Sunday, May 2, 2010

live from Auckland :)

oh hello everyone :)
Assalamualaikum!
hari ni nak kongsi gambar-gambar dari D60 tersayang
*sebenarnya takde idea nak update pasal ape*
eh kalau nak komen ke nak suka ke nak kritik ke sila jangan segan
boleh saya perbaiki 'skill' & 'upgrade' apa yang patut
*oh bajet photographer professional je kau ye*
eh saya bakal cikgu sekolah rendah budak kecik-kecik sekian terima kasih :)










p/s: kalau ada sape-sape rasa rajin lagi anda dijemput ke FlickR dan jugak Facebook saya [eh nak jugak promote Facebook kat sini padahal bukan femes pun :p)

babai!:)

Friday, April 30, 2010

pengalaman paling berharga

*emo*emo*cough*cough*
oh hello :)
Assalamualaikum :)
''Twinning programme is such a waste''
*pissed off*
lepas makan tadi Fareha mention pasal isu ni
oh seriously I don't even know a thing about this
balik bilik terus bukak facebook
*pengsan*
saya malas nak emo tahu
nanti tak pasal-pasal boleh siap essay 2500words kat sini
eh kenapa ye?
kenapalah hidup kitorang dan seangkatan tak pernah aman
oh ter'emo' pulak
*sabar tarik nafas...hembus jangan tahan nanti pengsan*
dan kepada yang mengeluarkan kata-kata di atas

'YOU'll NEVER KNEW WHAT SOMETHING IS ABOUT UNLESS YOU EXPERIENCE IT YOURSELF'

sila beritahu saya, siapa yang boleh bayar nilai & erti sebuah pengalaman
pernah anda solat atas jalan tar dan sujud di atas batu-batu kecil yang menyakitkan?
disini kawan-kawan saya ada yang mengerjakan solat sedemikian rupa...
pernah anda solat di bawah sinaran matahari yang memancar tanpa sebarang lapisan ozon?
kawan-kawan saya disini terpaksa berbuat demikian apabila surau penuh pada hari Jumaat
pernah anda membawa sekeping kertas yang mempunyai kod-kod makanan haram & tidak boleh dimakan ke pasaraya apabila membeli barang?
disini sekeping kertas itu menjadi teman baik saya & kawan2 saya semasa membeli bekalan makanan
pernahkan anda merasakan bahawa betapa jauhnya jarak anda dan keluarga tersayang apabila wujudnya perbezaan masa antara dua negara?
kami disini seringkali menitiskan airmata [terutama saya]

saya tiada sempurna
saya insan biasa
*eh kenapa ni tiba-tiba macam sajak*

dekat maktab boleh plagiarize [sikit2]
dekat sini?kirim salam dekat plagiarism
markah memang 0 harap maklum
dekat maktab kalau malas sukahati
dekat sini kalau malas memang mati
dekat maktab..nak jalan ke blok baru mengeluh tak henti..
dekat sini jalan dekat 3km hari-hari
dekat maktab tak kisah assignment sikit2 senget
dekat sini kalau assignment senget habes markah semua senget

saya cuma nak beritahu yang pengalaman itu tidak ternilai harganya
saya sudah 3bulan berada di perantauan
dan saya akan berada disini sehingga akhir 2011
banyak lagi pengalaman yang akan saya timba di negara orang
yang mana baik saya ambil dan pelajari
yang mana buruk jangan sesekali ikut dan jadikan ia satu pengajaran

'something about a thing...sometimes it is not about the STORY behind it...it is all about the VALUES that we can get from it'

*cough*cough*
tiba-tiba jadi skema harap maaf
kepada kamu yang berkaitan

'DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER...TRY TO OPEN THE BOOK...READ IT...AND TRY TO PUT YOURSELF IN THE STORYLINE..you'll understand my words~'

'jangan sesekali menyalahkan takdir dan sesuatu kejadian...kerana suatu pengalaman itu tidak ternilai harganya...'

dan ayat kamu itu memang tak boleh diguna pakai
kepada kawan-kawan seangkatan saya...
Fighting!

*kesalahan bahasa/kekasaran amat dikesali
*maaf emo emo ye hari ini
:) nanti kita jumpa lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...