Assalamualaikum.Salam Ramadhan.Salam Perantauan.

ini masa untuk promote
blog 100penulis.[gambar ialah ihsan sizuka.gituhh kan~]bagi siapa yang dah tahu dan sudah mendaftar sebagai editor, tahniah saya ucapkan.bagi yang tak berapa nak tahu apakah blog 100penulis ini, mari sini kakak nak cerita.tetibaa kau jadi kakak.haha.
pada suatu hari...eh bukan bukan.
apa kau merapik ni izzati.mari buat ayat dokumentari Discovery Channel versi bahasa melayu.Blog 100penulis merupakan satu blog yang berkisar tentang 100penulis.
erm itu agak confusing izzati.Blog 100penulis ialah blog yang ada 100penulis a.k.a editor a.k.a pengarang.Jadi blog 100penulis ialah satu blog dengan variety editor iaitu sebanyak 100 editor.jadi, jika anda ialah salah seorang editor blog 100penulis, anda akan bersahabat dengan 99 editor lain untuk memajukan blog 100penulis.
kelebihan ialah, idea yang dihasilkan oleh
admin utama blog 100penulis ini sangat super-cool.selain dapat mem'promote' blog kita yang sendirian berhad, kita boleh menaikkan trafik sedikit demi sedikit seterusnya mengeratkan ukhwah sesama bloggers.setakat ini blog 100penulis sudah ada 66 editor dan masih ada tempat kosong untuk diisi.jadi apa tunggu lagi?
sudah cakap kan ayat akan jadi macam dokumentari Discovery Channel sikit?cuma lainnya bahasa melayu la.haha~credits to
azmi sebab rekemen blog 100penulis dekat saya.cepat join cepat join.nanti credits to izzati pulak.kakaka~

kalau siapa ada baca,dengar atau menonton berita tentang gempa bumi di NZ.itu adalah betul.
haha tetiba kau nak cakap betul ni kenapa.takkan berita nak tipu.hadoilah izzati.baiklah salah ayat.haha.kawasan yang kena gempa bumi itu ialah
Christchurch, South Island.lebih berita
disini.kalau ada siapa-siapa yang risau
izzati macam mana, izzati ok ke, selamat ke sila jangan risau.izzati selamat disini.kerana izzati berada di North Island, iaitu di Auckland.sila rujuk peta.Auckland berada di utara NZ.astaghfirullahalazim mengucap panjang kami di Auckland.sebab utama, malam sebelumnya kami berborak-borak tentang struktur bumi NZ tentang volcanoes dan gempa bumi.besoknya
Christchurch dilanda gempa bumi sehingga
Wellington & New Plymouth yang berada di North Island turut merasai gegaran.maaflah ayat nak skema sikit macam berita.haha.tapi itulah.cuma tiada kematian yang direkodkan sebab bak kata azmi atau fareha, orang NZ memang dah selalu bersedia untuk bencana alam macam ini.boleh kata diorang serba tahu apa nak buat kalau tiba-tiba gempa bumi.kerana mereka ada
earthquake drill dan bermacam drill lagi.kita di Malaysia hanya ada fire drill.kerana Malaysia insyaAllah sepenuhnya selamat.jadi bersyukurlah menjadi warga Malaysia.
Saya Anak Malaysia.tetiba patriotik.tapi ajal maut di tangan Tuhan.Allah itu Maha Berkuasa.doakan keselamatan kami disini ya?
p/s: siapa-siapa yang ada pasang lagu raya dekat blog mintak maaf kalau saya tak dapat jawab andai anda buat soalan kuiz
lagu raya apa yang saya pasang dekat blog saya?.sebab saya dah sumbat headphone punya wayar dekat laptop dan letak headphone jauh-jauh.takut tersebak pulak dengar lagu raya, basah keyboard akak, kena beli keyboard baru.haha.