Hey yo!
eh eh tak sopan punya intro.
Assalamualaikum :)
sepatutnya hari ni wordless bukan?tapi aku tak mahu wordless hari ni, nehi nehi.aku mahu as much words as possible.HAHA ok merepek.
ayuh lupakan
kengerian semalam, kita mulakan hidup secara lebih ceria!
iklan apa kau buat ni?
entri ini berhubung dengan aktiviti hujung minggu yang lalu.dek kerna tauke blog yang malas menaip, hari ni baru up entri sebab baru hari ni beliau berasa rajen [?] HAHAHA.
entri sebelum camping,
sini.
NOTA: ini bukan pengakap darjah 4 punya camping, bukan juga PLKN punya camping walaupun aku bekas pelatih PLKN.gituhhhh wirawati rupanya dia nih.HAHAHA.
walaupun pergi hari Sabtu, balik hari Ahad, banyak jugaklah aktiviti yang dapat dibuat.high ropes, archery, chariot dengan kayaking.waktu-waktu lain kitorang buat group activities, main games et cetera.TAPI group aku kurang bernasib baik TAK dapat buat kayaking sebab arus deras + baru lepas hujan.frust.tapi instructor tebus kayaking dengan jungle trekking.kau hado?HAHA berasa joyah bila tulis macam ni.
FYI, kem yang kitorang pergi ni dekat dengan satu waterfall.jadinya, akak-akak jadik gadis air terjun HAHAHA.tapi instructor tak bagi mandi-manda sebab air deras + tak berapa bersih katanya.lagipun dah 14 orang mati dekat situ.hooo ya, yang mati tu bukan sebab lemas blup blup ya, mereka dijemput malaikat maut sebab mereka buat kerja gila terjun dari atas air terjun ke bawah.
sekian terima kasih.tengok gambar pulak :D
terjun dari atas ke bawah, memang super-gila ah kan.memang air terjun kematian.
sebab kitorang tak dapat buat kayaking, kitorang dapat jalan dekat dengan air terjun kematian teeeheee.
malamnya, kitorang berBBQ.seronok yaww penat-penat dapat makan ayam.yang ni masuk oven sebab takut tak sempat masak semua.yelah, nak bagi 59 orang makan kot.camping secara mewah ^__^
tak dapat main kayak, dapat ambik gambar pun jadilah yaww.
geng pantai timor
main dokong dokong.actually ni sengaja suka-suka sesama sendiri je sementara tunggu instructor HAHAHA.
camping tidur bunk bed yaww.nampak macam mewah langsir merah, tapi feeling dia sama dengan tidur dalam khemah.sejuk menggigil bila tidur malam.
circle of friendship.malam tu semua orang santai pakai seluar tidur kain pelikat sambil buat aktiviti.so kita namakan, pyjamas party.
gaya memang ah 110%, tapi ketepatan anak panah tahap boleh nangis pemanah negara tahu.
masa ni kitorang main game, namanya Honestly.tak reti nak terang macam mana.yang berdiri lagi ni kiranya memang terror ah kan.yang duduk-duduk ni semua pengalah pengalah, termasuk orang yang tangkap gambar ni HAHAHA.
camping = comot.tak kisahlah kau darjah 4 ke, PLKN ke, 22 tahun ke...kalau dah nama camping, confirm kau comot.
aktiviti ni namanya Chariot, kena design 'tandu' untuk angkat orang guna buluh dengan tali.tandu ke ea?tapi gunanya nak mengangkat orang lah.
now we are back to air terjun, itu dia instructor kayaking, Allan si pemalu.
friends, being crazy is okay because we had so much fun doing it.
ni aktiviti High Ropes, namanya Flying Kiwi.boleh berasa jadi hero ya bila buat flying kiwi ini, berasa jadi Superman :D
till then.
p/s: kalau rajin nanti aku upload video sikit ;)