Saturday, May 9, 2015

#throwback : Memori air gula

Assalamualaikum.

So lets recall about this special 'tonic' yang boleh dikatakan macam nightmare untuk perempuan mengandung. 

AIR GULA WAHAHAHAHA *kilat petir berdentum* 

Basically, ada few reasons kenapa kena minum air gula. First, if masa mengandung umur lebih 25 tahun. Wajibul ghunnah uols. Second, if you're overweight. Dalam bahasa mudah, gemuk. Third, ada family history berkaitan diabetes. Fourth, if masa mengandung berat naik mendadak dadak dadak. Nafsu makan melampaui batasan pemikiran, begitu. 

Aku? Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan lebat di tengahari. 

Minum air gula yang wajib itu aku kena waktu Week 24. Redho hati puasa mula pukul 10 malam. Esok pagi serah diri kat klinik. Masuk je bilik nurse tu, tanjat gegirl. Airnya warna oren. Orange flavour, kata nurse. Suam-suam. Kena ambil darah sebelum minum. Lepas tu kena teguk satu gelas air gula ittew sampai habis. Rasa dia cam ko minum kordial oren yang jual kat pasar malam tu. BUKAN SUNQUICK ok. Tapi sebab airnya suam so aku minum OK je lah. Habis segelas, tunggu 2 jam kemudian kena ambil darah lagi sekali. 

Alhamdulillah result OK. 

TAPI kena repeat MGTT (ujian air gula) masa Week 32. Nurse pun berasa aneh. Bukannya aku ada family history, mahupun berat naik mendadak. Nehi nehi. Tapi doktor suruh repeat. Aku cam nak drama jugaklah tapi ko berani lawan cakap dokter? Redho, OK. 

Kali kedua, airnya sejuk. Bukan ais tapi bersuhu bilik. Ya Tuhan berkaca mata nak habiskan. Rasa melekat zarah zarah gula dalam tekak. Lepas tu ada kakak yang masuk sebelum aku macam nak termeluak sebab dia struggle nak habiskan air gula dalam gelas dia. Macam loya loya nak muntah tu. Perasaan nak muntah tu kan contagious, so dia cam automatik kena kat aku jugak. Hamek ko nasiblah aku boleh kontrol. Kalau tidak, nayaaaaaaa. 

Nurse cakap kalau result kantoi, dia akan call. Tapi so far takde pun call so insyaAllah OK kot. HEHE. 

These weeks berat aku naik over limit pulak KAHKAH. Seronok sangat makan kot. Tapi sebab baru 2 minggu lepas buat MGTT, dia pejam mata je lah. Kantoi aku banyak makan bebenda manis kuikui. Tapi memang sepatutnya aku perlu dimaafkan sebab berat aku takdelah naik berbelas kilo dari berat asal. (Walaupun aku dah memang gajah). 

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, hati kena redho. Sebab ujian air gula ni untuk kebaikan kita dan baby jugak. Manis manis air gula tu, telan je lah dan berdoa agar hidup boleh diteruskan seperti biasa. Gittew. 

Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Ewah! 

Saturday, May 2, 2015

#throwback - The-quite-fun-2nd-trimester

Assalamualaikum :)

Compared to the first 12 weeks of pregnancy, the 2nd trimester was quite fun. Less stressful, less drama. Cuma di peringkat awalan trimester kedua itu, morning sickness agak memeritkan. Menjadi-jadi berbanding suku pertama. Deria semakin sensitif dan drama tak menentu hala. Menjadi malas memasak dan berharap agar makanan terhidang begitu sahaja.

MENGIDAM
Mengidam tak tentu hala. Sampai suami pun pening.

'Yang, nak makan apa?'
'Emm tak tahulah tapi rasa macam nak makan something yang ada sos black pepper.'
'Chicken chop?'
'Tak'
'Err habis tu?'
'Fries dengan sos black pepper ada jual tak eh?'
'Entah'

TETIBA. TETIBA. TETIBA.
'Takpelah. Beli roti canai kat mamak je. Nak kuah dal. Nak DUA.'

Selera yang sekejap ada sekejap tak ada masa 1st trimester dah menghilang. Selera makan KEMBALI. Namun masih luarbiasa. Nak makan memacam. Sekejap benda itu sekejap benda ini. Bersyukur ke hadrat Illahi TIADA mengidam yang aneh-aneh. Buatnya teringin nak makan ayam kampung gulai tempoyak, tidakkah terbeliak mata semua orang? KAHKAH.

