Monday, June 18, 2012

#Tips Travel Bandung - Persiapan

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini adalah spesial untuk ibuk ibuk kakak kakak abang abang pokcik mokcik sekalian yang akan ke Bandung, Indonesia (travel & shopping yay!).dalam bahasa sains, kita gelar perkara seperti ini sebagai TIPS.jadi mari kita meneliti tips-tips ke Bandung yang telah saya senaraikan secara sendirian berhad.sori kalau ada yang tertinggal.maklumlah manusia, salah dan silap tu biasalah.eceh ayat nak cover.

1) Tiket
Dah beli tiket?Alhamdulillah kalau dapat tiket murah.kami beli tiket setahun yang lalu (sewaktu masih belajar di NZ).sebab itu tiketnya murah banget dong.pergi balik seratus lebih je.beli masa promo Air Asia.untuk kaki gila travel macam kitorang, wajib check kalau Air Asia ada promo.kalau boleh refresh setiap 5 minit.HAHA.biasa Air Asia punya website boleh traffic jam bila ada promo.jadi, di mana ada kemahuan, di situ kita kena kuat bersabor.mana tahu rezeki dapat tiket murah.teeheee.


2) Wang/Duit/Uang
Ini memang tips yang harus dikongsikan.sebab certain orang kalut nak tukar duit dulu sebab takut nanti sampai Bandung tak sempat shopping sebab belum tukar duit (akulah tu)HAHA.macamlah sampai je airport terus nak shopping.dekat situ dah boleh nampak dah melampau tak melampaunya nafsu shopaholics aku nih.tapi aku tak sempat tukar duit dekat Malaysia pun, sebab Fareha cakap tukar dekat sana (Bandung) mungkin lebih berbaloi.

MEMANG BERBALOI.nanti bila sampai airport Bandung yang bersaiz S itu, keluar je pintu utama pap nampak sebijik money changer.kitorang tukar duit dekat situlah.bila tengok sekali tak nampak macam money changer pun sebab ada lelaki selamba badak tidur dekat belakang kaunter.tapi peduli hape kan.kita mau nukarin uangnya buk.

sekelip mata jadik jutawan.jutawan rupiah.HAHA.

3) Accommodation/Penginapan
kami mula cari accommodation 3/4 bulan sebelum tarikh travel.sebagai budget travellers, haruslah search hotel termurah di segenap Jawa Barat.masa tu dah berpening pening convert rupiah ke RM.siap ada senarai hotel-hotel yang berkemungkinan untuk diduduki sepanjang berada di Indonesia nanti.after considering price,location and everything, we go for Hotel Kenangan, Bandung.

satu masalah bila nak book accom ialah, kena bayar guna kad kredit.di Malaysia, students mana ada kad kredit.hewhew.

I emailed them, the Kenangan Hotel.beritahu bahawa kami adalah pelajar yang mengembara dan mahu menginap di hotel mereka namun tiada kad kredit untuk melaksanakan pembayaran.

Alhamdulillah mereka ngerti kok.our booking was confirmed.4 days and 3 nights.dan pembayaran bisa diselesaikan sewaktu ketibaan.yay!



Kenapa harus memilih Kenangan Hotel sebagai tempat penginapan anda di Bandung?


a) harga berpatutan (more or less Rp205 000 per room - Economy room (fan) for two person)
di Bandung, tak perlu mencari bilik aircond.mengikut pembacaan aku sewaktu dalam flight(tetiba rajin membaca dalam flight entah kenapa), Bandung adalah kawasan paling dingin di Indonesia.lebih dingin dari Malaysia *kesat peluh*.

b)dekat dengan Surau/Masjid tempatan.kami tidak membawa jadual waktu solat, jadi hal ini sangat membantu.bila azan, oh dah masuk waktu rupanya.lebih barokah gitu!

c) bersih, nyaman dan indah.hotelnya tidak sebesar mana.sederhana tapi nyaman kok!interior design sangat cantik.manakan tidak, kitorang sempat photoshoot dekat tingkat 3.HAHA sesuka hati.

d) breakfast juga nyaman!dapat FREE breakfast untuk setiap orang di kafe.pilihan (a)roti (b) nasi goreng.perut Melayu memang ah pilih nasi goreng.tapi hari ketiga je baru tahu dapat FREE breakfast.first dengan second day tak sempat nak ambil tahu sebab nafsu shopaholics membuak-buak.sanggup breakfast dekat toko depan hotel tu tak menahan.HAHAHA.

