Wednesday, March 9, 2011

mari tengok katak & lily pad

semalam dah cakap nak tunjuk sembilan ekor katak hijau, satu keping lily pad dengan kad nombor satu sampai sembilan bukan?

presenting...



errr tapi katak tinggal tujuh ekor, lily pad masih satu keping dan korang takkan nampak nombor enam dalam banyak-banyak kad tu.dannnnnnnnn...faham-faham ajelah kenapa lily pad tu warna pink okayyyyyy.tengok warna blog pun dah faham.HAHAHA.

kerana...saya bagi dua ekor katak & kad nombor enam dekat anak murid saya tadi.tapi tadi saya nampak dia pegang sekor je katak dengan kad nombor enam tu.lagi sekor katak entah pergi mana.motif bagi nombor enam?sebab tadi dia cakap i'm turning six soon.makanya, nah nombor enam, anakku.ecewahhhhh anakku dah sekarang?HAHAHA.berasa sangat dah nak jadi cikgu aku ni.

nasiblah.dapat anak murid 5 tahun yang keletah & cerdik amat serta mulut pot pet.saya sebut nombor dia kira katak.lepas tu dia pulak nak sebut nombor, saya yang kena kira katak HAHAHA.

nak jadi cikgu, kena sabar tahu.


ada gaya cikgu penyabar tak?huehuehue~

Tuesday, March 8, 2011

minggu yang sungguh menyibukkan

minggu yang menyibuk ataupun manusia yang bersibuk-sibuk?baiklah, nak pengsan baca ayat sendiri.ini bukanlah suatu entri yang panjang berjela-jela, ianya pendek dan singkat sahaja.atas alasan kesiannya blog ni lama betul tuan dia buat tak tahu je.padahalnya bukanlah lama sangat.kan dah kata, alasan semata.

besok kena pergi sekolah, test budak-budak comel 5 tahun untuk subject Primary Mathematics, berbekalkan kartun katak sembilan ekor, liliy pad satu keping dan kad uno strawberry shortcake yang tertulis nombor satu sampai sembilan.lupa pulak nak ambil gambar kartun katak sembilan ekor warna hijau dengan lily pad warna pink.besoklah okayyy.

tetiba teringat kata-kata seorang classmate dalam kelas Primary Maths haritu:

I hope we're going to do this kind of thing every week.This is so much fun.

dan apakah aktiviti yang dikatakan oleh classmate bertuah saya itu??ianya ialah mewarna & menggunting.to be more specific, mewarnai lily pad & menggunting katak-katak hijau.baiklah, mari pulang ke zaman prasekolah kawan-kawan HAHAHA.

tengok.tadi cakap nak tulis sikit aje kan.tetiba TERpanjang.

okayyyylah.


the sun is setting in the sky...teletubbies say goodbye.tinky winky...dipsy...lala...po...po~!kantoilah aku peminat teletubbies HAHA.minat Po sebab tu sebut nama Po dua kali.kahkah~

p/s: housemates semua tengah gila tengok pontianak kacak dalam Vampire Diaries.saya belum tergoda lagi nak tengok.takut addicted.HAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...