THE FIRST KICK
Teruja. Berdebar-debar. Bagaimanakah perasaannya ditendang dari dalam tubuh badan sendiri? Sungguh mengujakan, perasaan itu. Berdasarkan pembacaan, the first baby kick untuk first pregnancy adalah agak lewat berbanding yang mengandung kali kedua. And I was like, tak apalah. Tunggu je. Nanti merasa jugak. Eceh. Menyedapkan hati. Sebab kakak-kakak di sekolah selalu bercerita pasal baby kicks.

'Tunggulah nanti bila dia start kick tu fuuuhhhh lemah longlai ko rasa. 
Memang nak duduk je taknak buat apa-apa.'

The first kick was in the cinema, Suamiku Encik Perfect 10 KOT. Atau Into The Woods. Atau filem-filem yang lebih awal dari itu. Can't remember. Lebih kurang minggu 20/21. I was surprised. Apakah ini apakah ini? Apakah yang menyebabkan adrenaline rush secara tetiba ini?

I told husband and he put his hand on my tummy. HE FELT IT. Dan secara tetiba ianya menjadi #thehappiestmomentinlife. EXCITED although it was just a small kick. Macam dup! gitu.

Lalu laki bini ini tersengih-sengih sepanjang tayangan.

'Entah-entah baby sensitif bunyi kuat tak?'
'Kot. Terkejut agaknya.'
'Lepas ni tak bolehlah tengok wayang dah.'
*Jeling*

GURAU JE LAH!

TABUNG
Sejak perkhabaran berkenaan GST tersebar di serata Malaya, kami gundah-gulana. Barangan bayi masa kini semakin bertambah harga. Banyakkkk benda kena beli, kena prepare. Lalu suami isteri newbie ini mula membuat tabungan. Sedikit-sedikit lama lama harapnya jadi bukit. Ewah bermadah!

Alhamdulillah hasil usaha titik peluh dan nikmat rezeki yang tidak terhingga dari Allah Yang Maha Esa, ada juga faedah tabungan kami rakyat marhaen ini. Dapatlah cover budget untuk membeli apa yang patut, menambah duit poket bekerja makan gaji setiap bulan. Walaupun dugaan untuk cash out duit tabung tu tiap-tiap hari ada (HAHA), terus mengucap menangkis nafsu. Tapi sekali-sekala ada jugaklah cash out duit tabung sebab terdesak. AHAHA. Sorry baby kalau dah terdesak memang tak boleh buat apa, sayangku.

RUJUKAN/BAHAN BACAAN
Sejujur-jujur-jujur-jujurnya, aku bukan seorang pembaca tegar. I no like books. Blogs I like HAHAHA. Aku bukan jenis boleh hadap buku dan tetiba jadi bijak. Sebab aku punya short attention span. Bagi aku novel, aku akan habiskan sehari TERUS. Tak boleh tunggu. Tak boleh satu novel untuk seminggu. Aku tak zabar nak tahu ending, biasanya. Aneh, tapi benar.

My husband is a fan of Big Bad Wolf Book Sales. Iya, yang ramai orang itu. Yang menggilakan dan memeningkan bila orang berpusu-pusu sana sini Ya Tuhan dari manakah semua orang ini datang? While my husband was busy looking for books, I was busy looking for the best port. Dan secara merambang aku akan grab mana-mana buku yang tampak menarik vavavoom untuk menemaniku di saat aku menanti suamiku itu. Ada beli beberapa buku berkaitan pregnancy yang sepertinya boleh menambah ilmu didada. TAPI sampai je rumah entah kemanakah buku itu menghilang. HAHA. Tak hilang pun sebenarnya. Molek elok tersusun dekat rak tanpa dihiraukan perempuan mengandung ini.

Untuk rujukan, aku selalu online je lah. Apa-apa pun google je sekarang ni kenz. Semua pup pap pup pap muncul. Tapi bahan bacaan utama aku adalah kebanyakannya dari babycenter.com. Mudah dan senang difahami. Juga blog-blog sekalian wanita yang berkongsi pengalaman mengandung. Gitteww.

