Tuesday, February 22, 2011

orang terjun bangunan & main mekap mekap

Assalamualaikum :)

baca tajuk entri pun sudah ngeri bukan?jika anda di tempat saya pasti lebih ngeri walaupun sebenarnya tidaklah sengeri mana, namun ianya masih agak ngeri sebenarnya [?].selepas percutian ke Coromandel yang mengasyikkan dan menjeleskan ramai orang [HAHA], hidup menjadi kembali tidak berapa seronok macam biasa, sebagai seorang pelajar yang ditimbuni nota dan buku dan lectures dan ugh.namun itulah namanya kehidupan.lebih baik kau terima kenyataan kehidupan kau kalau tidak pergi rendam kepala dalam sinki sekarang HAHAHA.

seminggu lagi, maka berakhirlah summer break yang sangat membahagiakan ini.semalam dan kelmarin, saya bersama housemates tersayang menghabiskan masa menjadi penonton setia Youtube.habis semua Ngangkung, Aku Masih Dara, Senario Beach Boys [yang ni dah beratus kali tengok HAHA] dan bla bla bla.petang semalam kitorang tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah yang 'kite bako.kite bako' tuh HAHAHA.waktu tengah tengok cerita tu, dengar dah bising-bising dekat luar balkoni.dalam hati, haihhhhh jadah hape petang petang pun nak bising.biasa diorang dekat sini tengah malam tu memang bising gila sampai tahap rasa nak baling periuk kuali bagai.tapi petang semalam macam bising pelik.lepas tu kitorang pun keluarlah.


seriously kitorang tak sedar apa jadi.yang sempat kitorang tengok, polis, st.john semua ada.lepas tu ada sorang lelaki India kena tolak atas troli [bukan dalam gambar] dan dekat leher dia ada benda yang doktor letak kalau orang patah leher dalam drama dekat tv petang-petang.tak tahulah nak bunuh diri ke, terjatuh ke apa.yang pasti kitorang memang tak sedar benda langsung.punyalah penangan hantu kak limah kahkah.okay serius.

ini cerita lain.hai, ini housemates saya :)


semalam, sebab dah buntu tak ada aktiviti menyeronokkan yang boleh dibuat dalam rumah, saya ajak diorang main mekap-mekap.kau ingat budak-budak aje boleh main?kakak budak pun boleh ape HAHA.

diorang tiga orang ni tak pernah main mekap-mekap.makanya, korang dapat agak tak siapa taiko? [HAHAHA]



make-up makes girls look more mature.tak mahulah mekap.nak awet muda.HAHAHA.errr tapi kitorang memang bukan jenis make-up yang vogeh vogeh mascara contact lens bulu mata palsu bagai.sebab tu excited bila main-main macam ni.HAHA~

oh by the way, ni ada sikit lagi gambar trip hari tu.







p/s: lomak-lomak bertambahhhhhh.oh no~!rasa nak pergi beli alat penyedut lemak sekarang.errrr mesin penyedut hampagas boleh guna sedut lemak tak?kahkah~

Sunday, February 20, 2011

Summer Trip : Coromandel Peninsula :)

Assalamualaikum & Hello :)

Cik Tembikai Susu a.k.a Silah, i pergi holiday youuuuu.sebab tu blog ni terbiar sampai rasa nak terjun gaung bila tengok trafik.kau gila nak terjun gaung semata-mata trafik blog menurun?takde takde.siap happy ulalala chupa chups pergi pantai HAHAHA.

tapi...sedihlah jugak sebenarnya.[gitewww drama tetiba]

by the way, buang yang keruh ambil yang jernih [motip?].HAHAHA.okay okay.percutian musim fanas kali ini membawa saya & kawan-kawan ke Coromandel Peninsula, syurga pepantai yang indah & menggamit kalbu.makanya, tema trip kali ini ialah Mari Ke Pantai~!

biasanya, dalam entri-entri trip pada masa dahulu [eceh masa dahulu lah sangat], saya ialah pemegang mohon besar kamera agung pertama.errrr bermaksud kamera saya ialah kamera utama sepanjang trip,membawa maksud gambar saya memang tak berapa nak banyak.trip kali ni, akak letak jawatan, serah mandat dekat Saifful KAHKAH.seronok rupanya posing sakan nih.

