Wednesday, July 21, 2010

zaman muda agogo~

tiba-tiba hari ni rasa nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu.kalau cerita pembaris ada air,bekas pensil bertingkat-tingkat,beg sekolah swan,van jual susu perisa coklat,jagung,strawberry,van jual buku cerita dah selalu baca kot.tadi pun masa google ada jumpa banyak blog tulis pasal cerita-cerita macam tu.Ding Dang,Jojo,Ni Ni Cokolat Celup memang dah normal sangat dah.kan?
siapa ingat dulu ada pensil yang boleh tukar-tukar mata pensil tu?yang mata pensil warna-warni gila meriah tu.saya pernah gila sakan kumpul mata pensil tu SAHAJA.haha.pensil dia ada berapa batang je.ke sebatang je?ntahlah.tapi mata pensil yang boleh tukar-tukar tu masyaAllah banyaknya.sekali bekas pensil jatuh boleh berselerak atas lantai.habis riuh satu kelas.haha.
habis cerita pensil.ini kisah benar.dulu masa kecik penangan drama Melayu,Hindustan,Cina memang kuat sangat.selalu tengok dalam drama petang pukul 6 tv3, adik-beradik terpisah masa kecik lepas tu masa besar dah tak kenal sebab muka dah berubah.HAHA.gelak dulu sebab sumpah lawak gila.biasa kan kalau drama memang guna pelakon berbeza [versi kanak2 & versi dewasa].kadang-kadang masa kecik comel masa besar tak comel.masa kecik tak comel masa besar comel.gitu~boleh tak saya dengan adik saya gelabah gila.takut gila nak jadi dewasa sebab nanti muka berubah dah tak kenal mana angah mana along.HAHA.punyalah kan penangan drama kepada kanak-kanak seperti kami.pengaruh sampai macam tu sekali.nasib baik adik aku tak berangan nak jadi sailormoon.kalau tak ntah macam mana sekarang.kahkah.padahal fakta sebenar takdela berubah mana pun muka dari kecik sampai besar.haaaa nih nak tunjuk bukti.

erk.cuma mungkin bab rambut berjambul curly tu budak kecik yang atas menang.HAHA.

dah tentulah muka berubah sikit.kalau dah besar tapi muka macam baby lagi mana padan.haha.mesti jadi lebih matang.cuma part sengih tu memang tak boleh nak ubah.dulu orang cakap asyik ambik gambar tunjuk gigi je.peduli apa.haha.itu tanda gembira.setuju?

lagi satu dulu kalau berdiri dalam kereta mesti mak atau abah cakap 'jangan berdiri nanti polis marah,polis kejar dan sebagainya'.sekarang saya pulak praktikkan dalam kereta [kalau saya drive], 'adik!jangan berdiri nanti polis kejar kita.along takde duit nak bayar saman.nanti adik kena masuk penjara.'HAHAHA.sangat berkesan.
adik beradik dengan sepupu saya memang pelik.takut benda yang bukan-bukan.yang saya ingat ada sorang sepupu ni.memang tak reti duduk diam.asyik berlari sana sini dalam rumah.nak bagi dia diam, ada satu ayat hikmat.'hoih hoih.berlari-lari dalam rumah nanti orang asli kepala oren datang tangkap.'HAHA.ntah mana dia tengok orang asli kepala oren pun saya tak tahu.tapi itulah yang dia takut.kahkah~

Tuesday, July 20, 2010

muka baru

wajah baru muka baru semester baru semua baru.eceh.tuan blog?tetap yang lama.tapi lama tak bermaksud tua.haaaa.amacam kacak tak muka baru blog ni?ya ya ya baju sangkut dekat ampaian masih sama.cuma kali ni tinggal dua helai je sebab tengah pokai.motif?tiada kaitan.kalau siapa-siapa perasan sebelum ni warna blog biru + pink.so comel aren't they?sayang gila kot layout tu.tiba-tiba lepas post lawak oh! tadi bahagian blog posts buat hal.gedik gedik nak lebih garisan.saya pun apa lagi.ini tak boleh jadi.macam mana readers nak baca cerita best kalau 1/5 entri kena lindung dengan widget di kiri kanan.eceh kau macam ramai sangat readers kan.macam-macam solution dikorek digali segala.masih gagal.pilihan terakhir.tukar layout.namun masih setia dengan ipietoon.sebab template-template dekat dalam tu semua macam oh sangat comel.fall in love.tetiba.kalau siapa bukak ipietoon nanti nampak layout ni depan sekali.macam glamour bukan.chewah.so tema kali ini pink + hijau.walau apa pun akan memastikan warna pink tetap wujud dalam blog.[huh mana cool letak warna pink dalam blog].haaa siapa cakap tu?

p/s: which one is better?the previous one or this one?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...