siapa ingat dulu ada pensil yang boleh tukar-tukar mata pensil tu?yang mata pensil warna-warni gila meriah tu.saya pernah gila sakan kumpul mata pensil tu SAHAJA.haha.pensil dia ada berapa batang je.ke sebatang je?ntahlah.tapi mata pensil yang boleh tukar-tukar tu masyaAllah banyaknya.sekali bekas pensil jatuh boleh berselerak atas lantai.habis riuh satu kelas.haha.
habis cerita pensil.ini kisah benar.dulu masa kecik penangan drama Melayu,Hindustan,Cina memang kuat sangat.selalu tengok dalam drama petang pukul 6 tv3, adik-beradik terpisah masa kecik lepas tu masa besar dah tak kenal sebab muka dah berubah.HAHA.gelak dulu sebab sumpah lawak gila.biasa kan kalau drama memang guna pelakon berbeza [versi kanak2 & versi dewasa].kadang-kadang masa kecik comel masa besar tak comel.masa kecik tak comel masa besar comel.gitu~boleh tak saya dengan adik saya gelabah gila.takut gila nak jadi dewasa sebab nanti muka berubah dah tak kenal mana angah mana along.HAHA.punyalah kan penangan drama kepada kanak-kanak seperti kami.pengaruh sampai macam tu sekali.nasib baik adik aku tak berangan nak jadi sailormoon.kalau tak ntah macam mana sekarang.kahkah.padahal fakta sebenar takdela berubah mana pun muka dari kecik sampai besar.haaaa nih nak tunjuk bukti.
dah tentulah muka berubah sikit.kalau dah besar tapi muka macam baby lagi mana padan.haha.mesti jadi lebih matang.cuma part sengih tu memang tak boleh nak ubah.dulu orang cakap asyik ambik gambar tunjuk gigi je.peduli apa.haha.itu tanda gembira.setuju?
lagi satu dulu kalau berdiri dalam kereta mesti mak atau abah cakap 'jangan berdiri nanti polis marah,polis kejar dan sebagainya'.sekarang saya pulak praktikkan dalam kereta [kalau saya drive], 'adik!jangan berdiri nanti polis kejar kita.along takde duit nak bayar saman.nanti adik kena masuk penjara.'HAHAHA.sangat berkesan.
adik beradik dengan sepupu saya memang pelik.takut benda yang bukan-bukan.yang saya ingat ada sorang sepupu ni.memang tak reti duduk diam.asyik berlari sana sini dalam rumah.nak bagi dia diam, ada satu ayat hikmat.'hoih hoih.berlari-lari dalam rumah nanti orang asli kepala oren datang tangkap.'HAHA.ntah mana dia tengok orang asli kepala oren pun saya tak tahu.tapi itulah yang dia takut.kahkah~