Sunday, June 26, 2011

pasar minggu

dekat sini, takde pasar minggu yang jual yong tau fu dengan sate *nomnomnom* bagai.TIADA.jangan mengharap longgokan durian, nanti engkau akan hidup secara sengsara seperti aku yang sudah setahun lebih tak merasa nikmatnya durian dan awesomenya tempoyak.aku redha.mungkin itu yang dikira sebagai perjuangan.eceh.

hari ni kitorang pergi pasar minggu dekat Avondale [first time tahun ni], ambil feeling emak-emak ala motherhood gituh.kalau dekat Msia, emak-emak gendong bakul.dekat sini, feeling motherhood ialah tolak beg troli.HAHA seronok.sebab semua orang buat, dah jadi macam budaya.ibaratnya kalau engkau tak ada beg troli, engkau loser.KAHKAH.

ok tak jumpa gambar makcik pakcik tolak troli.ok takpelah.boleh tengok gambar kitorang dengan troli.HAHA.


see.itu beg troli kitorang.corak kotak-kotak.so, nama dia ialah beg troli pasar.ngerti?

satu benda yang memang tak boleh elak bila pergi pasar, benda-benda murah yang dijual secara berbondong-bondong.murah, dan stylo.menarik.tapi cikai.HARUSLAH.tapi juga lemayan.namun bukan semua cikai you know.bijak membeli, menang memakai.eh betul ke aku nih.




if you wonder how I manage to take these photos, there's only one answer to that question.buat muka tak tahu malu.serius.tadi ada je yang pandang-pandang.kalau dia berani tegur tu, harus keluar apahal budak nih sibuk dengan kamera.orang datang pasar beli sayur lah.bukan ambik gambar.tapi tak ada pun yang cakap macam tu.itu yang seronok dekat sini.engkau buatlah apa pun, orang tak peduli.asalkan jangan sampai engkau bunuh orang.kalau dekat Malaysia, engkau pakai tudung tak sama warna dengan baju pun ada orang nak komplen.ye tak?


hamik kau.jual emas dekat pasar minggu.kau berani?

Joyah: hamboih senah banyaknya rantai cincin gelang emas kauuuuuu.lip lap lip lap anak mami.
Senah: alaaaa no sweat pun kak joyah oih.beli dekat pasar minggu jekkk.beli satu percuma tiga.sambil-sambil beli sayur, rembat la seutas dua.hihi.

kalau macam ini gayanya, makcik yang jual nasi kerabu haruslah hilang entah kemana ye tak.HAHA sibuk pilih rantai emas yawww.LOLOLOL.


beanie angry birds.sape nak order.$10 satu kepala burung.HAHA.




CENDOL!omaigodseronoknyataksabarnakmakan!


kebanyakan peniaga ialah dari golongan Cina, Maori & Pasifika.orang putihs macam tak berapa minat kot berniaga-niaga pasar minggu nih.mungkin diorang geng main bursa saham.datang pasar minggu nak beli kentang dengan epal.takpun nak beli topi angry birds [?].HAHA.


pakcik ni super-cool tau.tahun lepas masa datang sini, dia dah memang berniaga.jual cookies.cookies dia pulak memang kevavomm punya awesome lah.sedap gila.choc chip ada, choc brownies ada et cetera.suka berlawak tau pakcik ni.HAHA.cakap melayu lancar walaupun dah lama duduk NZ.still up-to-date pasal Malaysia.

serius dia excited tak hengat.tadi sempat lagi tanya, dah ambik belum gambar bendera dekat van dia tuh.so dari jauh sempat snap sekeping dua.lepas tu sempat lagi tau dia pesan...

Nanti masuk dalam Facebook ok!

HAHAHA.


aku, kalau berjalan, memang jarang bawak orang ke jalan kebenaran.selalunya ke jalan kurang kebenaran.HAHA.sebab aku manusia random.dan manusia random, akan mengikut kemana arah kaki melangkah.maka, AWAS.HAHA.

aku jalan dengan Aten.beliau nak cari comforter.tapi kitorang tak lalu tempat jual comforter pun.HAHA.sebab jenis aku, aku kena masuk semua lorong.kalau tak aku tak puas hati.sebab tu selalunya aku bawak orang masuk jalan kurang kebenaran KAHKAH.tapi kadang-kadang, kita tak tahu bahawa jalan kurang kebenaran tu kadang-kadang punya kemanisan tersendiri.eceh.dan kami ketemu ini...


nice hoh?aku rasa nak lompat tinggi-tinggi bila jumpa gerai ni.semua vintage.dengan pakcik yang sungguh nice kerana berjaya dipujuk selepas pakar tawar harga paling hebat dalam dunia *ekhemm* berdolak dalih dan bermanis muka dengan beliau.HAHA.




yang ada flash tu Aten punya, makanya obvious lah kan yang debab tuh aku punya HAHA.

cuma masalah negara aku sekarang nih, susah gila nak cari film 127mm.sebab kamera ni tak pakai 35mm punya filem.127mm haruslah berzaman punya filem kan.duhhhh.umur kamera ni pun lagi tua dari tuan dia.HAHA.