DUGAAN (mungkin)
Husband was admitted at the hospital for 5 days. Lima hari weh tidakkah bergenang airmata? Suspected dengue but it was a faulty. Bukan denggi, hanya dehydrated. Tapi dehydrated sehingga ditahan wad. Tidakkah bahaya penangan cuaca sekarang ini? Jadi, ayuhlah banyakkan minum air masak sepanjang hari. Ewah sempat pulak buat pesanan penaja.

Alamak perut berkeriuk pulak dah. Kena pergi makan nih. Nanti sambung eh.

Take care!






Wednesday, April 22, 2015

#throwback - The 1st Trimester of My Pregnancy

Assalamualaikum. Hai.

Entri ini adalah bertemakan #throwback, sebagai kenangan dan panduan untuk masa hadapan. Semoga aku istiqamah. Puh. Puh.

Kita sebagai manusia, merancang. Allah yang Maha Berkuasa itu yang menentukan. Rezeki kami awal. Tidak merancang atau apa-apa pun. Nak cerita details macam over pulak kan. So kita cerita serba sedikit aje lah. OK.

I can feel that I have something in me. Tak tahu nak describe macam mana. Kerana selalu berasa tak sedap badan. Dan menjadi pemalas melampaui batasan pemikiran. Bendera Jepun biasa muncul ON TIME. Tapi tak datang-datang pula. I was curious. Lalu beritahu suami. Lalu bertindak membeli UPT dalam keadaan kedua-duanya bertolak-tolakan sebab malu siapa nak pergi bayar. HAHAHAHA. Sungguh newbie punya perangai.

UPT

The first UPT was a faulty. Tiada bayangan. Kosong sahaja pembaca itu. Salahkah cara aku?

Obviously SALAH. Sebab ianya faulty. Aku baca-baca online. Tunggu 2 minggu. OK lah.

2 minggu kemudian, beli dua UPT dengan penuh keyakinan. Sebab cashier perempuan so OK. It turned out, the first one was +ve. Double line. Bergegar jiwa dan raga. Yang kedua pun begitu juga. Alhamdulillah. Tapi belum mencapai kelegaan sebenar. Kena pergi klinik ni, check. Terus pergi klinik, swasta. Another UPT. For me, merugikan. Sebab dia suruh buat UPT, bila +ve terus bagitau due date and thats all. Pup Pap Pup Pap RM25. Lulz. Tak ada advice, nothing. Mengecewakan, servis klinik itu. Boikot, terus.

Buka buku pink di KKIA semasa berada di Minggu 7. Without any black and white from the previous clinic (ugh), kena buat test lagi untuk pastikan betul-betul mengandung. Barangkali ada kes mengandung palsu, kot. HAHA. So dengan tabah dan redho menunggu giliran. Tahulah, klinik kerajaan.

SAH

SAH mengandung. Alhamdulillah. Buku dah buka. Tapi kena datang lain hari sebab patient ramai melampau. Buat appointment dan bermulalah fasa-fasa kehidupan sebagai ibu yang mengandung. Sampai sekarang, setia dengan appointment dekat KKIA. Walaupun kadang-kadang kena tunggu lama, tapi servisnya Alhamdulillah sungguh berpuas hati. Nurse baik, peramah dan sabar melayan soalan-soalan noob aku. Dia explain every single thing about pregnancy. Yang kita tak tahu, dan yang kita patut tahu. SEMUA.

JARUM

Aku pentakut jarum, sebenarnya. Tapi semenjak pregnant, ku gagahi jua. Setiap kali ambil darah, berderau jantung kakak. Kenapakah besar benarrrr jarum darah nya? Tapi demi anak, layan aje lah. Takkan nak nangis. Kot zaman sekolah dulu bolehlah lari keliling dewan. Sekarang? Jangan buang tabiat nok. Ada je waktu dan ketika, nurse yang ambil darah tu tak jumpa urat (most of the time, kot). Tapi ada sorang nurse ni paling mendasyatkan. Dia cucuk jarum, tarik tapi takde darah masuk dalam picagari tu. KOSONG. Perit pohpaleh weh. Terus rasa nak pengsan.

Injection untuk kancing gigi adalah ibarat cucuk api bagi aku. Pedihnya, aduh. Tiga hari lenguh lenguh tangan. Masa kena cucuk tu berair mata. Tapi haruslah kontrol. Nurse pun cakap memang sakit sikit injection ittew. Kakok redho, nurse.

