Thursday, October 7, 2010

ikan & coklat?

tajuk, nak jiwang.padahal, entri ni takde kena mengena unsur kejiwangan tangkap cintan cintaku di pantai merdeka.haha.

Assalamualaikum & Hello :)

semua harus kenal ikan ini.untuk anak Pahang, hukumnya wajibal-ghunnah.kalau tak tahu jugak,buang negeri HAHAHA. apa?ikan apa?ikan apa?burung apa?haish!ikan apeeeeeee?

ikan patin lahhh.bukan ikan kaloi.ikan kaloi ada sisik, duduk dalam perigi.penangan cerita bawang merah bawang putih.kakaka.saya rindu ikan patin besar-besar macam ni.bukan setakat patin aje lah.rindu semua ikan-ikan sungai.rindu bau hanyir ikan, rindu nak cuci perut ikan.bila pulak izzati kerja nelayan?

mari baca karangan bahasa melayu darjah empat.
saya ialah seorang kampung.eh silap.saya ialah seorang gadis kampung.auuwww gadis haha.abah saya bekerja sebagai pentangkap ikan di sungai.sejak kecil, saya selalu ikut abah pergi ke sungai menangkap ikan.saya bukan seperti kanak-kanak perempuan biasa yang main buat kek guna pasir & cilok kuali tok buat masak daun pokok bunga emak.saya ialah kanak-kanak perempuan luar biasa kerana bukan setakat main kek pasir & masak daun bunga, malah saya reti bawak bot HAHAHA.namun, sekarang abah tidak lagi membenarkan saya mengikut turun ke sungai kerana sudah menjadi gadis.gadis duduk rumah tumbuk sambal sambil makan kuaci.sejak menjadi gadis, saya tidak lagi menjadi best friend kepada ikan-ikan di sungai.keranaaaa saya dah jadi tukang cuci ikan rasmi dekat rumah sebelum dijual kepada encik tokey restoran.

tamat karangan darjah empat.tak perlu baca pun sebenarnya.iklan semata-mata.iklan kau kata?hahaha.

namun, rindu terhadap ini yang paling tidak tertahan.gundah-gulana.mandi tak lena, tidur tak basah.nak cari dekat NZ, ntah celah mana nak sesat ikan ni.harapkan snapper...nehiiii kabhi nehiiiii~
izzati, harus puasa 2 tahun sebelum dapat makan ikan patin masak tempoyak semula.kini sudah 9 bulan berlalu.s.a.b.a.r.tapi tempoyak?insyaAllah tak lama dah.nanti ada duit, boleh beli frozen durian dekat Lim Chorr.frozen pun frozen lahhhh.janji nak buat tempoyak.nak makan tempoyak.nak tidur tempoyak.erk??

mak, kalau masak ikan patin tu jangan lupa along dekat sini...

misi utama sepanjang 2 tahun berada di luar negara ialah...untuk membakar lemak-lemak degil.dalam kata paling senang, nak KURUS.namun, berada di New Zealang Dairy Board haruslah dugaan super-besar.COKLAT coklat COKLAT.zzzzzzzzzzzzz~

saya bukan peminat coklat sebelum ini.namun sekarang sudah jadi hantu coklat.homaigodddd kenapa murah sangat?kenapa kenapa kenapa?BAYANGKAN....sekeping Cadbury yang besar tu $2-$3 je.mana akak tak histeria.beli coklat berkeping-keping macam beli chewing gum.tengok sana sini macam kena rasuk.coklatttttttttttttttttttttttt.errrr, dah macam zombie lah pulak.kahkah.
Whittaker's ni Nz punya produk.saya suka sebab tak milky & tak creamy sangat macam Cadbury.manis ala manja-manja gitewwww.hah tergedik dah.hahaha.yang ni memang halal, except for yang memang dah terang lagi bersuluh ada perisa arak tuh.akak pun tak paham apasal coklat pun nak perisa arak.kalau Cadbury, kena cari yang ada tanda HALAL dekat belakang.dekat sini, coklat Cadbury Bar tuh dalam kotak.style habes.

minggu lepas dah stop beli chocolate bar sebab sedar diri kena diet sobs.tapi tak tahulah kalau minggu depan start menggila beli coklat balik.hahaha~

p/s: penatttttt tau tengok drama dalam real life.penattttttttttttttt.baik buat drama sendiri.lagi syok kan Fareha?ngehhhhhhhhhhhh~

oh ya, nak tengok biri-biri NZ?nah.

Wednesday, October 6, 2010

jalan-jalan cari......

cari makan?cari pasal?atau cari suami?errr...hahaha.

Assalamualaikum & Hello :)

cari rumah sebenarnya.kontrak dengan uni residents habis 27Nov.jadi haruslah mula survey rumah yang berkenan di hati.bukan beli tapi sewa.dannnn, bukan rumah tapi apartment.haha.pokemon betul.ntah ceruk mana nak cari rumah sewa sebijik-sebijik dekat sini.kalau ada pun jauh dari uni.dekat area city, sana bangunan sini bangunan.bangun tidur nampak bangunan, nak tidur pun nampak bangunan.namun, tak perlu nak eksyen hai, I duduk apartment.U?sebab, memang dekat sini semua orang duduk apartment.kahkah~

apartment kerdil di celah-celah bangunan-bangunan gagah.ni kalau bangun tidur, kiri kanan bangunan.hai encik bangunan.sihat?gila.haha.

memang tak boleh terjumpa objek yang memantul.haha.oh by the way, hari ni bawak baby pink jalan-jalan sebab dia ringan.so gambar pun ringan-ringan aje lah ye.heeee~

tiap-tiap kali lalu sini haruslah ternganga.Hoooooogggwwwwaaaarrrtttsss?err...Hogwarts.macam-Hogwarts actually.kan senang.suka betul kau buat orang susah nak baca izzati.haha.errr besar pulak tempat sampah tu.kacau daun sungguh cessssssss.

Auckland taknak kalah dengan Venice.ni kalau buat photoshoot ni super-mantap oh yeah.I suka.

bukan senang nak cari apartment yang ngam dengan citarasa.citarasa itu satu, satu lagi kena consider harga.mesti cari yang berpatutan supaya ada duit lebih untuk shopping HAHAHA.kepada bakal housemates sekalian [Fareha,Nisa & Aten], mari buat solat sunat istikharah.antara apartment W atau apartment V.siapa yang bakal kita pilih.heee~

apa-apa pun berjalan-cari-rumah sepanjang hari ini super-berbaloi.hati berbunga riang, angin bertiup kencang.takde kaitan langsung.hahaha.sambil berjalan balik tadi duk berangan dahhhhh.tak sabar nak duduk rumah sendiri.hihihi~

oh ya.got a present for my baby polaroid.jeng jeng jeng!

lepas ni, jangan sesekali menafikan cinta I terhadap u.mahal tau bateri nih.hilang duit makan nasi goreng ayam dekat ayutthaya 2 kali tahu.hahaha.tapi demi u, I sanggup berkorban apa saja.ecewahhhh.

hooorayyyyy!syabbas bete!ini yang buat saya lagi tak duduk diam selagi duit tak masuk.sabar ok baby.nanti ada duit, I belikan film.bukan untuk orang lain, untuk u.untuk I jugak.hahaha.

yang ni pun buat saya tak duduk diam jugak.nakkkkkkkkkkkkk.apasal comel sangat?geram betul tengok.bye bye Blackberry,iPhone.i found my new love.hi love :D*grinning*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...