Wednesday, June 23, 2010

misi membunuh

erk.abaikan tajuk yang macam gempak sangat tu.sekarang dalam misi membunuh zombie.eh bukan bukan.dekat auckland takde zombie.bukan zombie real dong.kalau real dah lama saya book tiket balik Msia yang aman harmoni:)eh bukan jumaat ni kau ada exam ke izzati?ye ye lagi satu paper*rasa bersalah*.eceh konon.padahal main game sampai orang buzz bersepuluh ratus kali pun kau tak perasan.haha.main game sampai perut tak lapar mata tak mengantuk.dalam kata lain,boleh kurus.haha.eceh bersinar-sinar mata bila cakap boleh kurus.padahal tiap-tiap hari layan shin ramyun.aigoo~

baru mula hari kelmarin.sekarang dah level 4.baru lepas unlock mini games.fuhhh masih jauh pengembaraan memerangi zombie.segala jenis zombie dah keluar.takot~

kalau tengok betul-betul dah ada sekor zombie berjaya melalui rintangan dan askar-askar beta.cis si zombie bedebah.masa nie sengaja bagi can dekat si zombie tu.kan kena tekan [prt sc].kahkah.alasan tidak diterima.

saja gatal pergi klik mini games.gila kentang.susah kot.tetiba zombie pun ada pistol.alamak aih.perlu menampilkan askar-askar yang lebih gagah perkasa dan macho di barisan pertahanan.

p/s: sambung main game.haha.

Monday, June 21, 2010

terima kasih daun kari

sista puput telah menganugerahkan darjat kebesaran ini kepada sizuka.terima kasih daun kari.lain kali bagi lagi:D.tapi ada syarat!kena buat tag dekat bawah ni.susah dan mecabar minda.memerlukan penggunaan medula oblongata secara sepenuhnya dan pemikiran hingga ke langit ke tujuh bak kata sharifah zarina.haih kemana dah kau nih mengarut.

"ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND"

give thanks to the blogger for this award and tagged
++ makes 15 word from
the sentences above (no names human/city/road/animal)
example: roll,rain

coast|roller|coaster|child|play|ground|round|around|
donuts|oyster|tarts|oranges|plus|plug|chart|

++ don't repeat the word..make sure every
word you make have a meaning

takde repeat pun:P

++ put your transport ( picture)
when you go to work,school or college.

siapa nak percaya...

izzati bukan seorang ahli sihir[wizard].beliau hanya seorang muggle jadi tidak akan pernah layak memandu kenderaan ini.*kecuali kalau Harry Potter mengundang saya membonceng bersama-sama beliau*

ini logik.sangat logik.tapi bukan kenderaan ke kelas.sebaliknya kenderaan selepas habis shopping dan tangan penuh dengan barang.hahaha.


ini sebenar-benarnya kenderaan tetap.kaki sendiri.tidak kira hujan atau panas.hood menjadi teman setia sepanjang hayat.*saya tidak secomel imej yang dipaparkan.jangan tertipu*

++ put your favourite sandles/shoes (picture)

haruslah buah hati pengarang jantung musim hujan/sejuk sekarang ni.nanti bila summer kasi can dekat flip flop pulak nak glemer okeh:P

++ where do you get this banner tagged (sender picture)??

--pass this tagged to your friend--

macam tak biasa.hahhhhhhhhhhh siapa tuh!jangan nak lari.haha~

p/s: apa beza gelak HAHAHA dengan HIHIHI?haaaaaa.itu yang kita tak tahu...

adios!sayonara fabregas!*tibe*

Sunday, June 20, 2010

wintergarden versi blog

kalau kawan-kawan dekat facebook dah perasan saya ada upload gambar baru dalam NIA Photoshoot tu dah tak perlu scroll entri nih.ni versi blogspot pulak.ahaks.me loikey.tibe gedik.haha.ok lupa nak bagitau.tadi pergi wintergarden.percayalah kitorang tak pergi jauh pun.sebelah HUIA*tempat tinggal kitorang* ialah hospital dan sebelah hospital adalah Auckland Domain*yakni tempat penggambaran dan destinasi penghilang kebosanan paling efektif samada untuk shooting atau bermain frisbee.jalan kaki sahaja.nak merangkak pun boleh.tapi nanti semua pakcik makcik dekat bus stop depan hospital tu pandang pelik la.lagi teruk kalau ada oppa kacak hidung mancung tengah tunggu bas.confirm jatuh saham.lebih baik jangan.