MORNING SICKNESS

Alhamdulillah, morning sickness aku MILD sahaja. Tidak begitu teruk. Cuma waktu pagi, drama lah sikit. Elok pula, aku punya 1st trimester adalah sekitar waktu cuti sekolah akhir tahun. Dapat berehat dekat rumah. Tapi, morning sickness aku berlarutan sampai awal 2nd trimester. Macam-macam bau yang aku tak boleh bau. Termasuk, suami. Perfume yang aku belikan dan pilihkan untuk dia masa awal-awal kahwin pun aku tak boleh tahan. Telur goreng, PANTANG. Terlalu menggelikan, untuk aku. Aneh - aneh je orang mengandung ni eh.

Berat aku menurun sepanjang 1st trimester. Kurang selera makan, tapi tinggi selera tidur. HAHA. Aku jadi tak beringat nak makan. Sebab tak sedap tekak dan tak sedap perut. ANALOGI KEHIDUPAN LUARBIASA untuk orang yang kuat makan macam aku. Setiap kali appointment, nurse tanya eh eh kenapa berat turun lagi ni tak boleh macam ni yada yada yada. Tapi sebab masa aku bukak buku, berat aku menyebabkan aku dicop MATERNAL OBESITI jadi dimaafkan. Turun pun tak banyak sangat.

PERUT

I am originally boncet. So tak dapat beza lah mengandung ke tidak masa awal-awal. Suami pun pelik kenapa perut macam takde beza je nih HAHAHA (sekarang dah 3rd trimester dia pulak seriau tengok perut ittew). Even cikgu-cikgu dekat sekolah pun tak expect iols iz pregnant. Satunya, sebab aku memang suka pakai baju besar. No fit fit. Keduanya, aku aktif macam biasa. Sana sini buat kerja semuanya. So most people tanjat lah bila aku cakap aku pregnant. Heyyyy biaq betuiiii mananya peruttt tak nampak ponnnnn?

I have superpower, I can sorok my perut. KAKAKAKA.

Even everytime appointment pun nurse cakap perut aku kecik sikit dari normal. Tak tahu kenapa. Tapi sekarang, alhamdulillah dah OK mengikut usia kandungan.

_________________________________________________________________________________

to be continued...later. Kena pergi iron baju weh. KEKEKEKE.




Friday, March 20, 2015

2015

Eh eh sudah di tahun barukah kita ini? 

Nampak benar menipu. Mac dah nak habis oi. 
Assalamualaikum :)

Harap belum kelewatan nak ucap Selamat Tahun Baru (pfftt). Ada lagi ke yang salah tulis tarikh? Kekeke. Awal awal haritu punya susah nak adjust sampai tersalah tulis tarikh dalam kelas. Budak pulak yang tegur cikgu. Almaklumlah anak, gurumu ini masih dibayangi tahun lalu. Puitis. Padahal nak cover malu HAHA. 

Soooo many things happened. Housemates ku yang 3 orang geng Top 10 Meletops KL itu semuanya sudah bergelar isteri orang. Afiqah on December '14, Amalina on February '15 and the newest bride is Farhanis, March '15. Semua sudah ada 'Puan' di pangkal nama memasing. Dewasa sungguh perasaan. Umur semua pun dah melepasi 1/4 abad *terus google collagen terulung di pasaran*. 

Perjumpaan dengan sahabat handai sekarang sudah bertambah satu kali ganda ahlinya. Ia menjadi pertemuan sahabat-sahabat dan para suami sekalian. Meriah Uols. Yang isteri-isteri geng bercakap tiada berkesudahan, para suami menurutkan sahaja. Beginilah jika isterimu cikgu, sayang. Cikgu English pula, haruslah dramatis. HAHA. InsyaAllah di penghujung tahun 2015, ada yang menambah ahli ketiga dalam keluarga masing-masing. Masa tu tambah lagi ahli satu kali ganda. 

I have quite limited time to blog these days. Sepertinya banyak benar pekerjaan, aku ini. Balik sekolah, tewas. Tahun ini aku kena ajar satu kelas yang letaknya di Tingkat 4. Sudahlah berstatus kenderaan berat, perlu mendaki pula. Boleh bikin gempar satu sekolah jika kenderaan ini terbalik engko. Jadi, aku selalu bawa kanak-kanak riang itu ke ruang dewan. Freestyle learning. Playtime and quizzes. Tahun ini sudah kurang bebanan stress kerana hanya fokus kepada Level 2 sahaja. Tidak perlu melayan jerit pekik kanak-kanak di bawah umur. Alhamdulillah, jika tidak pastilah yang di dalam perut ini terperanjat sepanjang masa dek pekikan ibunya. 

