Monday, December 27, 2010

walking alone is just scary

*this is going to be a very short entry since this incident happened just now*

Ton dah pergi south, kerja.makanya, tinggal saya sesorang.since sayur-mayur dah nak habis and my two lovely housemates will fly from Msia today, saya decide nak pergi Lim Chorr [supermarket] beli sayur barang seikat dua [aicewahhh].actually tak berapa konfiden nak pergi kawasan belah sana sesorang, since dekat K Road banyak aktiviti aktiviti syaitonnirojim.tapi sebab dah tak ada orang lain + tetiba terasa nak makan mi kari [hahaha], makanya saya beranikan diri.pergi naik bas 50 sen sebab malas nak panjat bukit.okay macam tak perlu sebut pun sebenarnya HAHAHA.okay cerita serius pun tetiba macam dah nak jadi cerita lawak pulak.serius okay serius.

i thought today the post office will open.but it's not.makanya, hasrat nak beli kotak pos barang balik Msia tertangguh lagi.jalan pergi Lim Chorr.lepas masuk entrance, tetiba ada sorang pakcik tegur saya.pakai smart tapi mukanya scary.rambut hitam ada uban putih, gigi berkarat.

Do you work here?
No I'm not [since dia pakcik, makanya kena hormat ye dak?]
I've seen you somewhere *grinning*
Heh?where?
Near downtown *grinning*
Oh maybe not.
What's your name?
XXXX [sebab saya takut dia jampi jampi,makanya saya bagi nama palsu]
*then dia hulur tangan nak salam.OMG masa tu scary gila.rasa berdebar dup dap dup dap ingat mati dah ni.rasa nak pengsan sebab berdebar kuat sangat.and you know what, dia tengok saya atas bawah.SCARYYYYYYYYY~*
maybe we should go, sit somewhere, have a coffee and have a nice chat *grinning*
Oh sorry I'm in a hurry
*puff!lari!*

OMG masa duk belek-belek sayur tu bukan main nervous ni hah.kot kot dia ada jampi serapah.OMG tolonglah faham.scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.dahlah siap grinning lagi.dia tahu ke tak yang gigi karat dia tu tak gojes langsung.OMG scary scary scary!

astaghfirullahalazim.alhamdulillah Allah selamatkan saya.tapi still terkejut.

p/s: taknak keluar rumah dah.kunci pintu, sliding door semua.habislah nanti ada rapunzel pulak dekat tingkat limabelas nih.

Sunday, December 26, 2010

shopping spree 2~

hari ni 26 Disember a.k.a sudah tiba Boxing Day ^___^.semalam tidur awal, dah tak peduli dah nak merandom dekat twitter lepas penat main Ultrastar Deluxe sampai serak serak suara.kahkah.bangun pagi tadi, online sekejap.konon nak update twitter.tetiba twitter stuck, ada ikan paus comel warna biru je sekor senyum senyum.lepas tu tak ada benda lain dah.keciwa betul perasaan.tak apalah, mungkin ini yang terbaik.aicewahhhh ayat memujuk hati yang lara.hahaha~

keluar rumah dalam pukul 7.30pagi, nak kejar bas pukul 8.05pagi pergi Sylvia Park.punya semangat sampai lupa bawak kamera HAHAHA.tengah jalan baru nak buat muka cuak OMG macam mana nak ambik gambar kalau tak ada kamera.TAPI dalam hati tak apa jugak tak bawak.macam tak sempat je nak ambik gambar.mesti sibuk merembat baju je nanti.kahkah.tekaan itu sangat tepat.tadi, berjalan dah tak ingat siapa dah.menonong bawak beg masuk Cotton On,Glassons,Jay Jay,Valley Girl segala bagai, dan pasti keluar dengan beg plastik.hahaha.tapi semua beg plastik tu sumbat masuk beg 'Happiness is Summer'.cover lah kononnya HAHAHA.

mujurlah ada beg 'Happiness is Summer'.kalau tidak, entah berapa belas beg plastik ada dekat tangan.hahaha.tapi even dah letak dalam satu beg pun, sibuk jugak nak langgar orang sana sini sebab beg kembung sangat!kahkah~

this is a new phenomenon for me.selama pergi MEGASALE dekat Msia sebelum ni, tak pernah lagi sampai berebut-rebut ramai gila orang dalam satu kedai.tabah betul pekerja-pekerja dalam kedai greet tiap-tiap customer yang masuk.hey dear are you alright there?itu memang ayat biasa.mungkin, diorang risau kot ada customer yang terpengsan sebab sibuk sangat bertinju dengan makcik akak abang duk rebut baju HAHAHAHA.tadi memang super-ramai punya orang.sampaikan nak belek baju pun kena tunggu turn, orang kiri kanan depan belakang.dekat sini, gadis 167 sentimeter memang tak dikira tinggi sangat pun.ada lagi akak-akak makcik-makcik yang lagi tough yawwww.sekali dia tolak, hahhh kau terbalik dunia.orang tengah duk sibuk shopping, kau nak pengsan pulak kan.

sesuai dengan nama Boxing Day, hari ni orang macam 'bertinju' berebut barang.OMG barisan yang nak beratur bayar punyalah panjang.tadi pernah sampai sekali saya rasa give up nya malaslah beli! sebab orang ramai sangat sampai rasa rimas mata.rasa penat berebut dengan orang.rasa nak lari keluar pergi kedai yang tak ada orang.tapi kalau tak berebut tak dapat, dak?HAHAHA.nak cari kedai yang tak ada orang tu pun satu hal jugak.sedangkan Gucci dengan LV pun penuh dengan orang hari ni.hahaha~

pukul 12.30 tengahari dah tunggu bas nak balik city.penat dia tak payah cakaplah.lenguh bahu kaki segala nih.penat berjalan, penat meredah lautan manusia.sampai Britomart, macam biasalah kena lalu Queen Street dulu sebelum sampai rumah.menyinggah lah sikit konon sebagai penutup kan HAHAHA.dapat sehelai dua, terus balik.rasa nak pengsan bukan main dah.sampai lupa kisah nak beli Frozen Coke.hahaha~

inilah hasil buruan hari ini.kasut tu yang beli masa pergi Newmarket haritu.hari ni tak sempat masuk Rubi.ramai sangat orang dalam tu.nak cuba kasut pun berlaga sana sini.tak syok ah.haaaaaa yang warna krim tu beg 'Happiness is Summer' yang saya guna buat sumbat semua plastik-plastik baju HAHAHA.dapat kasut sukan sepasang, lepas tu beli set alat tulis yang fofular dekat NZ [Smiggles] untuk adik saya & purse Bluebird untuk mak.yang lain semua baju!hahahaha.tapi bukan semua lah.ada satu baju untuk Fareha, satu baju untuk adik saya.tapi yang lain-lain saya punya lah.kahkah.ayat kau nak tunggang terbalik kan izzati.

Ton dah pergi South Island.4 hari lagi, saya pulak.OMG dah mula nak berdebar nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...