maka, dalam entri ni tak berapa banyak gambar sebab semua ni dari kamera sendiri.itu pun lepas suruh Saifful tolong ambikkan atas alasan weh tolong ambik gambar, nak masuk blog nih.nanti tunggu yang dari kamera kau lambat sangat.HAHAHA.



tengok tengok!basikal terbang!sebenarnya benda ni dua orang yang naik.saya naik dengan Aten tapi gambar belum ada lagi.yang ni pun mintak Saifful emailkan sekeping atas alasan nak masuk blog jugak.nampak sangat muka gayat tapi cover buat peace lepas tu tunjuk gigi luas-luas.HAHAHA.



ini dekat Cathedral Cove.subhanAllah cantik sangat laut dia, pantai dia.cumanya on the way nak turun naik track tu memang adventure habis.berselut bagai, yeks tapi dapat mud spa free KAHKAH.sampai dekat pantai banyak batu-batu besar.konon nak berlagak lanun lompat atas batu sana-sini kan.last sekali tersalah lompat, tersepit kaki celah-celah batu.dapat luka free dekat ankle.HAHAHA.



3 gelang pink cantik & menggamit kalbu ini hanya $5.berbaloi-baloi.sudahlah cantik, murah pulak tu.memanglah izzati berkenan benda-benda macam nih.sekali pakai kalah mak datin fofular HAHAHA.



ini towel dinasour saya.comel tak saya?[gila geli tulis macam ni HAHAHA]

kitorang mandi pantai.kononnya nak merasa mandi dekat pantai negara orang putih ni kan.cuba bayangkan ada 4 orang budak perempuan pakai full dengan tudung siap, duk main air macam seronok nak mati sambil menjerit tak berhenti sebab seronok sangat dekat pantai yang dipenuhi mat salleh yang berbikini & berseluar pendek sahaja.diorang memang jakun habis.HAHAHA.sampaikan Life Guard siap mintak kitorang jangan main dekat tempat ombak besar sebab ombak jahat.HAHAHA.tak tak tak.maybe dia ingat kitorang budak-budak kot.yelah sekejap ombak sampai habis semua menjerit melompat.amboi suka sangat kan.HAHAHA.bila sampai ombak besar sikit habis tergolek semua masuk air, siap air laut yang masin tuh masuk hidung telinga bagai.

tengok orang surfing, macam best weh.maka sewalah sebijik bodyboard.seronok~!tapi penatlah nak merempuh ombak bagai.ombak dekat sini super-kuat.patutlah orang putih gila surfing.best tapi penat.habis naik otot-otot duk mengusung board sana sini HAHAHA.

actually kitorang ada buat archery.tapi gambar semua ada dekat kamera utama.tak sempat nak snap guna kamera sendiri sebab seronok sangat memanah.kalah robin hood kau.HAHA.



hari last, kitorang pergi Shakespear Bay.niat nak kutip kerang, buat masak lemak cili api nyum nyum.tapi boleh kutip kerang bila air surut je.kitorang gamble je lah sebab bukan check pun waktu air pasang surut ke apa.akhirnya niat suci murni itu tercapai.air surut rupanya.seronok weh kutip kerang~!ianya ialah suatu aktiviti yang mengasyikkan dan menagihkan.susah nak stop sebab dekat mana-mana pun ada banyak kerang.last sekali kitorang stop sebab Adrian cakap sudah cukup kot.perlu jaga ekosistem.hah kau keluar bahasa sains siap HAHAHA.



kutip kerang sampai kuku pun dah macam hantu.ni kalau hantu tengok pun boleh cabut kot.KAHKAH.



kan dah kata, kitorang memang niat je nak kutip kerang mulanya.semua pakai baju macam nak pergi shopping kan HAHAHA.last sekali bila sampai sana, air surut pulak, hentam je lah dengan jeans siap pergi kutip kerang.lepas ni kalau nak pergi kutip kerang lagi nak pakai tracksuit je.baru syok bersila atas selut.hakhak~

p/s: GiveAway Sizuka-World-Of-Life is coming soon~!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...