Aik? 

Alhamdulillah, insyaAllah kami bakal bertiga Jun nanti. Now i'm reaching the 3rd trimester. Almost reaching lebih tepat. Belum diketahui hero atau heroinkah di dalam ini. Yang pasti, he/she is the ultimate kicker. Rasa bergetar tulang temulang setiap kali bergerak. Sampai suamiku pun terfikir-fikir, apakah yang dibuatmu anak di dalam itu. Sepertinya seronok benar berpusingan dan bergolekan dan menggelorakan keadaan di luar ini. He/she reacts well to my husband's voice. Setiap kali dengar suara K, i'll feel the kicks. Or somersaults. Well, both. 

Kami laki bini dah mula beli kelengkapan. Tapi sikit-sikitlah. Tambahan pula (ewah kau buat karangan BM ke apa ni), GST bakal bertandang ke muka pintu. I'm freaking out. I need to shop! Muka inilah yang berlegar-legar di ruangan bayi, setiap kali ke shopping mall. Takyah shopping mall sangatlah, Tesco pun aku layan. HAHA. Aku lebih kepada pakaian dan kelengkapan yang akan dipakai, laki aku pulak more to gadgets. Eh orang panggil gadgets ke eh? Tak kisahlah. Baby gadgets sepertinya stroller, carseat dan carrier. Yang sepertinya bakal menjadi tanggungjawabnya nanti. HEHE. Dannnnnn, dia freak out pasal baby's bedding. Awal-awal dahulu, suamiku itu berkehendakkan wooden cot. Kerana dia nak jadi bapa mithali yang tidur dengan anak, macam dalam satu video yang pernah viral dahulu. Yang baby tu menangis je then bapak dia masuk dalam cot tu tidur sekali dengan dia. Wannabe sangat, suami. Aku rekemen playpen, terus ditolak mentah. Playpen is fragile, I iz heavy. Katanya. Ni nak beli katil bapak ke katil anak? 

I'm a fan of Return Of Superman, reality show Korea yang pasal bapak kena jaga anak 48hours without the mother. So I showed him Lee Hwi Jae's and Song Il Gook's parts. Terjatuh hati pula dengan konsep tidur bersama-sama sebegitu. Bentang tilam dan bedding dan bergoleklah semuanya. Gusar pula berkenaan saiz bilik yang tidak berapa mega itu. Dimana mahu bentang tilam dimana pula hendak disusun baju anak. Tunggulah, biar masa menentukan.

Draft ini aku taip minggu lalu. Minggu ini, identiti jantina penendang bertauliah ini sudah diketahui. Tapi tunggulah keluar nanti baru aku buat pengumuman meski sonographer itu bilang sudah 100% confirm jelas terang dan nyata. Dan bikin suamiku melonjak kegirangan, literally. 

Mum and Baby Expo minggu lalu gagah dijelajahi. Bukan expo itu sajalah, segenap ruang habis jelajah. Semua kawasan ramai manusia, GST punya pasal. Giant Tesco pun penuh uols. 

Esok dah 1 April. 
*menabung* 

Sunday, December 14, 2014

Button Badges PALING MURAH DI PASARAN

Assalamualaikum & Hello manusia-manusia hebat sekalian!

Apakah aktiviti anda di hari Ahad yang sungguh menceriakan ini? Aku kelihatan sungguh high-pitched bukan? Entah kenapakah sepertinya semangat berkobar kemain pagi-pagi begini. Tanpa membuang masa yang diibaratkan seperti emas mari kita terus ke agenda utama.

Ini entri untuk PROMOSI. Tapi bukan sponsored post. Sebab nak PROMOSI DIRI SENDIRI. eh pulak? BUKAN BUKAN. Sebenarnya nak PROMOSI PERNIAGAAN KAMI. Aku tak mahulah bermadah helah semua bagai kan sebabnya entah ada orang baca ke tidak TAPI! Harap-harap ada yang baca lah HEHEHE.

FACEBOOK : INFIRU STUDIO  
WORDPRESS : INFIRU STUDIO 

Di INFIRU STUDIO, kami membuat PRINTING SERVICES & SUPPLY. Apakah yang berbunyi terlalu kritikal itu? Macam susah nak paham je? OK meh kakak cerita.

