Saturday, August 6, 2011

sosej Turks

actually, aku nak cerita hal kitorang pergi Pak N Save [macam Giant dekat Msia] hari Rabu haritu.tu yang keluar entri wordless wednesday yang ni.tapi entah kenapa tetiba blank.duhhhh tak best ah cani T____T.

just bukan apa, sebab plan nak pergi tu serius spontan.dalam kelas, terbayang sosej Turks.*memang tak patut.sepatutnya dalam kelas kena terbayang buku lah oi*.maka terus terpacul ajak pergi Pak N Save [the only place yang ada jual sosej Turks.].oh sosej Turks sungguh enak dan lazat.TETIBA.

padahal Pak N Save tu bukan dalam city.boleh tahan jauh jugaklah.FAKTA: kitorang ni biasanya kalau plan spontan memang jadi je.tapi, kalau plan yang dah seminggu tu, peratusan jadi ialah lebih kurang 50%.#sungguhluarbiasa.

tiba di Pak N Save.selepas sejam lebih pung pang pung pang tolak troli[s], bukan setakat sosej Turks yang kitorang dapat.ianya berupa stok makanan untuk sepurnama lamanya.KAHKAH.orang nak pergi berkhemah pun tak beli bekal banyak camni.


5 orang, dua troli besar ok adik-adik.besar as in BENAR BENAR BESAR.kalah troli Giant yang dahulunya suka buat aku jalan tak tentu hala dalam pasaraya mega itu.

aik?kenapa barang tu semua tak duduk dalam plastik?korang curik ea?

aah curi sekali dengan troli HAHAHA.

OK ACAH JE.

nak pelastik?bawak sini seposen.nah pelastik sehelai.

kalau beli barang yang bergudang-gudang?

pengsan sebab kena bayar harga plastik sekali
*sebab tu letak barang dalam shopping bag/kotak je*

marilah bersama menjaga alam sekitar *IKLAN*

kembali ke sosej Turks yang sangat sedap itu.

aku fikir, bekalan sosej Turks takkan bertahan sampai sebulan.sebab aku makan dua sosej pada satu sesi *lepas terawih.moreh la konon*, dua hari sekali.NOTA: sosej dekat sini ialah gemuk-gemuk [nanti aku upload gambar].aku tak pasti macam mana aku akan survive dengan sosej Ayamas yang nampak mini di mata aku buat masa ini.HAHAHAHA.*nafsu menggajah*

dan aku semakin tak mengenal erti menggoreng sosej.sebab dekat sini, kami BAKAR sosej *brutal*.sebenarnya masuk dalam oven je.HAHA.bakar lah tu kan?ngehhhh~cepat dimasak sedap dimakan nomnomnom.

SEDAP DAN SIHAT.tak ada minyak.kurang lemak.sungguh enak dimakan begitu saja :D

Oh Turks, kenapakah tahun ni aku baru mengenali dirimu.sobs.*bercakap dengan sosej*

Selamat Berbuka Malaysia!

35 comments:

Nailah Azman said...

Gila betul korang ni shoppinggg!

NIA said...

HAHAHAHAHA

Mama Ta said...

perghhhh memang banyak gila korang shopping!!!!

zEri sAfEerA said...

fuyoh. banyaknye. kongsi skali dgn fareha ke? muehehe :D

Cik Jannah said...

nasib baik 2 troli untuk 5org. kalau lah 2 troli seorang memang pengsan.
haha

Schubert Serenade said...

nafsu buaya..buaya pon tahu control nafsu ok!!haha

Anonymous said...

konfius nak kate berbaloi-baloi ke berlambak-lambak. hakhak

NzA said...

2 troli besar tu dik....fuh!!!

hati2 mkn sosej turks..xpasal nnti badan kenan jadi kembang camtu...hi..

ceria seindah suria said...

serius ko baru kenal tahun ni sosej turks tu?aiyor.tahun lepas aku dpt beli due bungkus je.sob sob

NIA said...

@dayana: memang banyak gila.rambang mata.tak dapat rambang mata dkt bazar, rambang mata dkt supermarket pun jadilah HAHAHA.

NIA said...

@zeri safeera: satu gerombolan HAHAHAHA.

NIA said...

@cik jannah: HAHA pengsan jugak kalau 2 troli sorang.rasa duit terhakis LOL.

NIA said...

@schubert: eh ni bukan buaya.ni gajoh.HAHAHA.

NIA said...

@silah: berlonggokan?HAHAHA.

NIA said...

@kak nza: teeeheee.betul2.xleh mkn slalu jugak.nnti jadi belon :P

NIA said...

@cik nina: iyooo.tu pun lepas kak zu bagi.ngahaha.dua bungkus je?aku ritu bli bape bungkus tah utk serumah LOL.

Anonymous said...

gemuk2 er sosej sana??wt balik kt aku 1 er..hoho

Noor Fatin said...

banyaknyaaaaaaaaa!! hahaah tu tahan berapa lama tu? :P

nanti upload pic sosej tu tau. waktu malam je k. keh3

NIA said...

@sifu im: bg aku gemuk lah.haha.1 je?xcukup kang.

@noor fatin: HAHAHA sepurnama lamanya LOL.

insyaAllah.teeheee.tp kalo sini dh malam, sana siang lg.cane?

Nik said...

wah banyak nya shopping :)

NIA said...

buat stok :P

Anonymous said...

punya banyak hohoo..kalu bawa ngan jnjnj tambah troli 2 lagi hehe

Shahrul Arel said...

sosej turks tu apa? sosej turki ke?

NIA said...

@kak sue: kehkehkeh.sakan beli brg :P

@arel: entahlah.turks tu jenama dia.xtau turki ke ape ke.haha.

niknurizzati said...

banyak nyer shopping groceries.. seronok ye dok oversea ni. lagi2 if belajar kat sana. oemmgeee. seronok !!

NIA said...

stok sebulan.teeeheeee.ada seronok ada tak seronok jugak.takde bazar :P

Rina Rahamat said...

oo sedap sosej turks tu ye..dh terjawab dah..

NIA said...

hihihi~

nabilah_2908 said...

setiap hari sabtu je kan xde plastic bag..?

sama macam kat sini la gak...tp kalau nk bag plastic kena bayar 20 sen...huhu.. :)

NIA said...

dekat sini tiap2 hari takde plastic bag :D

Si BuDaK KaChAk said...

btol3...klu kite plan awl2 mesti xjd...dia kne plan mengejut komfom jd nye...mcm bez je....pos la kt Malaysia ni...nak rase gk sosej yg gmok2 tu..hhehehe

NIA said...

agreeeeeeee.best best memang best.igauan hati dah nih.terlupa dah sosej ayamas sume tuh *eceh*.pos?kang xlepas kastam, kastam dulu rembat sosej bersaiz jumbo nih.HAHAHA.

Si BuDaK KaChAk said...

ngelat la kastam kn??dorg rembat kate brg terlarang...padahal dorg bwk blk pstu mkn sorg2...hehehe....wekkk.. :P

NIA said...

AHAHAHA.itu kata2 sahaja dong.enggak tahu kebenarannya LOL

Si BuDaK KaChAk said...

tu pun gurauan smate2 dong...enggak perlu prcaya...n arap mende camni enggak brlaku....hahahah(tiru sizuka ckp indon)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...