Tuesday, September 28, 2010

haruslah nak excited

Assalamualaikum & Selamat Malam :)

izzati kembali ceria.episod emo sudah berlalu.jadi sila lupakan Elmo.kaitan?ntah.haha.hari-hari yang mendatang, jika dipanjangkan umur & masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, insyaAllah akan terus disinari cahaya matahari.cukuplah ayat skema.apakah sinonim kepada matahari?TET.10 saat berlalu tanpa sebarang jawapan.haha.skema jawapan izzati mengatakan, matahari ialah sinonim dengan pantai.bila matahari sangat baik, itu hari yang baik untuk ke pantai.dan oh yeah, hari sabtu ini kami akan ke pantai!hooray!

setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke dalam air laut.rindu rindu rindu.sebelum ni musim sejuk, haruslah haram nak pergi pantai.kalau pergi jugak memang cari nahas nak bekukan diri sendiri.tapi orang putih memang suka buat benda pelik.waktu winter lah dia nak buat acara mari terjun ke pantai beramai-ramai.terjun ke pantai?hentam je lah.direct translation kot.haha.

jadi, sekarang saya excited.kawan-kawan saya pun apatah lagi.super-excited.riuh rendah dekat facebook ajak ramai-ramai pergi pantai.mula dah ada yang pasang niat nak shopping spek mata hitam besar, topi besar, dan macam-macam lagi.izzati nak beli apa?izzati nak beli tikarrrrrr.haha.kalau takde tikar takkan nak duduk atas pasir ye dak?kakaka~

aten cakap, jangan lupa bawak pelampung kartun.saya cakap, goggle pun jangan lupa.nak menyelam-nyelam usha ikan-ikan.kononlah izzati.padahal laut tu tak pernah pergi jauh pun.bila air dah sampai pinggang dah undur balik.haha.tapi ada niat nak snorkeling tau.teringin.tapi tak tahulah bila.kakaka~

anak gadis, tak elok mandi pantai.anak gadis, bermain di gigi-gigi air sudah.jangan ikut orang putih.tak sopan.*tutup mata*

apa kata spek hitam ganti dengan spek merah ke spek pink macam ni.mesti meriah nanti.variety sikit, colourful pulak tu.lagi meriah kalau tiap-tiap orang pakai kaler lain-lain.BORIA.hahaha.

Ho.hO.Ho.hO excited.hahaha.

p/s: lagi satu pergi pantai ni seronok photoshoot jugak.itu yang buat saya super-excited!haruslah belum habis semester lagi dah sibuk plan macam-macam untuk summer holiday.

emo bukan ELMO

Assalamualaikum & Salam Hari Selasa

entri ni bukan nak promote kartun sesame street.betul-betul bukan.

ini ialah ELMO.ELMO boleh emo.tapi emo bukan ELMO.apalah yang aku mengarut nih.apa-apa lah kan.hari ini betul-betul takde mood.super-takde mood.entahlah mood hilang pergi mana.rasa super-lesu, super-penat.duduk dalam kelas pun takde perasaan nak senyum.walaupun hakikatnya memang takde motif nak senyum dalam kelas.haha.tengok.tulis entri ni pun main bantai je.

entah apalah yang buat saya jiwa kacau hari ni.tak larat tu mungkinlah sebab puasa.jalan jauh pergi kelas alah macam tak biasa.kakaka.tapi serius bukan penat macam biasa.ini luar biasa punya penat.ibaratnya kalau boleh pengsan tengah jalan, lebih baik pengsan dulu.bangun nanti baru sambung jalan balik.hahaha.bingung aku dengan kau ni izzati.bingung!

even tadi jalan balik kelas pun, berjalan tanpa perasaan.menonong je berjalan.tak pandang kiri kanan.satu : beg berat HAHA.dua: super-lesu.biarlah budak kecik comel lalu sebelah, memang dah tak pandang dah.minta maaf adik, kakak emo.tetiba.haha.nasib baik Grafton Bridge tak ada tiang tengah-tengah jalan.kalau tak, dah lama langgar tiang.

itu hal tiang.ni nak cerita hal orang.biasalah kalau dah lesu, tangan kemaen lagi nak hayun.even tangan pun rasa berat.haruslah tak logik dekat situ.buat-buat logik je lah kan.hayun tu bukanlah bermaksud saya hayun sekuat hati.standard lah hayun tangan.tetiba.nak jadi cerita.bertembung dengan minah salleh yang agak besar saiznya.jalan kemaen rileks.saya sorok tangan sikit takut terlanggar dengan tangan dia.at the end, tangan dia nak jugak langgar tangan saya.kuat pulak tu.saya yang tadinya jalan menonong-takde-perasaan, terkejut jugaklah.tapi still, heartless.lepas tu dengar bunyi benda jatuh, tengok-tengok handphone dia.saya sempat cakap 'sorry' je lah.itu pun tak tahu dengar ke tak.saya pun tak pasti handphone tu jatuh sebab berlanggar tangan tadi ke apa.sebabnya handphone tu jatuh lambat sikit.entahlah malas nak fikir.

disebabkan tadi punyalah malas nak layan perasaan-kena-langgar sambil berjalan, sekarang baru dapat rasa tangan saya sakit.hahahahaha.

p/s: dapat berita baik.dapat kerja dekat South Island bulan Jan-Feb nanti.tapi hati kacau-bilau.habislah blog bersawang nanti.sobs~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...