eceh.ni semua konon versi kulit album lah kot.gila perasan.kalau orang lain logik la kot nak ada album.izzati?izzati nak buat album apa?semua pun tak boleh fikir.saya lagi lah tak boleh nak fikir.macam tak logik je.tak tipu.




nie je yang saya mampu upload dekat blog tersayang cikebum cikebum ni.nanti upload banyak ada orang bising 'dekat facebook dah upload dekat sini pun nak upload ke'.haaaaaaaaaaaa.ada ke?ada ke?kantoi sudah.eh takdelah.main-main je.bukan semua blogger add saya dekat FB kan?so ini untuk tatapan korang-korang semua.erm?tak tak.gambar lain tak cantik sangat.ni kira yang masuk blog ni antara yang tercantik la.tahu tahu banyak gambar saya.sekali-sekala photographer nak jugak merasa posing sakan.sakan sangat kan izzati.tapi tak tipu.gambar manusia ada sepuluh dua puluh lima keping je.lagi lapan puluh sembilan keping tu gambar bunga, matahari, pelangi dan dedaunan kering.

p/s: tadi ada dengar pakcik tu cakap.'tomorrow it's officially winter'.lepas tu terus saya menyampuk dekat nuna dengan aten.'so besok ada salji ke?'.lepas tu terus kena 'wei Auckland takde salji lah'.brrrrrrr lupa.haha~

*terpaksa cancel order inner syria dari fifi.sori sangat tau.memang teringin sangat nak inner syria tu.tapi takpe lain kali saya order satu bundle dengan fifi okeh.semua orang!gadis-gadis gojes!jom pergi kedai fifi!

angah...kalau on9 suruh abah baca sini tau

*font dibesarkan supaya senang abah nak baca.ni entri istimewa untuk abah.

abah.selamat hari abah.along sayang abah.tiap hari sayang~[iklan fair and lovely] bukan hari ni je hari abah.tiap-tiap hari pun hari abah.tiap-tiap hari pun sayang abah.tiap-tiap hari pun hari mak jugak.tiap-tiap hari sayang mak:)rindu mak dengan abah.rindu adik-adik jugak.rindu sepupu dengan pakcik makcik jugak:D

masa kecik-kecik jalan dengan abah pimpin tangan.anak sulung kan.kamceng gitu dengan abah.ingat lagi masa darjah 4 ke darjah 6.abah suka bawak along turun sungai cari ikan.pergi menjaring.dasyat kan.masa sekolah rendah dah reti handle enjin bot*heeeeeeee*pengalaman itu penting.kan abah?along reti berenang pun abah ajar.terjun sungai depan rumah.masa tu kuak lentang menyelam tenggelam timbul tenggelam tak timbul semua dah reti.abah cakap kalau nak ikut abah turun sungai selalu mesti pandai berenang.seronok!tapi lepas dah naik sekolah menengah abah dah tak bagi sangat ikut turun sungai.tak faham jugak kenapa.tapi lepas tu buat-buat faham sikit sebab dah jadi anak dara kot*anak dara kena duduk rumah memasak bukan turun sungai cari ikan*tapi tak kira nak ikut jugak.lama dah tak asah skill handle enjin bot.tahun depan along balik along nak ikut abah turun sungai jugak.tak kira~:P

sayang abah.sayang mak.sayang abah dengan mak sangat.rindu abah.rindu mak.rindu sangat=')
*along tak pernah kot nangis depan mak abah bila dah besar.tapi sekarang sambil taip ni along nangis.tak malu kan.dekat rumah asyik gelak besar je.sekarang bila dah jauh dengan rumah asyik nangis pulak*

sayang abah sangat.nanti kalau along dah keje along belikan abah bot besar okeh?kita turun sungai sama-sama:'D
abah...mak...terima kasih untuk segala-galanya.along sayang abah along sayang mak.


