Saturday, August 14, 2010

musim sejuk di Auckland

untuk siapa-siapa yang tak tahu.sekarang di NZ ialah musim sejuk.dalam bahasa lain musim hibernasi lebih lama.haha betul tak tipu.musim sejuk musim paling efektif untuk tidur lebih lena.sebab malam lagi panjang dari siang.waktu first sampai sini bulan Feb lalu ialah musim panas.dan masa itu dah tentu weather shock sangat-sangat.kitorang rasa dah sejuk macam nak pengsan tapi it was summer.itu masa mula-mula.masih terkejut.orang putih semua pakai shorts, sleeveless, peluh segala.kitorang masa tu tak boleh berenggang dengan sweater lagi.tapi sekarang dah immune sikit.dah boleh ikut pertukaran musim.tapi tak larat asyik tukar-tukar musim ni kulit kering, penyakit semua datang.waktu summer maghrib masuk pukul 9.00pm.waktu winter maghrib adalah pada pukul 5.45pm.nampak beza kan?bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.dugaannnnn~
ini uniform waktu winter.perhatian: winter di Auckland tak sejuk mana.paling rendah temperature pernah drop adalah 4°c.itu adalah sangat sejuk.tambah dengan angin kencang lagi.lagi satu winter di Auckland tiada salji.jadi tiada mimpi indah bangun tidur jenguk tingkap dan menjerit seronok 'it's snowing!'. sebaliknya 'it's raining' adalah normal.waktu winter Auckland sangat selalu hujan.best friend sewaktu winter ialah payung, baju hujan dan boots.yes itu yang saya pakai itu.oh ya dan juga sweater.sudah tentulah.believe me dekat sini tak pernah berwudhuk guna air dari paip biru sahaja.mesti combine air dari paip biru dan merah.jika tidak boleh pengsan kebekuan.itu sayalah.orang lain saya tak tahu kalau mereka lebih kebal.izzati tidak sebab izzati bukan kereta kebal.kahkah~

dekat sini saya cerita pengalaman kami di Whakapapa sewaktu bermain ski.itu jauh lebih sejuk, mencabar dan mendebarkan.tetiba mendebarkan apehal.haha.suhu di Whakapapa jauh lebih super-sejuk.pernah mencapai -10°c pada hari kami bermain ski.berwudhuk tak payah cerita.bukan menggigil dah.boleh kata dah macam parkinson.tambahan pulak paip dekat lodge tu biru dan merah asing-asing [dekat hostel paip ada satu, tapi ada dua pili [biru & merah] so boleh kontrol tahap warm mana yang kita nak].jadi harap maklum.antara sangat sejuk dan sangat panas.merana tubuh badan.pedih jangan cakap.sampai rasa dah hilang urat saraf kaki tangan.masa ni rasa bersyukur duduk Auckland walaupun frust sebab takde salji.bayangkan kalau duduk dekat Whakapapa sepanjang winter.tidaaaaaaaakkkkk~

oh ya tadi pergi membeli-belah dengan Fareha dekat Foodtown.boleh kata tiap-tiap minggu kitorang pergi*walaupun takde duit*haha~biasalah.inilah cara kami berekreasi di hujung minggu.mentolak troli dan mencapai hajat masing-masing.eh bukan.mencapai apa-apa yang dihajati.haha~
kini sudah ada dua koleksi lunchbox klipo.yang kecik tu beli masa mula-mula sampai dan yang besar tu baru beli tadi.lunchbox klipo sangat comel.sukaaaaaaa sangat.tapi tapi TAPI.yang kecik tu izzati buat bekas sabun.boooo-ya??haha.betul.saya buat jadi bekas sabun.sebab tak logik dia nak jadi lunchbox.sebab kecil dan comel.dan sebab ntah ceruk mana nak cari bekas sabun dekat sini.habislah sabun De Putih saya kalau takde bekas.hahaha.kantoi kau letak sabun De Putih dalam tuh.tetibaaa~

new pyjamas.sangat cintaaaaaa.tetiba cinta.haha.pink lagi dan lagi.oh ya baru tahu izzati sangat suka pink?TAHNIAH.yang dah lama tahu BRAVO untuk anda.haha~yang belakang warna kelabu nampak lengan gambar ladybird tuh dah pernah masuk entri sebelum ni.bermaksud beliau dah pernah famous suatu ketika dahulu.jadi perlu give way untuk pyjamas baru mencapai era kegemilangan.ewahhhh~

*gambar dua bijik dekat atas kredits to Fareha*

tak suka makan terung,sini takde air bandung.[baiklah dah dua hari penutup kau pasal air seringgit sebungkus dekat bazar ramadhan larkin.aik?kenapa habis spesifik larkin?haha~]

Friday, August 13, 2010

ingatlah orang yang tersayang

Salam Ramadhan.amacam puasa?hehe puasa-puasa jangan ponteng.tetibaaaa.sejak dua menjak tiga menjak ni banyak baca blog rakan-rakan yang mengulas isu buang bayi di Msia yang sangat super-hangat diperkatakan sekarang.boleh kata tiap-tiap hari ada orang buang baby.dalam tong sampah,tepi surau segala.paling baru saya baca tadi mayat baby dijumpai dalam lubang najis.astagfirullahalazim.dah takde cara lain ke selain membunuh?tak boleh ke biarkan budak tu hidup.what i mean is like, HELLO THAT'S YOUR CHILD.dah pandai buat anak,retilah jaga.hahh kau sekali kena.kalau taknak jaga pun hantar pergi rumah kebajikan or what so ever pusat kebajikan yang ada.berani buat berani tanggung.

bukan nak membanggakan warga NZ ke apa tapi mereka-mereka ni sangat menghargai bayi-bayi mereka.yes of course memang dah tentu agama kita dengan mereka lain.korang pun tahu orang putih hidup macam mana kan.tapi sekurang-kurangnya they will have a baby when they are ready.dan sebelum sebelum itu jika belum bersedia they will use full protection untuk mengelakkan dari membuat anak.ayat dah macam nak melebihi batasan tapi untuk buat anda-anda faham maksud saya, tidak mengapalah mungkin.haha ok abaikan gelak itu.sambung lagi.dan dalam muzium dekat Auckland ini wujud satu bahagian barangan bayi sahaja.yes macam pram, katil, baju-baju baby, toys dan sebagainya.the one yang classic punya style tu.that's one of the way the people here appreciate their babies.sebab kadar kelahiran dekat sini pernah satu masa dulu sangat rendah.banyak baby lahir tapi kebanyakan tak sempat membesar sebab sakit dan what so ever sebab lagi*perlu google untuk maklumat lanjut*.that's why kalau jalan-jalan dekat Auckland tak pelik tengok a white guy tolak pram with a baby inside sambil pimpin tangan his other two children.so sweet is it?jadi mereka tidak akan buang anak sebab susah nak dapat anak.bila ada anak akan ditatang bagai air sirap penuh jag.orang dekat Msia pulak senang sangat nak buat anak lepas tu senang-senang buang anak.booo-ya?

fareha tulis pasal kahwin.nak jugakkkk.haha.kadang-kadang rasa ada bagus jugak kahwin awal.boleh kurangkan kemaksiatan dan menghalalkan apa yang haramm.gituhh~boleh buat seseorang rasa lebih bertanggungjawab .dan matang mungkin.but it depends on people kan.macam saya, nak kahwin awal tapi mak tak bagi.hahaha okay gatal disitu.pernah berani-berani tanya mak pasal kahwin tapi mak cakap 'kerjalah setahun dulu...'.jadi begitulah ceritanya.hehe~

caucincau.sini takde soya cincau T____T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...