Wednesday, September 22, 2010

angin kencang, izzati terbang!

korang percaya ke tajuk tu?tolonglah jangan.itu hanya rekaan semata-mata.kalau ada izzati yang terbang sebab angin kencang, itu izzati lain.bukan izzati [sizuka] ni insyaAllah.sebab izzati yang ni tengah tulis entri dalam blog dia.kakaka.lawak sangatlah tu.terlebih gelak sudeh~

mari tengok video angin kencang di Auckland.kalau nak tengok, klik PLAY.kalau taknak tengok pun buat-buat tak nampak klik aje lah.haha.



pemandangan dalam video ialah dari bilik izzati bertempat di *tak perlu bagitahu dekat sini kot haha*.waktu 8.00-8.30 pagi, hari ini.

actually dari semalam semangat bawak kamera dalam beg konon nak rakam angin sambil jalan balik kelas.tetiba petang semalam angin sekali dengan hujan.jadi marilah meredah hujan dalam angin kencang.kamera?tak boleh keluar beg.nanti kamera demam, duit izzati melayang.kakaka.jadi, hari ini ada rezeki dapat rakam angin.itu pun baru bangun tidur-tengah-mamai terus capai kamera rakam angin.pelik pelik je lah perangai budak izzati ni.haha.ini pun 30 saat je.tak boleh lama-lama.sejoks!

korang rasa angin macam tu dah cukup kencang ke nak terbangkan orang?belum lagi kot.sebab itu baru sikit.ada yang lebih kencang dari itu.dengan angin yang baru macam ini, ialah super-useless kalau bawak payung konon nak berlindung dari hujan.JANGAN.kerana pengakhirannya nanti ialah payung anda akan patah tumbuh hilang TAK berganti macam payung pink corak polka dot izzati hari ni T_____T.tsk~kena beli payung lain!

p/s: macam mana nak buat photoshoot spring kalau tiap-tiap hari macam ini.matahari!come to sizuka!

baru tambah: hari ni hujan batu.super-sejuk.T___T

Tuesday, September 21, 2010

misteriaaaaaaaaaaa

tajuk macam biasalah nak over kan.nak lawan tokey misteri nusantara.tapi ni pasal nusantara jugak tau.nusantara dunia.ntah ada ke tak perkataan tu.hentam sajalah izzati.kakaka~

actually tadi tengah-tengah syok klik klik blog yang baru update dekat dashboard tu kan, ternampak blog geng sekolah saya.adibah.biasalah budak izzati ni kalau nampak gambar super-pelik tu memang dia klik punya.walhal dalam hati takut apa benda lah menatang ni.nak klik lah.kalau keluar hantu jerit je lah.haha.

tapi ia bukan hantu.lebih seram dari hantu.kenapa seram sampai hantu pun kalah?sebab ini super-mengagumkan.hantu tidak mengagumkan HAHA.

percayalah.izzati seram sejuk tengok gambar ni.rasa macam eh apa ni?besarnyaaaaa.birunyaaaaa.dalamnyaaaaa.takotnyaaaaa~


nampak macam jerawat batu pun ada kan.hish jerawat batu katenye.saya tak cakap pun.siapa cakap tadi?hahaha.nama benda biru-bulat-dan-besar-serta-dalam ini ialah The Great Blue Hole.dekat Belize City, Bahamas.pakcik google yang cakap, izzati pun baru baca.pakcik google cakap, dekat sini orang suka datang buat scuba diving.dekat sini ada beribu hidupan laut yang super-awesome & super-pelik yang masih belum disahkan spesies mereka.izzati dah buat ayat dokumentari lalalala.

subhanAllah cantik kan?korang kagum tak?izzati super-kagum tahu.sampai sesak nafas bila tengok gambar-gambar ni.inilah kebesaran & keindahan ciptaan Tuhan.macam-macam ada.izzati baru tahu yang ni, tak tahulah kalau korang ada yang dah tahu lamaaaaa dulu.kalau ada, diam-diam sudahhh.kakaka~

mari tonton Discovery Channel.heh.ini Youtube mari lah.


mari belajar geografi bersama izzati.taklah taklah.izzati tak reti geografi.HAHA habis tu kau PMR dulu belajar apa.itu dulu bukan sekarang.kakaka.maaflah izzati tak reti nak terang benda-benda yang kena guna bahasa sains-tahap-kritikal macam ni.satu : izzati tak minat sains.dua: izzati malas nak terang.hahaha.jadi siapa nak baca fakta-fakta sains tentang Si Lubang Biru Yang Besar ini sila klik sini.izzati dah tolong cari, jadi dah tak payah google dah.say thanks to izzati.oh yeah.hahaha~

p/s: rasa nak terjun laut je bila tengok gambar blue hole tu.hape penyakit budak izzati ni tak tahulah.hahaha.