Saturday, June 19, 2010

hari jumaat malam sabtu

hari jumaat malam sabtu.idea bernas nuna dan farry-->bersiar-siar di sekitar bandar Auckland,mengukur jalan dan membilang traffic light*itu kata-kata saya*:P paling seronok segmen makan dan minum.memang confirm tiada tandingan.hahaha.

nuna lapar sangat ke.haha.sabar sabar.semua model jaket bulu dan bubble.hah masa nih kalau nak jadi hero pakai tshirt semata-mata bila keluar memang pengsan beku la dekat Queen St. tu

abaikan insan tidak-kurus di belakang.subjek adalah si burger gergasi.memang raksasa sungguh.terkejut i.tak habis makan sebab besar sangat.huuuuuuuu~

apelah yang dibincangkan oleh aten dan nuna.aten,serius sangat tuh.takott~

omma aten:)
*serius cantik gila dinding kedai pakcik nih.nanti nak tumpang photoshoot dekat sini boleh?:P*

segmen mari menggigil di harbour.ujian ketahansejukan jaket masing-masing.tengok siapa paling pemenang.

nisya unni bersama kebab on rice.yum yum yummy!

walaupun tak pernah berjaya untuk berjaga tengok Fabregas main pukul 2 pagi akhirnya semalam dapat tengok highlight sikit-sikit.jadilah kan.daripada turun bawah terpekik-pekik semua orang tengok lagi baik duduk dekat kedai kebab tengok highlight.kahkah.eh tapi tak tipu.kalau bagi izzati tengok bola memang korang dah takkan dengar suara lain.walaupun masa tu keeper baru nak sepak bola.hahaha.tapi semalam berjaya berjaga sampai pukul 2.eh bukan bukan.bukan tengok Fabregas.semalam German main la haiyooo~*eceh konon tahu.haha*berjaga sampai pukul 2 sebab buat pillow talk.heeeeeeeee~sekali-sekala kita bercakap heart-to-heart pun best kan.eh tapi jangan maen sambung-sambung hati.bahaya.

*semalam keluar hikayat sultan bertaring*raja bersiong*[versi aten] dan hikayat vampire kacak [versi fareha] dekat depan cemetery.macam-macam~*eceh macam orang matured*haha.

p/s: dah.nak pegi buat air teh o nak cicah dengan biskut ping pong.memang syok makan bila sejuk-sejuk camni.adios!

Friday, June 18, 2010

presenting...

Bila dah nak masuk winter*erk ke dah masuk?*semua orang sibuk shopping bubble, sweater dan sewaktu dengannya.tiada lagi pertandingan mem'bid' dress dekat trade me.sungguh tak tipu.kena tunggu summer baru semangat nak bid dress berkobar-kobar semula.bagaikan api yang hangat membara.ok sudah mengarut.sekarang musim bid bateri/lense dan polaroid dekat trade me.haha.ok takde kaitan lagi.
Auckland takde salji-_______-'tapi sekarang pun dah macam nak beku walaupun takde salji.pernah satu pagi suhu 4°c dik.sejuk GILA.kena tiup angin terus rasa beku.rasa macam kena bius.nak senyum pun dah senget2.haha.camane nak pegi welly nanti nih.silap2 bila shoot semua orang muka heartless je.kahkah.eceh.nak tunjuk ni.eksklusif gitu nyah.hahaha.bubble yang sudah sah dimiliki.meriah gila kot warna dia.haha.like-so-izzati.ding ding.nak buat macam mana.siapa suruh dressmart jual bubble mahal sangat.padan muka dekat K'Road lagi murah.kahkah.lagipun pakai masa nak main salji je nanti.ewah seronok kau ye izzati nak main salji.jakun habes.haha.sukahati sukahati.first time kot.silap2 bawak cendol manuka honey segala bukak kedai abc dekat Mt.Ruapehu nanti.haha.itu idea chapix okeh:P.

ini bukan orang Eskimo.tapi Eskimo-to-be.mungkin.haha.kelemahan pakai bubble.kalau dah gemuk akan nampak seperti dipam-pam.aigoo.tak suka.tapi kegunaan bubble.rasa selesa sepanjang hari*erk kau cilok iklan apa nih*.ok tukar.rasa warm sepanjang hari.haa yang ni baru betul:P.

dah.baru beli bateri baru untuk kamera tersayang sempena winter trip nanti.kejap lagi kena pegi vincent street*bukan vince AF1*untuk pick-up.kengkawan trip.sila terharu sekarang.hahaha.

