Wednesday, October 13, 2010

kodok ngorok

kodok ngorok
rokotok rokotok
di pinggir kali
rikitik rikitik
dia jatuh
rukutuk rukutuk
lalu mati
rikitik rikitik

Assalamualaikum & Hello :)

tadi terbaca status sorang kawan dekat facebook.walhal dia takde pun sebut pasal kodok ngorok ke ape ke.just ada bunyi rok rok sikit.tu yang tetiba boleh teringat lagu zaman main masak-masak tanah nih.korang tahu ke lagu nih?

biasa nyanyi lagu ni sambil masak daun pokok bunga mak dalam kuali bocor tok depan rumah.zaman saya dulu,dah main pondok-pondok, macam-macam lah lagu keluar.tanya sama pokoklah, labah-labah panjat perigi lah, ku petik bunga mawar lah, dari ulat jadi kepompong lah.macam-macam ada.sekarang dah lain.budak-budak dah jarang sangat main pondok-pondok.ntah-ntah ada yang tak reti langsung.ekhemmmm harus menuntut ilmu dengan yang pakar.hahaha.sekarang budak-budak main komputer je semua.haishh tak bagus tak bagus.budak-budak harus mengikut lumrah sebagai budak-budak.komputer, bukan mainan budak-budak.jadi, sila pergi main pondok-pondok sekarang.

rugi betul budak-budak sekarang tak reti main pondok-pondok.kalau dekat rumah, saya yang ajar adik main pondok-pondok.errr sekejap.ajaR ke ajaK?hahaha.tak tak.adik saya lagi terer.main pondok-pondok versi moden.main dalam rumah, main fesyen fesyen guna baju dengan tudung mak.ala-ala macam shopping shopping lah KONONNYA.dah nama main kan.duit pun guna kertas kotak-kotak yang koyak dari buku latihan matematik darjah satu tu.hahaha.TAPI, ada kad kredit jugak tau.guna kad pokemon kahkah.waktu umur belas-belas dulu [hatta 19 tahun sekalipun.haha], memang selalu lah kot saya join main pondok-pondok.nak cukupkan orang KONONNYA.tapi position tak pernah best.hari ni along jadi cashier.besok along jadi cashier.lusa along jadi cashier.tahun depan pun along jadi cashier.adik-adik jugak yang jadi 'mak datin shopping spree'.budak-budak ni, sehabis mungkin nak situasi tu sama macam real life.jadi, mesin duit itu tukar dengan?KALKULATOR.layannnnn~hahaha.

syok tau sebenarnya main pondok-pondok ni.

p/s: tetiba tercerita pasal main pondok-pondok instead of kodok ngorok.patut ke tukar tajuk entri?hahaha~

Tuesday, October 12, 2010

indah & padah.also daffodils for you:)

running in the rain at 10.00pm for a bottle of primo & a little Moro.sweet~

Assalamualaikum & Hello :)

10.10.10
menyingkap sejuta makna.ada yang indah.ada yang padah.ada yang bertemu.ada yang berpisah.di kala kita bergelak ketawa, ada yang berduka lara.ada hamba yang baru dilahirkan ke dunia, ada hamba yang sudah kembali kepada Yang Esa.

10.10.10.satu-satunya my precious periuk hilang.nak jugakkkkkkkk interframe.haha~

10.10.10.Eden Park's Grand Opening [Stadium for Rugby World Cup 2011, Auckland]



ada sesi bergambar dengan piala Rugby World Cup 2011.tapi saya tak pergi.rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~
ugh jeles bila tengok haszrul, zaza, kimi & fahmi dapat amek gambar dengan piala tuh.nak jugakkkk.hmmm kena cari rumah ada tv nih.nanti taun depan nak tengok world cup dekat tv.nak pergi stadium macam kirim salam je lah kot.kecuali kalau ada orang bagi tiket free.ngahaha~nak beli jersi All Blacks untuk abah & untuk diri sendiri.heeeeee~

oh btw, kepada anda yang request gambar daffodils haritu, daffodils are here :)
[please comment or tinggalkan jejak dekat cbox.I lost your track.soriiiiiiii]and sorry for the long wait.kena masuk semak semata-mata nak cari daffodils.heeee.taklah taklah.just susah sikit nak jumpa daffodils sekarang.ntah kenapa.ni pun TERjumpa.alhamdulillah ada rezeki awak:)



rasa-rasa ni semua daffodils kan?but different species MAYBE.sori tau kalau tersilap.and really really sorry for the long wait.huhu.my bad.daffodils ni pun semua dah tak comel.hope you like it & I'll make sure that I'll shoot more daffodils after this.heee~

p/s: my little baby is off for a week.penat katanya~

Monday, October 11, 2010

super-penat

penat apa?penat apa?apa benda niiiiiii.