Monday, September 20, 2010

mari main masak-masak:D

*gambar2 credits to FAREHA*
bila dah mula hidup-kena-masak-sendiri ni, kalau sampai mood terlebih rajin mula godek resepi sana godek resepi sini.konon nak berlagak diva dapur ecewah ewah ewah.haha.bukan diva di pentas Juara Lagu 2010 ye.hape aku mengarut nih.

mari memasak bersama chef izzati yawwww.banana muffin in the house!

actually ni first time dalam sejarah ye izzati gatal tangan buat muffin.sebelum ni guna tepung-dah-siap-terus-masuk-oven je.haha.ni first time bancuh sendiri.ada berbangga sikitlah dekat situ.kalau mak tahu ni mak pun bangga.tapi selagi tak nampak rupa muffin, tak boleh nak bangga lagi.haha.resipi dari encik google ye harap maklum.kakaka~



berjasa jugak u wahai encik tray muffin.tak sia-sia i beli u tau.lepas ni i nak bukak kedai muffin lah.hahaha.
budak izzati ni memang tak reti sabar.baru 5 minit masuk oven dia dah sibuk nak tangkap gambar.haha.sanggup termenung dekat depan oven semata-mata nak tengok muffin naik ke tak.nasib baik oven tu panas, kalau tak ntah ntah melekat hidung dia dekat cermin oven tuh.haha.

WOW!izzati dah excited sorang-sorang dekat dapur.hahaha.

taraaaaaaaaaaa!emak,anakmu sudah pandai buat muffin!lembut, gebu & cukup rasa!bukan nak bangga ye.sungguh sedap.bangga dengan diri sendiri*tepuk belakang*.gembira tak terhingga.pergi tanya fareha.saya sengih macam apa dah tadi.sengih sambil makan muffin.melampau tak budak izzati ni?hahaha.first try ni.sebab tu excited terlampau ye tuan-tuan puan-puan.

mau gaduh ka?*gambar hiasan semata-mata*HAHAHA

p/s: hari ni dapat berbuka mi goreng basah sedap + banana muffin.hoishi!

Sunday, September 19, 2010

PhOtOsHoOtSsssss

saje taip tajuk entri besar kecik besar kecik buat orang annoying.diri sendiri pun tak berkenan sebenarnya.penat tau kejap tekan SHIFT kejap lepas.boleh cramp jari.i wonder kenapa ada orang suka sangat buat kerja-kerja menaip macam ni T___T.

well.dah tajuk entri ada sebut PHOTO.jadi marilah mentengok gambar ye tuan-tuan & puan-puan.actually dah upload satu album dekat facebook.tapi super-geramlah sangat.makin hari fb makin suka compress gambar.gambar yang super-cantik-fabulous-dan-awesome pun boleh jadi bintik-bintik.grrrrr.macam mana izzati nak dapat customer macam nih!*drama tetiba*.

jom tengok gambar.



















nak buat photoshoot?hubungi 014-XXXX tekan tekan tak dapat.haha main-main je.kalau nak photoshoot contact je lah budak izzati ni.bila-bila masa dan ketika.kecuali waktu tidur.please don't disturb.HAHA.

dah habis.dekat facebook banyak lagi.tapi kalau korang klik dekat sini lagi cantik kot.saya rasalah.sebab gambar semua cantik-cantik.wah izzatiiiiiiii masuk bakul angkat sendiri.habis tu siapa nak angkat?saya berat tahu.hahaha.

besok hari isnin!tak suka tak suka!cepatlah habis semester ni.lagi 5 minggu.cepatlahhhh.nak cuti summer.musim panas boleh mandi laut pakai spek mata besar huyeh huyeh!

ditiup angin!

