Saturday, July 21, 2018

HIJRAH

Sebulan satu entri gayanya. Hi guys. Assalamualaikum. Moga - moga sihat semuanya.

Typing this in our rental house (maybe for the very last time) before we move out next week. Like after so long living in this compound, we decided to move to a new area.

Lets just recall my life in KL since the first time I came here to work in 2013. So for the first-timers like me and my friends, haruslah nervous gila to start a life in KL. Like KL kot; the capital city of Malaysia.

And we decided to start our life at this place because it was the center location for four of us; me, Farhanis, Ema and Afiqah. So we were living together until I got married in 2014.

After I got married, I moved to a new house with my boyfriend-now-husband. Believe it or not, we only moved to the next block! HAHAHA

So later my other friends got married and moved to other states with their loving husbands (Ema to Johor, and Afiqah to Terengganu). So, now its just Farhanis and me in KL. And I am still living in this same compound from 2013.

It was a big decision for us; me and my husband. Especially because this area is quite OK and near to my school. We go out at 7 in the morning and reach my school at 7.15 or 7.20 a.m. But the owner wants to sell this unit. So whatever it is, we still need to move out.

Found a house that we like so much, but honestly its quite far. Outside KL like 30km away. But for the sake of a comfortable and better life, we decided to give it a go. Fingers crossed peeps. Hoping for a better life than what we are having these days. We are grateful enough for everything that we have now, but maybe its time for us to do a 'hijrah'.

Tak plan nak duduk lama pun at this new place. Planning to apply for a transfer next year, and also looking for a house to buy. Umur dah lanjut begini, rasa nak terus settle down je. Eh gitu. Macam dah tua benar bunyinya HAHAH.

But maybe after this, I taknak dah duduk at one place for so long selagi itu bukan rumah sendiri. Penat weh nak kemas. Dah duduk rumah ni since 2014, segala harta pusaka pelbagai rupa muncul entah dari mana.

Perangai sayang barang tu memang kena buang jauh - jauh la bila kena pindah ni. Yang mana dah peram bertahun - tahun tu pejam mata je lah buang dalam tong sampah. Tak sangka diri sendiri sebenarnya ada perangai hoarder yang mentakutkan itu.

Lepas ni, berazam nak jadi manusia simple. Takde la sampai tahap minimalist kot. But I will try to make everything as minimum as possible. At the moment memang failed teruk weh. Toys Zara saja dah berkotak - kotak.

Nampak tak betapa jauhnyaa impian dan realiti daku. HAHAHAHA.

Please doakan perpindahan kami membawa seribu kebaikan ya :)

Love,
You know my name 

Thursday, June 21, 2018

AIDILFITRI 1439H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN :)

Nampaknya Raya tahun ni paling tak rasa raya sangat kot. Menziarah sepenuh hati masa Raya pertama je; itupun pergi rumah tok dan berjumpa sanak saudara yang lain. Raya ke-2 dah gerak pi Perak; holiday with the in-laws. Raya ke-3 pulak dah balik KL.

Maka sebab itulah, hari ni rasa macam nak makan lemang oi! Mana tidaknya. Sehari je dapat makan lemang, nasi impit, kuah kacang dan rendang secara tiada batasan. Tapi yang paling menggundah - gulanakan hati adalah, macam mana nak tahu lemang yang mana sedap? Banyak jumpa orang jual dekat tepi jalan. Tapi yang mana sedap? Atau memang kena pergi to the one exact point yang orang ramai cakap situ jual lemang sedap?

No hari raya celebration at home. Sebabnya rumahku sedang porak - peranda. HAHAH. Boxes are everywhere. Busy packing sebab nak kena pindah rumah at the end of July. Jadi untuk tidak membinasakan tulang empat kerat di akhir waktu, kita slowly packing lah. Hopefully, this will be a start of something new. Gitu. Dah macam lagu High School Musical pulak :P

Moga - moga penghijrahan kali ini membawa seribu kebaikan, rezeki,kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup kami. Aminnn.