Assalamualaikum & Hello :)

Habis kisah hantu periuk.nampak gaya macam dah tak ada harapan nak jumpa.tsk.terima kasih kerana berbakti kepada boss selama sembilan bulan beberapa hari.jasamu dikenang selamanya.nanti beli periuk baru, gerenti lupa pasal ex-periuk.miahaha.lumrah manusia ok.lumrah.

Alhamdulillahhhhhhh dah hantar report dua ribu patah perkataan.rasa beban atas bahu atas kepala ni semua hilang.pooooff hilang!macam itu lah kononnya.dalam hati, hanya mampu berdoa supaya tak fail.itu je.taknak fail.itu je.berapa kali 'itu je' daaaaa.tak mintak A+ pun.sebab memang tak layak.tapi kalau layak, padang rugby I tadahkan.ngehhhhh~

bila dah kering idea nak tulis report.otak masing-masing dah sengal senget segala semua. [macam tongue twister lah pulak, sengal senget segala semua sengal senget segala semua.sjbfsoqkh apa kau mengarut ni izzati].bila otak senget, kerja jadi lambat, tidur lambat-->maka hari isnin tidak lagi indah buatku.padahal memang tak pernah indah.super-penat hari ini.SUPER ring!bukan bukan.

mari tengok apa izzati buat malam tadi sehingga tidak sempat berlari-lari menjenguk blog anda-anda.tapi sebenarnya kadang-kadang curi-curi klik jugak.ngehngeh~

klik untuk menyingkap kebenaran di sebalik kepalsuan

nak buat macam mana.lumrah manusia.tak habis-habis dengan lumrah.hahaha.tengok tab-tab lain tu macam wah gila kentang budak izzati menghadap Piaget memanjang.sampai dekat tab hujung sekali, puji-pujian tu semua lesap.sila pengsan.haha.

penat perasaan bila sana sini orang nak cari pasal.tak boleh ke duduk diam buat kerja sendiri, jangan buat benda yang orang tak bagi buat.jangan asyik nak perasan bagus perfect sangat mengata orang macam orang tu tong sampah.walaupun ntah apa-apa motif nak mengata tong sampah.be civilized, people.

tapi itulah.lumrah manusia.izzati, aku rasa kau kena tukar tajuk entri ni.

p/s: penat tapi nak tengok movie.sebab next assignment due Isnin depan.sempat lagi kau ni izzati.bak kata Afiqah [dekat facebook kalau saya tak silap], kalau tak buat assignment last minute, bukan student namanya.hanya applicable untuk orang-orang macam izzati & the geng.kalau ada geng-buat-assignment-awal dekat sini, please jangan sentap.please please.dah cakap kan hanya applicable untuk izzati & the geng?jadi, tahniah sebab buat assignment awal :)

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 [hantu periuk]

10 minit je.lepas ni sambung balik buat assignment.janji.

tarikh hari ni super-cun.10.10.10.ini pulak entri yang ditaip dalam masa 10 minit.super-cool eyh?

tapi hari ni tak cool.memang tak cool.mimpi konon tiap-tiap kali tarikh seragam, wajib buat benda best untuk memori awal dan akhir.kononnya.tapi, hari ini memang pokemon.

tercalar hati seorang wanita ekhemmmm, gadis apabila satu-satunya PERIUK beliau, dicilok.

ni yang lagi rasa macam menyampahhhhh duduk hostel yang kongsi kitchen dengan budak-budak tak matang.ohhhhhh panas hati.panasssss.rasa nak lempang orang laju-laju.HELLO periuk dekat sini mahal kot.T____T

kalau periuk masak megi macam ni takdelah mahal mana rasanya.
tapi, periuk dekat sini semua nak duduk dalam kotak segala.tak sah kalau sebijik periuk tu tak cecah $20-$30.aluminium berkilat ada tutup siap pemegang kalis haba.haihhh.masa orang takde duit ni lah kau nak curi periuk.siap kalau aku tahu siapa yang buat.aku cucuk-cucuk dengan sudu sampai pengsan.

dengan kumara kitorang pun kau sebat sekali?kau memang cari pasal.tengoklah dua tiga hari ni, siapa yang duduk dalam toilet tak keluar-keluar tu.haaaaaa.baru kau tahu aku tinggi ke rendah.ehhhh bukan.baru kau tahu langit tinggi ke rendah.cis betul.

apasal ada orang yang suka betul menyusahkan orang macam ni.haiyooooo perangai tak nak matang-matang walaupun badan dah besar kereta kebal.dengan kasut nak sorok, ni periuk pulak.kuali taknak?kuali tu sedap kalau buat katok kepala tau.melantun-lantun.

nasib baik periuk I tak fancy fancy macam ni.kalau yang macam ni kena sebat, dapat dekat aku, terus jatuh hukum sebat mandatori guna periuk panas.padan muka.suka sangat sebat periuk orang.

dah.sambung buat assignment!yang ni pun menseksa jiwa jugak nih.

p/s: one more thing.this is my 400th post.super-cool!