Hello Boss.I am 55 years old.


Saturday, June 25, 2011

bila adik-adik punya Facebook

Facebook sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan sehari-hari untuk insan yang bergelar manusia.eh.sekejap.apasal ayat aku skema.ok.what I mean is, hampir semua orang ada Facebook kan.tak kiralah umur 50,40,30,20,10 atau 1 tahun [?].tapi kalau budak umur setahun ada Facebook, itu boleh dikira Guiness World Record mungkin.

dalam sejarah keluarga utama [tak kira sepupu sepapat makcik pakcik], boleh kira guna jari berapa orang yang punya Facebook.aku [22 tahun], angah [20 tahun] dengan kakde [16 tahun].sebab tiga orang ni punya pengaruh rakan sebaya.like serius weh.kawan engkau ada Facebook, takkan engkau nak main Friendster lagi ye tak?tapi bukanlah my other three little brothers and sister tak ada rakan sebaya.ADA.tapi pengaruh dia tak berapa awesome lagi.maybe Ijat agak logik lah kot tapi baru Form 2 macam tak ligat lagi nak bersosial mungkin.

one reason, dekat rumah tak ada internet.my parents think it's not very compulsory.duduk kampung, aman damai tenang bahagia dengar bunyi ayam berkokok whatsoever.serius rindu.kalau perlu internet, pergi rumah sepupu sekejap.10 minit je pun.tak ada hal.waktu aku dengan angah dulu rileks je tak ada internet tak ada komputer.layan je main pondok-pondok tetiap hari pun.abah pun redha je cawan getah dia kitorang bikin acuan kek tanah.hihihi.manis tidak hidup macam tu?serius aku rindu.

benda paling terkezutkan, adik aku yang umur 11 tahun [bongsu perempuan] add dekat Facebook.and I was like WHAT?ok now tell me siapa yang gatal buat Facebook untuk adinda ku ini.kerana aku fikir logik.adik aku serius tak reti godek benda alah teknologi ni.sebab kakak-kakak dia pun baru nak reti.sooooooooo who's the pokemon?

aku suspek ini pekerjaan sepupu-sepupu sebaya adik aku itu.maka, ini bukan pengaruh rakan sebaya.ini pengaruh sepupu sebaya T___T.

kalau dia tak rancak dan ligat dekat Facebook, aku memang tak bimbang tak runsing pun.masalahnya...


punya ligat duk upload gambar artis manjang.SNSD, Nora Elena, Taylor Swift, Selena Gomez whatsoever semua ada.pung pang pung pang bila stalk album dia, aik 5 photos je dalam album keluarga saya?WHATTTTTTTTTTTTTT.

aku fikir aku sorang je perasan, tapi tak.angah pun perasan.lalu dia buat serangan kakak-kakak.


Angah Rahim tu my other cousin.bukan suspek.dia sengaja sibuk-sibuk dalam adegan kakak-dan-adik nih.HAHAHA.

kitorang haruslah kenal perangai adik-beradik sendiri kan.dalam family pun ada 4 perempuan je, lagi 2 orang lelaki.Ijat dengan Adik tu memang haruslah buat hal sendiri.takde nak campur hal pompuan-pompuan nih.Kakde pulak entah zaman bila last bukak Facebook dia.kalau dikira-kira, aku dengan angah memang paling singa *garang roarrr* lah, tapi angah lagi singa dari aku.HAHA.so adik-adik boleh kira tak berapa berani la kalau kena sound dengan kitorang.itu yang bikin aku curious dengan komen adik aku dekat atas ni.amboi berani kau yeh.

tell me I am a typical sister.YES I am.runsing aku bila fikir hal dunia sekarang *amboi kalah menteri HAHA*.ok let me explain it to you according to what I learn in children psychology.eceh.kanak-kanak tidak boleh didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak sensible dengan peringkat umur mereka.ok bahasa pelajaran ni memang rumit sikit nak faham.mari aku bikin mudah cerita.

kalau budak-budak, buat cara budak-budak.pergilah main tanah, main pasir, main pondok-pondok ke kawin-kawin ke whatsoever.because this is the stage when they'll learn EVERYTHING.sebab itu kalau ada anak nanti, biarlah dia nak memanjat menyondol ke whatsoever.itu cara dia experience life.tapi kalau dah kecik-kecik pandai menghadap Facebook, tak dapek den nak nolong.

sekian.tamat pelajaran children psychology kita untuk hari ini.HAHAHA.

p/s: aku lagi seronok kalau adik-adik aku enjoying life as a child macam kita zaman dulu-dulu.main tanah, main pasir, main guli, main rounders, main galah panjang, main kejar-kejar.tengok.sekarang kan dah rindu :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...