekolah balik rumah rasa nak tertonggeng depan pintu. Jadi sebab itulah Bazaar everyday uols.

Tunjuk - tunjuk je perut kenyang. 
Tanpa menyedari, fulus - fulus habis terbang. 

Todia kakak bagi pantun dua kerat.

Tahun ni, kakak sedikit insof. Tambahan pula, Ramadhan kali ini jatuh pada waktu cuti sekolah yang paling agung iaitu cuti pertengahan tahun. 2 minggu OK! I am so happy. I am very excited. Bolehlah kakak jadi masterchef walaupun tidaklah master mana KAHKAH. No school means no stress, no pressure, no climbing up the stairs and no headache!

So I can cook happily! I am a happy wife and happy mother, tentulah. Sehari sebelum Ramadhan, pergi restock groceries. Like OMG everyone is thinking about the same thing is it? Penuh supermarket uols semua orang restock barang. Sampai barisan panjang gila dan buat kau rasa nak bertempik panggil manager. Tapi, kakak sabar. Sambil menunggu giliran dan melayan anak yang hampir 15kg sepertinya nak patah pinggang mendukung dia.

Bersemangat kupas bawang merah dengan bawang putih lepas tu blend buat stok nak bagi memasak cepat bagaikan tukang masak dekat kedai makan.

Alhamdulillah, I cooked on the first day of Ramadhan! *letup letup belon* Perasaannya macam 'Yeah!Mission accomplished!' walaupun baru first day. Nampak gaya I can handle 30 days like this. *blowing nails*

Nasi putih + Sup Ayam + Paprik Sayur = absolute happiness in our tummy.

Tapi, semalam iaitu 2 Ramadhan...kami telah bertindak secara melulu yang sepertinya membahayakan. My husband said he wanted to eat something simple. Taknak makan nasi sebab rasa macam nak makan ringan - ringan like Roti John or some sort. So we were off to Bazaar Ramadhan Jalan Kuching yang sangat panjang dan dipenuhi manusia itu.

Balik dengan plastik - plastik yang pelbagai. Tengok! Kalau pergi Bazaar, memang everytime camnilah. Rasa macam beli sikit je padahal sebenarnya nafsu dah menguasai. Penuh juga tangan akhirnya. Selesai berbuka puasa, buat reflection.

Actually bila dekat Bazaar, semua benda kita nak beli. Balik rumah, berbuka dan berakhir dengan penyesalan yang tiada erti. Onde - onde yang indah rupa dari rasa, Roti John yang entah kemana pergi dagingnya, Murtabak yang tidak cukup bawang jeruknya, dan bermacam lagi.

We learnt our lesson. Lalu terus bersemangat masak untuk sahur. Tebus kesilapan, kononnya. So, sahur tadi seronoknya makan masakan sendiri. Indahnya, jika hari - hari begini.

Hari ini, kami plan nak bawa Zara pergi Aquaria. Semoga tidak membawa ke petang sebab kakak rasa nak masak western food hari ni. HEHE.

Mohon doakan kakak yang jarang memasak ini untuk istiqamah memasak sepanjang Ramadhan. InsyaAllah, Amin.

Semoga kita memperoleh keberkatan dan kebaikan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah :)

Google 

Thursday, April 27, 2017

Zara, turning 23 months

Just a quick update on Zara's development for my future reference :)

She is turning 23 months in few days time. OH-EM-GEE nampaknya fasa the special two menghampiri. Sekarang pun dah nampak bayangan betapa special drama yang bakal berlaku kepada golongan bayi baya-baya begini. Mengamuk, menangis secara tak tentu hala. Bisa menggegar hati emak bapak.

Since most of my friends have a child around Zara's age, there are a lot of tips shared on my Facebook timeline. Kadang-kadang sambil lalu nampak post macam mana nak handle those tantrums, why you cannot be angry to your kids around this age, what you must do to calm your child and banyak lagi lah! Sangat sangat sangat berguna ok uols. Antara rajin atau tak rajin nak baca je. KEKEKE.

Kadang-kadang, rasa geram jugak bila dia menangis mengamuk tak tentu hala. Tapi, pelajaran pertama adalah kita KENA BERTENANG. Bila anak tantrum, jangan lah dengan kita sekali nak tantrum. Of course, susah nak bertenang especially bila badan kita penat mengadap pekerjaan seharian. TAPI, jangan bagi alasan. Walau macam mana pun, kita dulu yang kena bertenang. Then, barulah boleh tenangkan anak. Agitew.

Apasal macam nak bagi tips pulekkkk.

Now, Zara dah mempertingkatkan vocabulary dia. Banyak words baru yang dia dapat. Tapi mak bapak kena beringat sebab around this age, budak akan jadi macam parrot. Dia copy, paste. Direct gitu je. Takde tapis. Sekarang ni kalau ada benda-benda terjatuh tetiba ke atau something yang dia tak suka....

'azimmmmmmm'

NOPE. Bukan nama jejaka idaman malaya. Itu adalah 'astaghfirullahalazim' version Zara. Sebab biasanya kalau dia campak/baling/wrestling apa-apa atau berbuat sesuatu yang menterperanjatkan ibubapanya, itu yg dia dengar dari mulut kitorang.

Nampak tak? Dasar copy cat.

Zara adalah sejenis yang sangat sangat SANGAT suka tengok video dekat Youtube. Awal-awal dulu, dia selalu miming je. Sekarang, dia dah start follow apa yang characters tu cakap. Siap hafal. Phew. Biasanya dia suka tengok video suprise eggs sampai pantang nampak surprise eggs mesti kena beli kalau tak dia bakal memporak perandakan dunia.

Kadang-kadang dengar dia sebut 'one...two...three...' takpun 'a...b...c...' Lega lah hati mak sikit. Nampak gaya boleh dapat nombor satu dalam kelas nanti ni. HAHAHA.

Masih a big fan of songs. Menari, menyanyi dan mengajak ibubapa berjoget. Tak sah kalau tak ajak. Pesen suka berhibur, dia ni.

Kebanyakan haiwan dia dah kenal. Boleh sebut dan boleh buat bunyi. Sering menghiburkan hati ibubapa dengan keletah yang unexpected. HAHA.

Few weeks ago, terjadi musibah. Seronok sangat lompat sampai terjatuh katil dan terhantuk. Bengkak dan lebam bawah mata. Warna ungu OK. Boleh bikin mak trauma. Kasihan sangat. Tapi nampak gaya belum sampai masa dia ambil pengajaran. Masih suka melompat dan memanjat. Tak reti takut.

Semoga Zara membesar menjadi budak yang bijak, solehah dan menyejukkan hati ibubapa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...