e) DEKAT DENGAN PASAR BARU(sengaja caps lock).Pasar Baru memang dekat gila kot.dah pergi pagi, rasa nak balik hantar barang lepas tu nak pergi lagi HAHA.just a walking distance.jalan sikit, naik jejantas eh eh Pasar Baru lah!lepas tu habis berpuluh ribu tak sedor diri.flight kami dari KL jam 6.45 pagi, sampai Bandung dalam pukul 8.00 pagi waktu Indonesia.sampai hotel letak barang lepas tu terus carik Pasar Baru.yang tak menahan tu bilik lagi satu bukan boleh masuk lagi sebab belum kemas.tak peduli dah terus cabut pergi Pasar Baru.bila balik je memasing penuh tangan.comel je receptionist tu senyum tanda faham kat kitorang.HAHA.

kami pergi Pasar Baru hari pertama dengan hari ketiga.kiranya first day tu mukaddimah dulu ah kan.mukaddimah tak mukaddimah jugaklah, balik bilik tengok duit rasa nak nangis.tapi bila tengok kain pasang telekung bersulam itu excited pula.#irony.

nanti insyaAllah nak buat satu entri pasal Pasar Baru sahaja.nantikan!

f) FREE Internet.

g) Helpful & great customer service!(yang ini pun nanti kita cerita lain entri)



ok rasa dah panjang sangat ni.next entri insyaAllah akan dikongsikan tentang kenderaan awam dan juga tour yang kami sertai pada hari kedua pengalaman kembara di Jawa Barat!

till then,
Duta Pelancongan Bandung.


Monday, June 11, 2012

Home, at last.

Hey blog!
I'm home.

aku sudah pulang.selepas hampir 10 hari bermusafir di bumi Allah yang sungguh indah ini.ewahh ayat tak menahan.Bandung is sooo syok!syok membeli sehingga terlupa diri.sedar sedar uangnya hanya bersisa Rp20000 (which is tak sampai Rm10 pun).masa itulah bergegas mencari money changer semata-mata untuk membeli tudung idaman gadis seantero dunia.

dapat tudung, terus tersenyum.meskipun sudah diketahui nasib perut tengahari itu.mie ayam.tapi hati gembira, jadi tak mengapalah.hewhew.

jika hendak diceritakan perihal shopping, aku takkan boleh berhenti.terlalu banyak drama dunia yang hendak aku kongsikan.eceh.terfikir nak buat tips travel ke Bandung pula.hekhek.

first time bukan selalu manis.biasalah pelancong.ditipu itu biasalah.telekung Rp175000 sebenarnya boleh didapati dengan harga Rp100000 sahaja di kedai tingkat atas.tapi dek kerana nafsu berbelanja adalah tinggi (HAHA)(dan currency murah juga), percaya sajalah bila mereka kata harganya beratus ribu itu.padahal kita bisa kok mendapatin yang lebih murah.

next time, we will be the pros in the department of price negotiation in Bandung.

baru pulang, sudah terfikir hendak kesana lagi.hewhew.harus pergi sebelum kahwin.baru boleh pakai baju malatops uols masa kahwin nanti.HAHA.

insyaAllah next time mahu bawa emak pula :)

tentang FA.IZ Photography, kami pulang dari Indonesia pada 7/6.sebagai krew FA.IZ Photography yang bertanggungjawab merakam detik manis perkahwinan di Malaysia (ewahh),pagi 8/6 kami bergegas ke Kuala Lipis untuk satu wedding di sana.selesai majlis resepsi pada 9/6, kami bergegas pula ke Bahau ke rumah nenek Fareha.pagi 10/6 kami bergerak ke Seremban untuk satu majlis bertandang.selesai shoot kira-kira jam 4 petang, kami pulang ke Bahau untuk pick up barang dan juga nenek Fareha, lalu terus ke Kuantan.

aku tiba di rumah jam 11 malam tadi (kot).tidur kemain.penangan jadi driver.tetiba pagi tadi kaki aku cramp.mula-mula yang kiri.ingatkan itu je.sejam kemudian, kaki kanan pula.pheww kaloh oghang marathon.HAHAHA.

banyak foto harus diproses, jadi entah kapan pula aku bisa update blog ini.gitoh.

till then.I miss you, blog.dan blog blog lain juga.perlu marathon blog pula selepas ini.

take care!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...