Thursday, June 17, 2010

dia dan encik bebiri

cak!


boleh kejang perut kalau tiap-tiap hari dia buat hal macam ni depan webcam.hadoi.ye sangat cool sayang.bukan senang nak tengok teman lelaki ni main anak patung.siap berborak tak boleh tahan.hahaha.boleh buat?rasa mesti tak boleh lawan khairul dengan anak bebiri dia ni.[menangkan boyfriend sendiri.eceh.habis tu nak menangkan boyfriend orang lain pulak?kalau nak rasa penyepak hinggap di pipi mulusmu tryla buat:P]

Wednesday, June 16, 2010

trademark

Assalamualaikum hello hello :)apa khabar?sihat?yang dekat Msia semua dah sarapan?ke baru bangun tidur terus on9.haaaaa kantoi sudah.haha.hari ni mari cerita pasal trademark.oh apekah?trademark wassup2 ke adoyai ke baekkk punyer ke.BUKAN.mari tengok sini dulu.ye bawah sini.
ini folder gambar sepanjang berada si Auckland selama 4bulan lebih lebih.wa cakap lu dik.lebih dari sepuluh kot.memang tabiat melampaui batas-batas sawi di kampung.gambar dalam setiap folder pulak memang diyakini 101% lebih dari 30.kalau guna kamera yang kena beli filem KODAK 200*eh KODAK 400 lagi best*gerenti apek kedai gambar boleh kaya-raya sekarang.tapi tu lah kan.orang muda-muda cakap zaman teknologi.semua sudah digital.yang ada jerawat boleh buat jerawat jadi invisible.yang tak pernah jumpa shahrukh khan pun tiba-tiba boleh ada gambar dengan shahrukh khan.macam-macamlah.mesti korang rasa macam apasal baca ni takde kaitan langsung dengan tajuk entri.kahkah.ok belum mula lagi.habis ke laut saya bercerita kosong.erk.tak kosong sangat kot.heee.
agak-agak saya lah kan,semua orang tahu kot saya ni memang gila gambar.tambah pulak bila dah ada kamera besar sekarang.eceh.masa kamera filem dulu pun album gambar kau menggunung jugak kan.jangan tipu.haha.so sekarang ni macam konon taknak la ada orang menggunakan hasil kerja keras sewenang-wenangnya*ayat surat khabar* jadi buatlah trademark.konon macam ada orang nak cilok gambar kan.kalau nak publish mana-mana ada je trademark tuh.haha.gila perasan.tapi doktor cakap prevention is better than cure.setuju?

nie trademark macam skema sikit sebab hantar masuk contest.entah menang entah tak.takde call pun lagi bagitau akan dapat Canon 550D sebijik.cis beranganlah kau izzati.


nie zaman baru-baru terpikir nak buat trademark.tengok memang malas gila.font tak sama format pun tak sama.buat setakat macam syarat wajib ada je.lalalala~

nie zaman dah berkembang sikit.dah tahu macam mana nak buat kotak segala.tapi masih kotak senget benget.haha.teruk teruk teruk.
nie sekarang.eceh macam bagus je.tapi yang ni paling sekarang la kan.rasa macam smart sikit dari yang sebelum sebelum ni.tak tahulah kalau lepas ni tukar lagi.hahaha.rasa macam mahal je gambar tu kan.edapowjwp38y03 ok jangan layan.

masih belajar dan akan terus belajar.akan menjadi pencinta gambar*bukan pencinta wanita* full-time.balik Msia rasa nak buat bisnes ambik gambar orang kahwin.eceh.tinggi cita-cita.tunggulah nanti.orang cakap belum cuba belum tahu.ye dok?jangan ambik gambar masa diri sendiri kahwin dah lah.kahkah.terbayang pulak sibuk set-up tripod sambil pakai baju songket.haha.sudah.dedikasi istimewa untuk kak pp cheqppjoy.nak sangat tengok bibir seksi ni kan.hamik!haha~

p/s: lepas ni nak polaroid camera pulak.orang dah tak main polaroid kau sibuk-sibuk pulak kan.eh sukahatilah.polaroid itu cool:D

p/s lagi sekali: do remind me-fabregas beraksi di padang pukul 2 pagi okeyh?;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...