CUSTOM MADE PRODUCTS :

  • Button Badges (44mm,58mm) - RM1/pc (for order MORE than 30 pcs), RM1.50/pc (for order LESS than 30 pcs)
  • Stickers (various sizes)
  • Fridge Buttons (58mm) - RM2/pc
  • Keychains (58mm) - RM2/pc 
  • Paper Bags (various sizes)
  • Banners/Bunting
  • Flyers
  • other printing products (PM for enquiries)

Dalam bahasa mudah, korang bagi design dan kitorang buat. Kalau takde design ataupun tak reti design, kami ada Editor yang boleh tolong korang designkan ikut kehendak korang. Caj design pun berpatutan insyaAllah.

Eh cop! Orang guna Button Badges dan rakan-rakan ni untuk apa ya?

Sekarang ni ada banyak kegunaannyaaaaaa. Salah satunya adalah wedding. Kebanyakan order yang kami dapat adalah order dari bakal-bakal pengantin yang akan menjadi Raja Sehari. Place Order and then masa hari wedding boleh bagi family members pakai. Boleh edit nama OK. So nanti senang dah tahu dah ni sapa punya ni sapa punya. Takdelah drama pengantin mengamuk di hari bahagiaku nanti. Hihi. Yang bestnya, kitorang dah biasa buat untuk wedding jadi ada BANYAK DESIGN untuk korang pilih! Semua ada dalam Facebook tu. Nak Custom Design pun boleh takde masalah noks :)

Kedua, Event / Acara yang melibatkan Kelab / Persatuan di sekolah atau universiti. Kami ada dapat order dari student UIAM Gombak, UKM Bangi dan beberapa buah sekolah yang ada event kat tempat diorang. Ada yang place order untuk Jawatankuasa Event, ada jugak yang order dan buat sebagai gifts kepada tetamu yang datang. Kekadang ada yang order untuk SEMUA yang join event tu. Kan best gitu? Barulah mekar tersemat dalam memori :)

Ketiga, Gifts / Rewards.  Yang ini biasa bila kitorang deal dengan cikgu-cikgu sekolah rendah sekolah menengah. Ada yang place order untuk Bijak Sifir, Spelling Warrior, Top Scorers, Best Students et cetera. Kiranya sebagai hadiah sampingan untuk pencapaian murid-murid di sekolah. Hadiah besau dah ada kemudian ada pula Button Badge tertulis Anugerah apa diorang dapat. Harus kembang kempis hidungku sepanjang zaman. Mesti bebudak seronok. Selain dari Anugerah-Anugerah Khas sebegitu, ada juga GURU KELAS yang place order untuk bagi dekat anak-anak murid kelasnya sebagai kenangan. Yelah kan, guru kelas tiap tahun bertukar so entahkan bila bersua lagi ecewah. Jadinya, benda tu boleh jadi salah satu kenangan bebudak tu dengan cikgu tu. Kot sampai besar simpan, haruslah jadi kenangan terindah dalam hidupku.

Keempat, Business Purposes. Kalau anda ada butik / perniagaan online, anda boleh guna Button Badges ini sebagai salah satu cara untuk mempublisitikan produk anda / jenama anda. Contohnya lah, every customer yang beli more than RM30 (for example), akan dapat free gift as in Button Badges yang ada logo produk / butik anda. Then, mestilah dia akan letak button badge tu somewhere kan? Samada dekat beg ke atau pencil case ke atau kat mana-mana yang dia boleh letak. Then kengkawan dia mesti tengok and say 'ehhhh ko dapat kat mana niiiii nak jugakkkkk' (example). So, strategi perniagaan berjaya ke tidak? InsyaAllah jika Allah dah takdirkan rezeki anda begitu, begitulah. Yang penting, kita usaha ye tak? Kami pernah supply button badges untuk Travel Agency dan butik. Mudah-mudahan produk kecil itu membantu perniagaan mereka untuk berkembang lebih maju :)

Kelima, saja suka-suka. Yang ini segenap lapisan masyarakat boleh guna. Samada nak letak gambar kahwin / gambar bertunang / gambar kenangan / gambar reunion / gambar family / gambar selfie SEMUA BOLEH! Nak tulis I AM HANDSOME ke I AM AWESOME ke pun BOLEH! Button Badges ni, dia comel tau. Pulak tu kalau korang pinkan dekat backpack / pencil case. Jadi macam terlalu sangat awesome. Lagi satu, senang orang nak tahu beg tu sapa punya, pencil case tu sapa punya. Sebab dah terang tang tang ada nama / gambar atas button badges kat situ kenz. HEHE. Takyah tulis nama pakai marker pen dah macam zaman sekolah dulu.