Saturday, June 2, 2018

Down a memory lane in Ramadhan

I was looking back at my blogposts in 2009, 2010...

THIS IS UNBELIEVABLE!

Sungguh tak percaya weh kalau tengok balik blogpost pada zaman dahulu kala. Terlalu obses dengan blog barangkali. Banyak sungguhlah entri berbaur luahan perasaan dan sekadar menyinggah sekejap waktu tengah menghadap assignment dan menghasilkan entri berbentuk satu perenggan yang sepertinya...WHAT IS THIS CRAP?

Patutlah tak ramai followers dulu sebab banyak mengarut KAHKAH. Bila tengok balik, rasa pelik ada, nak gelak pun ada. Banyak sungguh lah aku terpengaruh dengan trend - trend semasa. Duk beli inner dua tiga lapis pakai dengan shawl uols. Keyakinan diri takyah cakap lah wei...200% lah masa tu. Mujur tak lama sangat aku terjebak dengan inner berlapis - lapis yang serupa kuih lapis tu. Bila tengok balik, huduhnyaaaaaa HAHAHAHAHAHA.

I am a bawal lover and forever #teambawal kot. Pakai juga lah shawl sekali sekala, tapi tak berasa cantik sangat. Or maybe belum jumpa style yang boleh buat aku fefeeling gorgeous HAHAH. Actually I prefer tudung bawal pakai lurus ke bawah sebab tak rasa semak kat leher. Paham dak? Kalau rasa rimas kat leher tu I cannottttttt. Buat aku rasa nak tempik orang. Tak pasal - pasal kan pompuan ni HAHA.

Lepas sahur tadi, terus aku jalankan misi clear out foto zaman dahulu kala yang boleh memalukan tuan punya badan kalau ada orang buat #majorthrowback. Baru sebut pasal inner dua tiga lapis, belum sebut lagi pasal ambik gambar sambil buat bibir terjuih
-_______________-

Anyway, leganya hati dah clearkan semua. HAHA. Just in case ada orang google nama aku ke, atau nama blog ni ke atau apa apa pun..takkan jumpa lah foto - foto yang boleh membuatkan aku tersipu - sipu HAHAHAH.

Ramadhan Kareem you guys! Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dalam kehidupan kita semua, insyaAllah. Setakat ini, kami belum pernah berbuka puasa di luar. Samada aku masak atau beli dekat bazar dan bawa balik, atau tapau sahaja. Rekod makan fastfood adalah sebanyak dua kali masa bulan puasa ni, dan harapnya tak bertambah dah.

FASTFOOD IS EVIL OK. Bye bye lah harapan nak kurus kalau still makan fastfood. Doakan aku berjaya menepis syaiton makanan segera please. Zumba lah 24 jam sekalipon tapi kalau tak jaga makan...kurus dalam mimpi aje.

Belum beli baju raya lagi. I know! Ramai orang dah setel kan. This year cam lek lek je cos aku kena cari blouse / mini kurung je for me and Zara. Kainnya dan sepasang lagi baju, mak jahitkan (I love you, mak). Baju suamiku masih di awangan. Bila tanya dia nak beli baju raya apa this year, dia cakap nak baju batik. Terkedu daku. Last year, beli kurta Elrah pujaan hati. This year nak batik pulak katanya. Aku pulak berkenan tengok trend lelaki pakai baju melayu teluk belanga + sampin + seluar hitam. Cam pahlawan gitu HAHAHA. Dah tunjuk gambar dekat lakiku. Tapi tak tahulah macam mana tu nanti. Tetiba dia dah tekad nak berbatik, daku ikutkan saje.

HARI NI BIRTHDAY ZARA WEI! OMG. PUNYA SERONOK MENAIP PASAL MASA LALU SAMPAI TERLUPA HARI LAHIR ANAK SENDIRI!

Tapi actually 3 years ago, masa ni rasanya baru pecah air ketuban. Lols. Mengimbau memori.

Nantilah aku buat another post for her 3rd birthday. Hopefully. Kikiki.

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...