Thursday, August 11, 2011

bila malam bulan mengambang [metaforikal]

ramai yang respon entri kuih berbahaya semalam.ramai peminat kuih-muih rupanya dekat sini.nanti kita buat gathering peminat kuih-kuih ok.semua wajib bawak kuih satu jenis sorang.kuih tunjuk pun kira kuih lah kan?HAHAHA.

dekat sini, kalau jalan malam-malam best.except for the drunk/partayyy people.berjalan menghirup udara segar dan menikmati kedamaian malam.damaikah di sana?jika dibanding dengan KL/JB punya kemeriahan malam *sebab sini bandaraya jugak*, memang kalah mati ah sini.sungguh damai.sejuk juga kerana masih winter.

KOSONG.

bukti?



aku fikir, kerana manusia ramai 'berdamaian' di kelab-kelab hiburan.maka yang berdamaian menikmati suasana malam, ialah manusia-manusia comel yang mencintai alam buana [erk].

kalau mahu buat Guiness World Record juga boleh, tidur atas jalanraya dalam bandaraya.cuba tengok negara mana menang.HAHA.

semakin dekat Rugby World Cup, semakin gundah-gulana hati[hipotesis sains].nanti manusia dari seluruh pelosok dunia datang.mungkin makin susah nak jumpa Kiwis [New Zealanders] yang berhati suci.mungkin suasana malam akan semakin meliar.tatott~*aku rasa aku belum pernah cerita betapa baik orang dekat sini.mungkin sebab itu negara ini ditabalkan antara 10 negara paling selamat dalam dunia.sumber: sini, klik sini untuk tengok ranking dari 10-1 :)*

baiklah.

untuk teka-teki cari beza gambar (1) dan (2) dalam entri ini, seratus kalung tahniah kepada:


sila hantarkan foto favourite anda *pastikan clean & clear* ke email izzatinur33@yahoo.com untuk pemprosesan hadiah mega yang digembar-gemburkan *eceh* semalam.

dan hadiah mega tersebut ialah:

bukan gambar ni lah.ini contohnya aja dong.HAHA.

custom design by me.insyaAllah bukan semua design sama sebijik, cuma mungkin akan menjadi seakan-akan.sebabnya ilham muncul dari akal hak milik jasad yang sama.hehe.konsepnya lebih kurang macam inilah.sesuai untuk dibuat header, banner, mahupun ramuan mata untuk juadah berbuka [?].

p/s: mula-mula nak buat doodle.tapi ada orang cakap doodle aku tak comel, maka tak jadi ah nak buat doodle.HAHAHAHA.

kepada kakak boonga_kecik, kita memang kongsi boss.hehe.kampus kite dekat JB, jauh gila dengan kampus akak boonga yang di Perlis nun, tapi kite orang Pahang *jawab soklan Cik Betty :P*



13 comments:

Rina Rahamat said...

wah ..bahagianya bandaraya tu waktu malam..NZ antara negara paling selamat ya..kalau nk further study haruslah ke sana kan..London x selamat..US pon cam x selamat..

KL mmg happening waktu malam..tp JB sohhhhhhh bohsannnnnn..

p/s: awak kan org Perak..nape nk balik JB lak ekkk???

NIA said...

@cik betty: insyaAllah selamat hehe.

HAHAHA bolehlah.tapi kira banyak jugak kete biasa dekat sana :P

p/s: sy bukan org Perak, negeri P jugak, Pahang.hehe.JB?sebab maktab sy dekat JB.teeheee~

Anonymous said...

wahaaha kak menang..hehe
tenkiu2 nanti pilih gambar kak email ya..bagi masa sehari buleh hehe..

kena cari gambar best ni

akak nak banner (cisss!! pandai2 pilih pulak kan...)

NIA said...

@kak sue: hehehe boleh kak.

cari yg cantik2 ya.teeheee.

sy buat standard size.insyaAllah bleh guna utk semua :P

NzA said...

syok juga mlm2 lepak2 camtu...

NIA said...

hehehe memang syok :D

Anonymous said...

ya Allah. x tau nak kate ape. hehe terkejut+terkuzat+terharu. bole? btol ke jwpn tu? ehehehehe.

tengsss siz...nti kite berurusan kt emel ye. hehe
alahai blushing nih~*tetibe*

Prince Halilintar said...

bersungguh2 bdk 2 org tu bertapa tgh2 malam atas jln mcm nk minta 'prince charming' dtg jer..last2 prince halilintar yg dtg..hahaha:p

NIA said...

@silah: HAHAHA yang dpt hadiah ni semua jwpan yg btol dgn separa betul walaupun tak sempurna.teeeheee.

baiklah.jgn lupa email!

NIA said...

@prince halilintar: HAHAHA.prince halilintar bawak petir siap macam boboiboy :P

Anonymous said...

x kena langgar ke weh dok tngh jalan tu??haha

NIA said...

aku dah bilang dong pokoknya enggak ada kereta disini malem2.ada, tapi enggak banyak sehingga kamu bisa baringan di tengah jalan.*minah indon marihhh*

Cik Jannah said...

eh ehhhh..tak sangka cik jannah menang?? oh emm geeee. teharu mak.:P

nanti saya email kamu ya..
tenks zatti!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...