Wednesday, August 10, 2011

jenis-jenis kuih yang berbahaya [katenyer]

hari ni aku hiperaktif terlebih.post entri sampai tiga kali HAHAHA.Al-kisahnya semalam lepas berbuka, aku diserang migraine.penangan makan coklat bentuk bola dua tiga biji.sungguh sengsara.siapa ada migraine tahulah rasa dia macam mana.pening sebelah kepala.rasa nak hantuk kepala dekat dinding kuat-kuat.haaa memang brutal lah kan.tapi aku tak berapa brutal.jadi aku ambik towel, basahkan, lalu letak atas dahi macam bayi-bayi.auwww [HAHA].

berujuk tajuk entri, aku sepatutnya menaip sesuatu berkisarkan kuih-muih, dan bukan penyakit migraine.maka, marilah ke episod kuih-muih bersama kakak izzati *eceh*.

benda ni aku nampak dekat Facebook, lepas tu aku klik, lalu aku baca.dan aku rasa ianya sungguh menggelikan hati.HAHAHA.oh ya, bila aku pening, aku berasa nak baca benda kelakar yang boleh dijumpai dalam blog macam blog akak senduk.bila baca blog beliau, migraine aku berasa hilang.#magika.terima kasih akak senduk :)

oklah.pasal kuih-muih tadi kan?[merapu kelaut jauhnya].

credits to Farisha Elyana [copied from other surce]

Perhatian, senarai Kuih yang merbahaya![cikgu aku cakap tak pernah ada imbuhan MER-.salah imbuhan, sepatutnya BER-]sempat lagi kau

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
...Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling ***** = doDOL (ini kuih ke?)
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang
Kuih suka pow = Pau
Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udangzzzzz
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
kuih org x mandi = BAU-LU
kuih paling tenteram - kuih makmur
kuih paling banyak = kueh mueh
kueh bajet gebu = apam gebu

aku je ke yang berasa funnehh?

17 comments:

Unknown said...

haha..macam2x..

Fay said...

hahaha! lawak jer. ;p

ikha07 said...

terguling2 aq gelak bce post ni...

Mama Ta said...

haishhh..macam-macam. well, not so funny. HAHAHAHAHAHAH. ehem. ok. funny.hehe

merahitujambu said...

kelakar la org dulu2 bagi nama...hehehe..xpe yang penting sedap..

Anonymous said...

owh ada pula jenis-jenis kuih ya izzati hahaa
yang paling gangster tu paling 'semat' :)

Anonymous said...

yg kt dodol tu ***** ap? sumpah x tau. hikhik

adehhh mmg klaka lah. kuih tenteram makmur gitewwww. seb bek x bg name kue pahang. hahaha

ayoys said...

hahahahaha. ble awet muda ka klu makan seri muka. nda paya susa'' baca enry ni bnyk kali mesti muda sllu punya.

noreenrara said...

hahahahahaha.
well..its funny..really !
hahaha

Rina Rahamat said...

td ada baca kt blog org...hahaha..mmg funny

Bunga said...

hahahaa..aduh cam2 tau.

Anonymous said...

wehh..kuih taik itik aku suka je..haha

kuih pling sexy tu aku ase cam nk rase je puteri mandi tu..haha

Prince Halilintar said...

hehehe..kelakar plak prince bace nama2 kuih tu..kreatif betul org yg duk memikir buat ni..

Si BuDaK KaChAk said...

kuih pnyakit lelaki kronik???....hahahahahahahahah

Noor Fatin said...

aahahah kuih org xmandi-baulu. nama saya bahulu okay. tapi mandi. hahaha

NzA said...

wakaka.....kreatif!!!!!

zEri sAfEerA said...

hahahahaha :)) adoiyaa derita nk baca habis sume. bc ckit pon dah gelak sakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...