Friday, December 17, 2010

kiriman kasih sayang dari bonda

Assalamualaikum & Hello ^___^

pagi-pagi, security phone berbunyi.you have a delivery miss.please come down to pick it up.bergegas dari tingkat limabelas, senyum senang hati.parcel dah sampai ngeeeee~ini kiriman kasih sayang dari emak buat kali keempat, selepas kali pertama, kedua & ketiga.

tapi.ini kali pertama parcel diposkan ke rumah baru.aicewahhhh.YES rumah saya dekat Queen Street a.k.a tempat yang saya selalu pergi tabur duit beli baju sampai penuh wardrobe tuh.hahaha~

macam biasa.pakcik makcik MAF tidak akan sesekali melepas anda begitu sahaja.apa-apa pun diorang mesti check walaupun parcel itu sekecik mana.ketat yawww peraturan dia.dulu, sup bunjut kena rampas.kemudian dekat nak raya, serunding pulak jadi mangsa.Alhamdulillah diorang tak rampas belacan.mungkin tak tahan bau dia.HAHAHA.

at first, saya teka ini ialah selendang.namun, mereka BUKAN SELENDANG.mereka ialah DRESSES.Ya Tuhan tacing betul perasaan.sekarang, emak saya sudah pandai bermanis-manis dengan anak yang jauh di perantauan.DULU, saya bukan seorang yang suka bergaya, even dress-up sedikit pun non-ado.nak keluar pergi mana pun, just pakai tshirt + jeans + tudung hitam.sampaikan kalau orang jumpa tudung hitam dalam rumah tu, ni tudung along lah ni tak ada tudung orang lain dah.DULU, saya memang susah betul nak beli baju baru.tak ada yang berkenan,sampaikan mak yang offer along nak beli baju baru tak?waktu tu, zaman kegemilangan adik saya,angah.dia lah shopaholic terhebat di alam semesta.SEKARANG, bukanlah dress-up sangat tapi saya dah lebih kepada berpakaian ala gadis-gadis giteww.ouhhhhh gelinya baca ayat sendiri hahaha.dan sangat senang keluarkan duit buat beli baju baru sampai nak meletup wardrobe tuh.hahaha.yang paling buat saya tacing, dua-dua dress ni cantik sampai saya rasa nak jerit + memang jenis kain yang saya suka.mak along sayang mak tahu nanti along beli handbag dengan purse baru okay?hehehe.lepas tu dua-dua memang saiz saya.OMO OMO OMO excited.hahaha~

mulanya, saya pesan dekat adik saya.kalau boleh masuklah sekali crocs pink along tuh.crocs hitam yang along bawak dekat sini dah daif sangat.bila bukak kotak tadi, bukan pink tapi biru putih bunga-bunga yawww.mungkin, crocs pink tu dah dihanyutkan sungai HAHAHA.terima kasih emak.emak manis sangat.

ini macam biasalah.mana boleh tinggal.sebenarnya, setiap kiriman kasih sayang dari Malaysia, agenda utamanya ialah MAKANAN.hahaha.Maggi Cukup Rasa dah memang macam benda-wajib-ada-dalam-kotak.hahaha.cumanya kali ini punya tema ialah Bihun PAMA yang Rose sebut BIHUN FELDA tuh.HAHAHAHAHAHA.oh ya, UNO bukan sejenis makanan.motip pos UNO?sebabnya, nanti nak bawak pergi kerja takut bosan duduk dalam kebun mengadap ceri je yawww.hahaha.nak beli dekat sini macam rugi je sebabnya saya dah ada banyak set UNO cards.ini yang Strawberry Shortcake punya.dekat rumah ada lagi 2 set kot kalau tak silap.Cars dengan apa tah lagi satu.kalau beli lagi, dah ada empat set.membazir je ye dak?baik beli Frozen Coke ke Kek Aiskrim ke.ngehehehe~

terima kasih emak, terima kasih adik-adik sebab rela menyelongkar khazanah harta benda beta semata-mata nak cari UNO.kakaka~

p/s: harap-harap hari ni matahari gentlemen sikit.tolonglah keluar please.penat dah duduk dalam rumah ni.