*sedang mendengar OST Lagenda Budak Setan di Youtube*
sebenarnya takde kaitan langsung entri ni dengan OST Lagenda Budak Setan.hari tu sibuk New Zealand ada earthquake segala kan.kalau telefon emak, memang confirmlah emak risau.ibu mana tak risau.i mean, ibu manusia lah kan.tetiba ibu roti tetiba risau terpelik pulak dekat situ.haha.tambahan pula anak duduk di bumi volcanoes ini.memang super-risau it is.

tapi sejak dua menjak ni keluar pula amaran ribut taufan di New Zealand.orang putih sebut storm.di bahagian south island NZ, kalau tak silap keluar arahan berkurung & mengurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya.sebab takut kena tiup dengan angin.tak rasa macam mana nak percaya kan.biasa tengok dalam tv je kereta terbang kena tiup angin.alkisah malam kelmarin, saya-fareha-nisa berjalan menuju Forte Apartment sebab nak buat kuih untuk pertandingan kuih raya semalam [saya cerita pasal pertandingan ni lain kali okay].tengok luar macam seram jugak nampak pokok kena tiup kan.macam melambai-lambai ala cerita hantu sundal bolong tuh.hish seram tetiba.haha.saya pergi bantai pakai selipar asadi-celup-crocs tu.kononnya bawak payung nak berlindung dari hujan.harammmmm.tak sampai separuh bridge dah berhenti.tak larat weh.angin super-kuat.lebih hangat daripada biasa.tetiba.bukan.lebih kuat daripada biasa.tengah berjalan lenggang kangkung tetiba rasa macam menapak satu-satu sebab jalan melawan angin.pergh.masa tu dah rasa ini bukan angin biasa-biasa ni.tambah pula hujan.memang sejoks!

sekarang angin berkelajuan lebih dari 100km/h.sumber dari sini.mana taknya.saya yang memang dah confirm berat+tinggi ni pun terasa nak terbang.inikan pulak fareha yang kecil itu.dua-dua pun boleh jadi mary poppins versi duet.nasib takde payung je.haha.payung ada, tapi jangan degil.masa angin kuat, jangan guna payung.p-a-t-a-h atau jadi-mary-poppins.kalau degil jugak nak guna payung masa angin kuat macam ini, maka nanti ramailah mary poppins terbang di awangan Auckland.

bila hari berangin macam ini, tak salah nak pakai baju kurung walaupun ada bahaya dekat situ.
kalau fikir memanglah kan tak logik nak pakai baju kurung.confirm akan terjadi fenomena-marilyn-monroe di tengah jalan.haha.tapi precautions masih ada.walaupun nampak macam budak-perempuan-pergi-fardhu-ain pakai seluar track sekali dengan baju kurung, itu lebih baik daripada tetiba jadi marilyn monroe celup.saya & fareha bukan marilyn monroe celup yeah.haha.jadi sila gunakan thermal anda sebaiknya.thermal is our best friend.ooo yeah~

apa-apa pun doakan izzati tak diterbangkan angin okay.kakakaka~

Friday, September 17, 2010

super-random

izzati layan blog ikut musim.sungguh pelik betul dia ni.bila assignment mencurah-curah ke ladang gandum, masa itulah dia semangat waja membara-bara nak tulis blog.nak cerita hal itu hal ini.kadang-kadang benda mengarut pun menjadi-jadi.yang peliknya.bila waktu lapang bersenang lenang-sebab-assignment-hantar-lambat-lagi macam sekarang ni, memang macam haramlah dia nak jenguk blog.apatah lagi blogwalking.memang haram.apa yang dia buat?bukak youtube, search lagu hindustan, lagu siti nurhaliza, lagu rock kapak jiwang cintan megi cintan segala.paling kurang pun layan lagu ayam sepuluh kali.haha.

tapi hari ini,izzati kembali.kembali dapat semangat tulis blog dan blogwalking.haha.sebab utama: besok turn entri saya muncul dalam blog 100penulis.gituh.the one and only.chewahhhhhh.tungguuuuuuuuuu~

well.minggu ni tak banyak benda best.sebab.dah habis cuti.itu memang tak best.T___T.dan kelas berderet macam biasa.

one more thing.dancers re-unite.tetiba kan.actually just tolong angah untuk persembahan beliau & rakan-rakan IH untuk diorang punya International Night nanti.mula-mula nak buat inang.mengenang kembali menari inang masa TESL Camp dekat maktab dulu.kendur lutut mak.mekap tiga setengah inci.bulu mata setengah kilo.oh ya.tak free hair okay.itu mahkota wanita.ecewahh sekarang izzati dah pandai cakap hal wanita.hello itu ada dalam buku teks agama sekolah rendah okay?

