awas.ini entri nangis-nangis.
saya dapat parcel.benar jangkaan tentang notes di dalam kotak pos itu.pulang dari kelas, ada 3 notes.bermaksud 3 parcel.2 parcel mengandungi maxi dress.tapi bukan mahu cerita tentang itu.kegembiraan sebenar adalah apabila melihat parcel dari emak di Malaysia.berbunga-bunga hati dapat parcel raya.
macam biasa.MAF memang tak pernah puas merampas barangan yang emak pos.dulu sup bunjut, kini serunding.tsk~emak kirim kerepek bawang kegemaran anak.emak kirim keropok ikan igauan anak.anak sebak dalam gembira=').
tetiba terjumpa sampul surat putih celah-celah keropok. apa ini? tengok nama. oh ini untuk saya.terus membuka tanpa getar.hati gembira bukan kepalang.dalam parcel ada makanan dan ada surat dalam sampul putih.duit raya kah?surat cinta kah?tapi semua itu tidak tepat.
tak tahu masa ni rasa sedih ke gembira.speechless.saya tahu ini kad raya yang bunyi bunyi itu.sebab bahagian tengah dia tebal.saya sentuh.saya pegang.tapi tak berani buka.
at last, saya buka juga setelah cuba bertenang.dengar sahaja bunyi lagu raya dari kad itu, terus airmata bertukar menjadi air terjun yang mengalir deras dari ketinggian 100meter.tiada istilah airmata bergenang.ini terus mengalir deras sederas sungai pahang.TIPU.sungai pahang depan rumah itu tidak deras kecuali sewaktu banjir.oh keluar topik.sekarang bukan topik banjir.sambung cerita.itu automatik.belum baca lagi.kalah tengok cerita hindustan saat hero berjuang melawan orang jahat-heroin nangis sambil tengok hero berdarah-darah.itu pun perlu masa untuk feeling feeling.ini lebih hebat.buka kad-bunyi lagu-menangis tanpa henti.tetiba malu sendiri sebab menangis sampai merah-merah mata.belum baca lagi.bila dah rasa tenang, rasa kuat baru berani-berani baca sambil tersedu-sedan.tsk~
*content kad raya adalah rahsia*
Salam sayang & rindu dari mak, abah dan adik-adik...=')
ini baju kurung untuk raya tahun ini.mesti emak jahit dengan penuh kasih sayang.terima kasih emak.sayang emak, abah, angah,kakde,ijat,kakak,adik dengan semua orang.love you all~
p/s: kz-gallery sudah mula di'kerja'kan.siapa rajin nak tengok apa yang menanti anda di sana sila dengan segala hormatnya dipersilakan KLIK sini :)