Friday, May 6, 2011

FA.IZ :)

hari ni, pergi kelas macam biasa.tamat episod kehidupan sebagai seorang jurukamera hari graduasi untuk musim luruh.phewwww penat.dari hari isnin haritu masuk tidur dekat pukul 1 dan bangun seawal mungkin mempersiapkan perkakas dan berkejar ke tempat kejadian.selasa & khamis, dipenuhi kelas dan outdoor photoshoot.phewwwww *lagi*.

tapi Alhamdulillah.rezeki dari Allah.walaupun penat, ianya berbaloi untuk masa hadapan.tak gitu?kehkeh.

dan bermula dari sini, maka terbinanya empayar FA.IZ photography.HAHA ingatkan apa tah FA.IZ ni tadi.YES empayar FA.IZ.bunyi macam kebabom, but we're beginners.sila beri tunjuk ajar :)


my partner in crime.HAHA.Hai Fareha :)


empayar FA.IZ photography kolaborasi saya & Fareha serta empayar NurIzzatiAzhar hak milik sendirian berhad :)


credits to Qallam Ahmad, kolaborasi kedua saya untuk majlis graduasi kali ini.lama-lama, segan pulak rasa bila tengok muka sendiri.rasa nak rendam kepala dalam sinki.HAHAHAHA.

nak beli lens 50mm sekarang!grrrrr.sabor je lah.mujur sekarang tengah pokai T_____T.

p/s: besok saya akan ke luar kawasan.Waiheke Island nama tempat tujuan.semalaman je.hari ahad nanti baliklah.heeee~

Thursday, May 5, 2011

bukan silat gayung

photoshoot, SELESAI.
editing, BELUM SELESAI.

habis bersilat dengan kamera.sekarang, masa nak bersilat dengan Photoscape dan foto-foto pulak.hiyakkkkkkkk!tetiba.

*tengah check ada tak gambar-gambar dalam DVD.besok dah nak pass dekat customer.ecehhhhh*

saya tak berapa cekap membakar (burn) gambar ke dalam cakera padat.ada masa jadi, ada masa tak jadi.bila masa tak jadi, dengan cakera padat kena lempar sekali dalam tong sampah.itulah bahana kalau buat kerja bila emosi.HAHAHA.

malam ni, mengerjakan sampul surat.eh bukan.sampul DVD.siang tadi, kaget sebab terlupa beli sampul.last sekali, buat sendiri aje lah.senang, jimat kos.harap-harap tangan yang tak berapa kreatif ni jadi kreatif.

cari gali kotak harta karun.jumpa kertas bunga-bunga pink, gunting, serta gam pinjam dari Nisa.terima kasih daun kari :)


once again, izzati buat sepah dekat ruang tamu rumah HAHAHAHA.


pung pang pung pang eh eh dah jadi.HAHA.tak perlu kot kongsi resepi ke cara-cara membuatnya ke.yang macam ni budak sekolah rendah pun boleh buat.HAHA.biasa ada dalam rancangan A.L.O.N.G ALONG! dulu-dulu tu.

bila sampul DVD dah siap, hati gembira O-lalalala.actually yang graduation photoshoot ni ada orang hire saya jadi event photographer.so ni boleh kira macam side-income lah.Alhamdulillah :)


rupa side-income di sebelah lainnya.kadang-kadang bila tangan gatal sikit nak main manik, terjadilah harta karun-harta karun pelik macam ni.HAHAHA.

special thanks to my dear seniors yang sudi hire saya & the geng untuk jadi event photographer sempena graduation ceremony.and CONGRATULATIONS~!


Diyana [Bachelor Of Science]

Zarina [Bachelor Of Education]

Sakinah [Bachelor Of Engineering]

Ain [Bachelor Of Science]

habis cerita pasal graduation.haaaaaa nantilah saya upload gambar lain ok.belum habis edit semua lagi.beribu jugaklah kot gambar yang kena edit.phewwww~


rupa langit selepas kejadian Tornado, kelmarin.besok diramalkan Tornado akan melanda sekali lagi.to all Aucklanders, take care of yourselves. mari berdoa supaya kita dijauhkan dari sebarang kecelakaan dan dilindungi Allah S.W.T.dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...