Saturday, October 9, 2010

Rugby.whooooooot~

hari Sabtu, izzati memang tak lekat dekat bilik.memanglah tak lekat sebab saya bukan spiderman.muahaha~

Assalamualaikum & Hello :)

sebelum ke berita utama, mari tengok gambar pelik untuk hari ini.macam hari-hari kau letak gambar pelik.
kalau iye pun nak cepat, takkanlah sampai macam ini sekali.ish ish ish.izzati yang langgar tiang tu pun tak parking macam ni tau.[hahaha langgar tiang lagi horror kot]

berita utama.

pagi: sesi photoshoot bersama model-model terhangat di pasaran.gambar?tunggu lepas hantar assignment hari isnin.kau belum start pun lagi assignment tu kan izzati?shhhhhh.shadap you.

petang: pergi menonton perlawanan Rugby inter-faculty [final].walaupun ada assignment, masih bersemangat waja menonton rugby.ini disebut sesi melupakan assignment.balik bilik, sambung histeria hadap assignment.

haruslah excited nak tengok rugby.the number one sport in New Zealand.NZ-All Blacks, All Blacks-NZ.sinonim kan?kakaka~

harus berterima kasih kepada pihak penaja sebab dapat tshirt free hahaha.actually tshirt tu hanya untuk supporters Faculty of Commerce je.tapi, sebab dapat tshirt ni lah kitorang sokong Commerce tau.kalau tak, dah lama beralih arah dekat Engineering.players Engineering dah kacak-kacak.hahaha.opppss~

ada budak seksi dekat belakang!jangan tengok!tapi tengok jugak kan.nak buat macam mana.lumrah manusia.benda yang paling orang tak bagi buat, yang tu dia nak buat.kahkah.

at last, Engineering menang.tipis je pun.20-19.mungkin, players Commerce dah penat.namun, penyokong-celup Commerce yang tiga orang ni memang tak henti menjerit.hahaha.dah nama perempuan, tengok rugby macam tengok bola sepak.hah hah hah jangan jangan.bagi dia!bagi dia!hish jahat tarik baju!hantar sana!bagi sini!alahhhh tak masuk pulak!hoi ganas!hoh!hoh!kalah pengulas bola sepak kahkah~

yang paling lawaknya, tadi tengah tengok game tu tiba-tiba bola rugby tu terterbang dekat kitorang.biasalah kalau main game yang guna bola ni, bola dia tu main sepak je tak tentu hala.nak dijadikan cerita, bola tu macam nak terkena saya.tapi Aten jadi hero.beliau menepis bola itu dengan gagahnya.hahaha.isi pentingnya bukan bola, tapi Aten.lepas dia tepis bola tu, saya & Fareha tanya 'sakit ke tak ten?macam sakit je kena bola tu tadi.'cuba teka Si Aten ni jawab apa.'tak.tak sakit pun.seronok ada lah.kena bola rugby kot.taknak basuh tanganlah macam ni.'hahaha.apa lagi, terus tergolek dekat situ.lawak kering betul budak ni.hahaha.tetiba teringat cerita Musang Berjanggut.kahkah.bak kata Fareha, ni baru kena bola rugby, kalau terkena players dia, mahu pakai bandage siap.kahkahkah~

p/s: izzati, kau tu ada assignment yang belum start pun lagi.jangan mimpi nak tulis entri panjang panjang.

terima kasih daun kari, Nuffnang :)

my first BE.Alhamdulillah~

*super-seronok*


mungkinkah izzati akan bertukar menjadi cardcaptor sakura hari ini?dengan kuasa bulan, akan menghukummu!eh itu bukan sailormoon ke?kakakaka~

p/s: get ready for photoshoot!:D

Friday, October 8, 2010

Spring, u drive me crazy.

but I'm not driving.HAHA.lawak ape ni derrrr.

[sebab Spring berada di Auckland, harus guna bahasa ibunda beliau]
Dear Spring,
I love you.super-love.Because you are super-lovely.super-duper-lovely.Before this, I'm not a flower-addict.But, because of you, I start to love flowers.Everytime I see flowers, I'll be like bungaaaaaaaaaaaaaa erk sorry.flowersssssssssss[haha].I start to love the grass too.I feel like rolling and rolling on them macam dalam cerita hindustan hahaha.To be honest, there are thousandssss of flowers' photos in my hard disk.They're so lovely, just like you :)

tetiba rasa jiwang.macam tengah tulis surat cinta.kakakaka~

ah-ha![sambung]

Dear spring,
Thanks to you.My babies behave super-well.They're super-happy because I always take them out.Because of you, I spend more time with my babies, walking & jiggling together [but my babies can't walk or jiggle.Actually it's just me.HAHAHA]

ngehhhhhh.weekend ni ada photoshoot lagi.little baby, behave ok sayang.Mummy will buy you new lens, soon.

p/s: nak makan maggi kari pecah telur.tapi apasal maggi mahal sangat.T____T.