Nampak tak betapa BANYAK gunanya button badges nih? Ni baru cerita button badges, belum benda lain lagi. Kalau nak cerita benda lain, tahun depan pun tak habis kot BAHAHA.

Kalau ada yang berminat nak order, terus PM kami di Facebook OK? Jangan bimbang ni bukan bisnes orang lain. Tokey sendiri yang promote nih HAHA. eh eh eh bini tokey. MUEHEHE. InsyaAllah kami akan cuba memberi servis terbaik kepada anda semua :)

Button Badges murah wei #RM1jerr. Harga minyak naik melantun-lantun, harga kitorang maintainnnnnn.

:D




Tuesday, December 2, 2014

Merah jambu lawan Biru

My husband is a simple-minded person. Out of all colours, his TOP rankings are black and white. EVERYTIME.

Me? I'm a complicated-minded person. Dalam bahasa lainnya, warna-warni penawar hidupku. Bahana racunan dari negara Korea Selatan, merah jambu dan biru menjadi pilihan. Kengkononnya nak sweet mweet macam dalam rancangan 'We Got Married' yang terulung itu. Dari bujang dulu asyik berangan...OK nanti dah kahwin nak buat sweet sweet cenggini jugak lah hiks!

Husband is my biggest opponent. Even sebelum kahwin dia dah cakap dia tak mahu barang mini berwarna-warni di dalam rumah. Lets make everything simple. So this-complicated-minded-lady-and-sweet-plus-cute-wife-wannabe cannot sit properly.

I really want to own those colourful pots, plates and bowls and all. I love to see how they manage to blend in so well together!Yellow, blue, green, pink, purple et cetera. My kitchen will be so pretty! But husband said NO NO NO it'll be so messy in the kitchen with all sorts of colours. Lets go for white shall we? Or other basic colours. At the end of the day, we just settled down with the wedding gifts. NO NEED TO BUY SAVE MONEY SOME MORE. We got plates, pots, cups, pans and all other kitchen things. So, problem solved. Both parties agreed.

But I cannot sit down, yet. I need to have my favourite things in my kitchen! So after few interrogations with husband, I managed to sneak in few cheesy things into the house. Ataupun boleh kata, few cheesy things managed to sneak in our house. 


We got these two-super-adorable-mugs from the Home Deco Fair, KLCC. Longgggggg way before the wedding. Kengkonon preparation for married life. Huehue.


These two were bought randomly at Tesco. Husband wanted them. Tetiba. Terperanjat bini. Terus ambil tanpa banyak soal. Bimbang nanti disuruh letak semula AHAHA. 


My favourite bowls-of-all-time from TESCO. Banyak gunanya uols. So I bought two; one pink and one blue. Kononnya pink for me and blue for hubs. Chopsticks with polkadots were bought 2 years ago at New Zealand. Hamek kau lama gila simpan buat pekasam.


Aprons. Bought at GM Klang ketika fefeeling mengada-ngada. Yang biru tu takde kaitan dengan Frozen. 


Juga produk dari GM Klang. Tak boleh lah tengok bebarang comel macam nih. Rasa bersalah kalau tak beli. 

Waktu-waktu cuti sekolah begini, kalau bukan tidur ataupun menonton RunningMan mahupun Return Of Superman, aku online sajalah kerjanya. Mungkin sebab tu rancak sikit update blog semenjak dua menjak nih. Terima kasih TM di atas tajaan unifi yang aku bayor sendiri setiap bulan.


Haritu masa birthday suami, kengkononnya nak buat surprise lah kat dia. Tapi dek kerana terlalu ambitious, 50% plan je menjadi. Suami balik awal ada urusan kena dibuat dari rumah. Kelam kabut aku pam belon sampai merah tangan BAHAHA. Aku pula memang dasar penakut belon, bayangkanlah pam belon sambil tertutup-tutup mata. Adoi.



 Pemandangan dari rumah. Inilah yang aku hadap siang malam siang malam. Kot ada siapa-siapa pergi KLCC tu cuba jenguk ikut tingkap kot kot nampak rumah aku.

