Sunday, August 28, 2011

dah nak Raya

sekejap je rasa Ramadhan kali ni, tetiba je dah nak masuk Syawal.dah nak dekat Raya ni, haruslah buat ucapan Raya untuk orang dekat Msia.semalam aku call mak, tipu ah kalau aku cakap aku tak sebak.sebak di hati hanya aku & Allah je yang tahu.cakap telefon sambil gelak ketawa seronok-seronok.tapi dalam hati, pilu.

aku dengar suara mak pun macam sebak je, tapi dua-dua kontrol macho.

kenapa aku call awal?kenapa aku tak call pagi Raya?

sebab aku taknak pergi sekolah mata bengkak merah macam Edward Cullen.tak stylo ah cikgu mata merah nanti HAHAHA.sempat lagi kan kau.

untuk praktikum nanti, aku dapat kelas Year 1, 5 years old.bebudak dekat sini mula sekolah umur 5 tahun, masuk sekolah sehari selepas birthday diorang yang ke-5.kiranya kalau macam aku, lahir 3 december, 4 december kena masuk sekolah ah kiranya.HAHA syurga tak rasa?lagi lambat lahir, lagi lambat masuk kelas.

habis tu macam mana syllabus belajar diorang?kesian ah budak yang masuk lambat.

untuk itu, kamu kena nantikan entri aku yang bertemakan sistem pendidikan di New Zealand.bila?aku pun tak tahu.HAHA.

aku berdoa agar kanak-kanak akan mencintai aku sepenuh hati.nomnomnom~

hari ni, dapur rumah kitorang berkumandang dari pagi.hebat menggoreng ayam dan mengusahakan bawang cili segala.sebab hari ni ada iftar bersama coursemates.ecehhh.bersempena sebelum memulakan praktikum mungkin.kitorang memang selalu buat gathering bila duduk sini.yelah nak berkumpul dengan siapa lagi kan.sobs sobs.

tetiba rasa macam entri ni tak bermotip.HAHA.otak aku dah merewang ke tempat lain.bahaya ni.HAHA.

untuk itu *lagi*,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua yang bertandang ke blog ni.ampun maaf dipinta andainya ada tersalah/terkasar bahasa selama 3 tahun lebih aku menulis blog.0 - 0 ok?heeeee~

tahun depan ada siapa nak datang beraya rumah aku?
punya awal promote HAHAHAHA.

16 comments:

zulkoa said...

raya di new zealand..ko watla ala2 jejak rasul kat sane..huhu

NIA said...

rasul mana aku nak jejak dekat sini encik ubi oih.HAHAHA.

[sutera kasih] said...

wahhh syoknya dia praktikum di negara org..pengalaman best tu :)


amboi awalnya jemput utk raya taun depan hehe

NIA said...

@syaza: hehe tapi berdebOr lah pulok:P

HAHA awal gila kan.sengal je tu.

nabilah_2908 said...

mustahil la x sedihkn..huhu..
cite la nnti psl stsm pndidkn NZ..brmint juga nk tau.. :-)

NIA said...

hehe insyaAllah :)

Far8 budak baik said...

oh dasyat gile
skrg ni kat new zealand lahh ekk..
haha!
selamat hari raya..
maaf byk byk k...
pung pung pung
bunyi mercun!
hihi

Unknown said...

Salam aidilfitri dik sizuka. Kiranya hari raya nanti masih ada kuliah la ya. Kuatkan semangatlah kalau gitu. demi ilmu terpaksa juga lalui kan? Apapun, kakchik doakan sizuka dan kawan2 di sana dapat juga berhari raya.

cik bulan said...

pergh..t bawak balik malaysia anak mat salleh sorang..ku nk buat rendang..bwahahaha

*mood raya*..tetiba

Unknown said...

selamat hari raya sis.. maaf zahir & batin utk sgala komen yg tlh mnyentuh hati dan perasaan sis..
=)

NIA said...

@far8: selamat hari raya juga.HAHA.main mercun leklok kang putus jari LOL.

NIA said...

@kakchik: Salam Aidilfitri juga kakchik.terima kasih atas doa :)

NIA said...

@cik bulan: HAHA buat rendang?tak sanggup ohhhh.comel sgt.

:P

NIA said...

@shera: selamat hari raya juga shera :)

Noor Fatin said...

sedihnya, hehe saya xpenah lagi raya jauh2, paling jauh pn mak kat ganu. saya kat penang. hehehe..

selamat hari raya awk. maaf zahir batin :)

NIA said...

@fatin: hehe pilu tau rasanya.tapi sabar je lah.heee~

selamat hari raya juga fatin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...