Saturday, October 9, 2010

Rugby.whooooooot~

hari Sabtu, izzati memang tak lekat dekat bilik.memanglah tak lekat sebab saya bukan spiderman.muahaha~

Assalamualaikum & Hello :)

sebelum ke berita utama, mari tengok gambar pelik untuk hari ini.macam hari-hari kau letak gambar pelik.
kalau iye pun nak cepat, takkanlah sampai macam ini sekali.ish ish ish.izzati yang langgar tiang tu pun tak parking macam ni tau.[hahaha langgar tiang lagi horror kot]

berita utama.

pagi: sesi photoshoot bersama model-model terhangat di pasaran.gambar?tunggu lepas hantar assignment hari isnin.kau belum start pun lagi assignment tu kan izzati?shhhhhh.shadap you.

petang: pergi menonton perlawanan Rugby inter-faculty [final].walaupun ada assignment, masih bersemangat waja menonton rugby.ini disebut sesi melupakan assignment.balik bilik, sambung histeria hadap assignment.

haruslah excited nak tengok rugby.the number one sport in New Zealand.NZ-All Blacks, All Blacks-NZ.sinonim kan?kakaka~

harus berterima kasih kepada pihak penaja sebab dapat tshirt free hahaha.actually tshirt tu hanya untuk supporters Faculty of Commerce je.tapi, sebab dapat tshirt ni lah kitorang sokong Commerce tau.kalau tak, dah lama beralih arah dekat Engineering.players Engineering dah kacak-kacak.hahaha.opppss~

ada budak seksi dekat belakang!jangan tengok!tapi tengok jugak kan.nak buat macam mana.lumrah manusia.benda yang paling orang tak bagi buat, yang tu dia nak buat.kahkah.

at last, Engineering menang.tipis je pun.20-19.mungkin, players Commerce dah penat.namun, penyokong-celup Commerce yang tiga orang ni memang tak henti menjerit.hahaha.dah nama perempuan, tengok rugby macam tengok bola sepak.hah hah hah jangan jangan.bagi dia!bagi dia!hish jahat tarik baju!hantar sana!bagi sini!alahhhh tak masuk pulak!hoi ganas!hoh!hoh!kalah pengulas bola sepak kahkah~

yang paling lawaknya, tadi tengah tengok game tu tiba-tiba bola rugby tu terterbang dekat kitorang.biasalah kalau main game yang guna bola ni, bola dia tu main sepak je tak tentu hala.nak dijadikan cerita, bola tu macam nak terkena saya.tapi Aten jadi hero.beliau menepis bola itu dengan gagahnya.hahaha.isi pentingnya bukan bola, tapi Aten.lepas dia tepis bola tu, saya & Fareha tanya 'sakit ke tak ten?macam sakit je kena bola tu tadi.'cuba teka Si Aten ni jawab apa.'tak.tak sakit pun.seronok ada lah.kena bola rugby kot.taknak basuh tanganlah macam ni.'hahaha.apa lagi, terus tergolek dekat situ.lawak kering betul budak ni.hahaha.tetiba teringat cerita Musang Berjanggut.kahkah.bak kata Fareha, ni baru kena bola rugby, kalau terkena players dia, mahu pakai bandage siap.kahkahkah~

p/s: izzati, kau tu ada assignment yang belum start pun lagi.jangan mimpi nak tulis entri panjang panjang.

terima kasih daun kari, Nuffnang :)

my first BE.Alhamdulillah~

*super-seronok*


mungkinkah izzati akan bertukar menjadi cardcaptor sakura hari ini?dengan kuasa bulan, akan menghukummu!eh itu bukan sailormoon ke?kakakaka~

p/s: get ready for photoshoot!:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...