Macam makin mengarut je post aku nih. Macam kena tidur je nih. HAHA.



Sunday, November 30, 2014

My version of Ice Age

Haruslah semua orang pernah menonton filem animasi Ice Age yang sungguh menyeronokkan itu. Well, I am a big fan. Kelakar, comel dan epik, kartun itu. 

My version of Ice Age pula begitu berbeda. Tiada kaitan dengan filem animasi itu. Kerana ianya berkisarkan kehidupan di alam nyata (ewah ewah). My husband is an-ice-skater. Dan adik beradiknya yang semua all boys club itu juga semuanya ice-skaters. Isterinya ini pula jauh sekali dari ice-skater. Because I was born as the ultimate eater BAHAHAHA. Pencinta makanan selamanya. 

I was in the ice rink, ONCE. Ketika zaman bercinta-cinta dahulu kala, ketika zaman bermanis-manisan HAHA. Sekarang manis juga tapi versi lain. tak mahulah aku mempertaruhkan nyawa di atas ais yang terlalu menakutkan itu. Lebih baik pergi makan ABC lebih enak dan menyamankan (Tetiba sebut perihal makanan nampak sangat dasar pemakan). Oh ya, ketika itu aku begitu suci. Boyfriend kesayangan (sekarang sudah menjadi suami) ajak try. Jadi kufikir fikir alah benda begini pastilah tidak terlalu susah. Dia boleh buat, takkan aku tak boleh. Masa tu tahap confident aku tak ada siapa boleh lawan kerana ia sudah mencapai level supersaiya HAHAHAHA. Sejurus menapak, aku hilang kuasa. Kenapakah licinnnn kenapakah complicated benar permainan ini? Hampir satu jam aku menjadi suatu beban kepada teman lelaki sendiri. Kebiasaannya beliau dapat meluncur bebas, namun ada pula perempuan ini yang begitu complicated pergerakan kakinya. 90% masanya perempuan ini di atas ais, kecundang. Last sekali, aku give up. Permainan ini bukan untuk aku, aku lebih sesuai dengan aktiviti memakan makanan. Enak dan membahagiakan perut. Dan tidak complicated, hanya perlu berkorban jiwa raga tika melihat lemak-lemak yang berternakan. Out of the rink, aku terus sign up menjadi penonton tegar sahaja, selamanya. 

Now, I am at the rink. Di IOi City Mall yang baru dibuka ini. Suami mahu coba-coba ice rink yang baru ini. Biasanya kami selalu ke Sunway Pyramid sahaja. Jika ada yang bertandang kesana tika hujung minggu, coba-cobalah tengok kot kot ada perempuan si penonton tegar ini. Ada juga ketikanya suamiku itu ke The Royale Ice Rink di The Curve. Tapi tidaklah selalu. 

Tonton sahaja? Tidakkah bosan? Sebagai the ultimate eater, haruslah ada makanan yang menemani diriku ini. HAHA. Tanpa makanan, aku lesu. Dan juga, gajet pintar ini. Terima kasih, teknologi. 

Eh ada kemalangan di dalam rink. Sebentar.

Kembali semula. Perlanggaran mungkin. Biasalah. Games di dalam ini sudah hampir ketinggalan zaman, harus memuat turun yang lebih interaktif. 

Oh ya, kepada yang berminat untuk mencuba ice-skating, setahu aku di kawasan KL/Selangor ini ada 3 tempat untuk ice-skating: 

1) The Royale Ice Rink di The Curve, Mutiara Damansara.

2) Sunway Ice Rink, Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

3) IOI Ice Rink, IOI City Mall, Putrajaya. 

Kot ada yang teringin nak mencuba sukan indoor yang tampak menyeronokkan ini. Entrance fee adalah sekitar RM25-28 untuk seorang. Gloves dan stokin pula berlainan harganya. Kalau dah ada gloves dan stokin lebih baik bawa sendiri. Jimat. Ada loker untuk sewaan. Jika visitor sepertiku yang kerjanya menonton sahaja, entrance fee adalah sekitar RM5-6 untuk seorang. Harga - harga ini aku buat range sahaja meliputi ketiga-tiga tempat. Ice rink paling besar adalah di IOI City Mall, keduanya di Sunway Pyramid. Paling kecil adalah di The Curve. 

Sekian perkongsian untuk hari ini. Moga-moga ada manfaat kepada sesiapa sahaja :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...