bila dah masuk spring, baju semua nak bunga-bunga kan:P

bila otak tetiba jadi sempit, kita memerlukan udara ke tahap maksimum untuk perjalanan lebih lancar.aku pun tak tahu apa aku mengarut nih.tapi berjalan-jalan waktu malam boleh mempertemukan jodoh.bukan jodoh untuk kahwin itu.saya maksudkan ini.bertemu jodoh dengan nombor raksasa countdown to Rugby World Cup 2011.siang tak nampak punya.dan mesti tak dapat nak snap pic awesome macam ini.ohhh?YA NEW ZEALAND IALAH TUAN RUMAH RUGBY WORLD CUP 2011.jadi apa tunggu lagi?dapatkan tiket anda sekarang!*tetiba jadi promoter*haha~

tomorrow never die.tetiba.ajal maut di tangan Tuhan,izzati.

credits: images from FAREHA's collection:)

Wednesday, September 15, 2010

ayam oh ayam

waktu sibuk memasak ayam masak merah untuk open house haritu, tetiba ternyanyi lagu ni.mungkin sebab tengah masak ayam kot.ntah mana sengetnya tetiba keluar ayam...bermacam ayam lepas tu apa lagi.orang cakap lepas intro mesti wajib sambung.haha.walaupun orang tua-tua cakap, anak dara tidak elok menyanyi di dapur,nanti kahwin dengan orang tua.kitorang nyanyi je sampai habis.siap ketuk-ketuk senduk tak leh blah.habis je lagu semua gelak tak habis.haha.tak sangka still hafal lagi lagu ni weh.erk okay saya dengan nisa yang hafal lagu ni sampai habis.haha.lagu zaman kecik-kecik, nyanyi sambil kejar ayam.tapi bila ayam kejar balik, menangis pulak.kahkah~


makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yawwwww~

saya suka part itu.awal-awal waktu makan leher ayam biasa-biasa lagi,sampai dekat yawww tu mula nak over sikit yawwwwwwwwwww.hahaha.

Tuesday, September 14, 2010

Syawal: kita gembira, tapi mereka?

Jom fikir-fikir...
bulan Ramadhan-kita seronok pergi bazar, beli makanan macam-macam, berbuka puasa dekat hotel...tapi kita tak tahu...apa nasib saudara kita disana...
apabila Syawal menjelang-kita seronok makan kuih raya,kutip duit raya...tapi kita tak tahu...apa nasib mereka disana...
sedang kita bersenang-senang di saat ini...kita tak tahu...mungkin ada di sana yang sudah di hujung nyawa...
kita tak sedar...
disini kita gembira, disana mereka sengsara..

1) Zionis Israel halang solat terawih di al-Aqsa

Jumaat, 20/08/2010 – Zionis Israel hari ini telah melarang rakyat Palestin untuk menunaikan solat terawih di al-Aqsa. Zionis Israel telah menagadakan sekatan di pintu masuk al-Aqsa. Ini menyebabkan rakyat Palestin terpaksa berpatah balik. Keadaan semakin runcing bila warga tua terpaksa menderita kerana terpaksa jalan jauh.

Tindakan Zionis ini amat berlawanan dengan arahan pejabat wakaf Palestin yang mana semua pintu masuk ke al-Aqsa hendaklah di buka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

2)Rakyat Palestin dipaksa berbuka puasa dalam keadaan diseksa

Selasa , 24/08/2010 – Zionis Israel telah melanggar hak-hak tawanan Palestin terutama di bulan Ramadhan ini. Kali ini, tawanan Palestin dipaksa untunk berbuka puasa dalam keadaan tangan mereka diikat ke belakang. Tawanan Palestin di seksa ketika mereka di pindahkan ke penjara lain. Zionis Israel tidak langsung bertimbang rasa dengan membuka gari tahanan walaupun telah diminta dengan baik agar gari dibuka. Selain itu, para tahanan turut didedahkan kepada keadaan cuaca yang begitu panas.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

semua sumber dari palestinkini.info

lawat website ni untuk lebih info terkini tentang hal yang terjadi kepada saudara-saudara kita di Palestin.malam ni terasa nak bukak dan baca info-info terbaru especially macam mana diorang mengharungi Ramadhan & menyambut ketibaan Syawal tahun ini.

kadang-kadang ada yang rasa down bila ada problem.sampai huru-hara pun ada.saya pun sama.rasa macam Ya Allah besarnya dugaan ini.tapi sebenarnya tak ade lah besar mana nak dibandingkan dengan dugaan saudara-saudara kita dekat Palestin.Ya Allah lindungilah mereka dengan rahmatMu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...