Thursday, October 7, 2010

ikan & coklat?

tajuk, nak jiwang.padahal, entri ni takde kena mengena unsur kejiwangan tangkap cintan cintaku di pantai merdeka.haha.

Assalamualaikum & Hello :)

semua harus kenal ikan ini.untuk anak Pahang, hukumnya wajibal-ghunnah.kalau tak tahu jugak,buang negeri HAHAHA. apa?ikan apa?ikan apa?burung apa?haish!ikan apeeeeeee?

ikan patin lahhh.bukan ikan kaloi.ikan kaloi ada sisik, duduk dalam perigi.penangan cerita bawang merah bawang putih.kakaka.saya rindu ikan patin besar-besar macam ni.bukan setakat patin aje lah.rindu semua ikan-ikan sungai.rindu bau hanyir ikan, rindu nak cuci perut ikan.bila pulak izzati kerja nelayan?

mari baca karangan bahasa melayu darjah empat.
saya ialah seorang kampung.eh silap.saya ialah seorang gadis kampung.auuwww gadis haha.abah saya bekerja sebagai pentangkap ikan di sungai.sejak kecil, saya selalu ikut abah pergi ke sungai menangkap ikan.saya bukan seperti kanak-kanak perempuan biasa yang main buat kek guna pasir & cilok kuali tok buat masak daun pokok bunga emak.saya ialah kanak-kanak perempuan luar biasa kerana bukan setakat main kek pasir & masak daun bunga, malah saya reti bawak bot HAHAHA.namun, sekarang abah tidak lagi membenarkan saya mengikut turun ke sungai kerana sudah menjadi gadis.gadis duduk rumah tumbuk sambal sambil makan kuaci.sejak menjadi gadis, saya tidak lagi menjadi best friend kepada ikan-ikan di sungai.keranaaaa saya dah jadi tukang cuci ikan rasmi dekat rumah sebelum dijual kepada encik tokey restoran.

tamat karangan darjah empat.tak perlu baca pun sebenarnya.iklan semata-mata.iklan kau kata?hahaha.

namun, rindu terhadap ini yang paling tidak tertahan.gundah-gulana.mandi tak lena, tidur tak basah.nak cari dekat NZ, ntah celah mana nak sesat ikan ni.harapkan snapper...nehiiii kabhi nehiiiii~
izzati, harus puasa 2 tahun sebelum dapat makan ikan patin masak tempoyak semula.kini sudah 9 bulan berlalu.s.a.b.a.r.tapi tempoyak?insyaAllah tak lama dah.nanti ada duit, boleh beli frozen durian dekat Lim Chorr.frozen pun frozen lahhhh.janji nak buat tempoyak.nak makan tempoyak.nak tidur tempoyak.erk??

mak, kalau masak ikan patin tu jangan lupa along dekat sini...

misi utama sepanjang 2 tahun berada di luar negara ialah...untuk membakar lemak-lemak degil.dalam kata paling senang, nak KURUS.namun, berada di New Zealang Dairy Board haruslah dugaan super-besar.COKLAT coklat COKLAT.zzzzzzzzzzzzz~

saya bukan peminat coklat sebelum ini.namun sekarang sudah jadi hantu coklat.homaigodddd kenapa murah sangat?kenapa kenapa kenapa?BAYANGKAN....sekeping Cadbury yang besar tu $2-$3 je.mana akak tak histeria.beli coklat berkeping-keping macam beli chewing gum.tengok sana sini macam kena rasuk.coklatttttttttttttttttttttttt.errrr, dah macam zombie lah pulak.kahkah.
Whittaker's ni Nz punya produk.saya suka sebab tak milky & tak creamy sangat macam Cadbury.manis ala manja-manja gitewwww.hah tergedik dah.hahaha.yang ni memang halal, except for yang memang dah terang lagi bersuluh ada perisa arak tuh.akak pun tak paham apasal coklat pun nak perisa arak.kalau Cadbury, kena cari yang ada tanda HALAL dekat belakang.dekat sini, coklat Cadbury Bar tuh dalam kotak.style habes.

minggu lepas dah stop beli chocolate bar sebab sedar diri kena diet sobs.tapi tak tahulah kalau minggu depan start menggila beli coklat balik.hahaha~

p/s: penatttttt tau tengok drama dalam real life.penattttttttttttttt.baik buat drama sendiri.lagi syok kan Fareha?ngehhhhhhhhhhhh~

oh ya, nak tengok biri-biri NZ?nah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...