Thursday, December 16, 2010

bila hari hujan

bila hari hujan, semua plan tak jadi.mulanya, plan nak pergi shooting dekat Rose Garden, posing segala hapa kan.tetiba hari hujan, mana boleh bawak baby kamera gabak keluar.nanti baby demam, mummy merana kena keluar duit.makanya, berhibur dalam rumah sendiri aje lah.hiburan dalam rumah: melalak, bergelak,melawak & memasak.hahaha.dah macam tongue twister yawww.

hari hujan, SEPATUTNYA duduk diam dalam rumah dan tidur.HAHAHA.tidur masa hari hujan ialah sungguh yummy.namun, dua orang gadis yang tak boleh duduk diam, memang tak akan duduk diam.meskipun hari ni saya rasa tak sedap badan macam nak migrain, tak apa makan coklat mungkin boleh hilang migrain.hahaha.padahal coklat tu lah penyebab migrain.haiyooooo.ni pun kepala tengah oteng tapi tak kisahlah kan.hahaha~

tak sedar pun dah pukul 6 petang sebenarnya.sebab matahari memang merajuk tak keluar langsung.entah apa kena cuaca sekarang ni.semalam bukan main panas sampai rasa nak terbakar kulit.hari ni hujan lah pulok.aigooooo kata orang korea.

tadi, pergi convenient store dekat bawah.pergi beli kek aiskrim.YES hari hujan makan aiskrim.hahaha.dua-dua orang pun pakai selipar licin.lepas tu mula lah nak tergolek HAHAHA.teka-teki teka-tekuk,teka siapa yang tergolek.jawapannya....minggu depan.hahaha.

kek aiskrim ialah super yum yum yum okay.sungguh sedap.tetiba teringat nyam nyam bekas warna oren benda warna warni celup coklat guna sudu kartun tuh.rindulah.

es krim rasa CAKE coklat [???]

itu bahu Ton.Ton yang memperkenalkan aiskrim dengan izzati.terima kasih Ton.kerana dirimu begitu bermakna, Lux.eh ye ke iklan sabun Lux?hahaha~

cerita pasal Ton.kitorang memang duduk dua orang je sekarang ni.bangun tidur, engkaulah.nak tidur pun, engkaulah jugak.makanya, sepanjang hari memang tak ada muka orang lain dah nak hadap.kalau nak hadap lain pun, laptop.lepas tu Ton.hahaha.tiap-tiap hari pun masing-masing duk hadap laptop sendiri.tapi kekadang bosan jugak yawwww.makanya, kitorang duk layan game karaoke dalam laptop saya, Ultrastar Deluxe.

tengok.kemaen kan taknak layan lagu Melayu.hahaha.bukan taknak.SUSAH nak dapat lagu melayu guna game ni sebab kena cari sendiri lirik yang ngam dengan timing lagu tu,lepas tu download.google lah ceruk mana pun.lagu omputih banyak lahhh.yang lagu-lagu korea ni pun saya download dari website dia yang entah kemana dah hilangnya.ahahaha.


bukan senang macam petik jari nak karok lagu korea.satu, muzik dia cepat gila.dua, selain menyanyi, kena mengeja sekali.hahaha.tiga, lagu tu sebenarnya sembilan orang nyanyi tapi bila karok sorang je yang melalak.fuhhhh habis semput napas akak.ahahahaha~

percubaan ton nak beat the master gagal.ahahaha.saya tak sempat rakam bila dia nyanyi lagu Gee ni.tapi saya sempat rakam bila dia nyanyi lagu Again & Again [2pm], Abracadabra [BEG] dengan Taxi Taxi Taxi Calcutta [Dr.Bombay].kelakarnya Ya Tuhan tak payahlah saya upload dekat sini.hahahaha.tiap-tiap kali dengar balik pun saya tergolek.gelak pulak memang tak cover langsung.habis jatuh saham kalau orang dengar.hahahaha.

BlogLarian.larikkkkkk!

Assalamualaikum :)

aicewahhh sopan pulak hari ni.hahaha.actually kena tag dengan Kakak Opor sayang Tun Teja.kenapa saya panggil dia kakak opor?lain episod lah kita cerita okay.ini kisah aku dan dia.aicewahhh drama pulak kau dekat sini.ahahaha.lama dah tahu pasal BlogLarian ni tapi itulah, dah memang perangai saya.tengok dekat Dashboard ramai betul update pasal BlogLarian.dalam hati kata whooooooo ini penangan terbaru dunia blog selepas 100penulis.com.okay sekarang rindu 100penulis.com.saya tarik diri sementara sebab nanti nak pergi kerja hujung bulan ni sampai bulan dua.hal kerja pun kita cerita next episod lah okay.sebabnya saya rasa tak mampu nak manage blog sambil memerah keringat demi sesuap nasi.aicewahhh.blog ni pun entahlah berupdate ke tidak nanti.T____T.kesianlah orang rindu dekat saya AHAHAHA perasannnn.atas cadangan seorang sahabat, joinlah BlogLarian.nanti tak update pun insyaAllah ada je orang datang blog.makanya, terima kasih sahabat, anda sahabat dunia akhirat.ewahhhhhh gitu.

sekarang,cara-caranya :

1) Tampal banner & link sama BlogLarian punya blog.
sudah siap boss~

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
Saya suka blogwalking kerana best, senang, mudah, cepat & menyeronokkan serta dapat buat kawan di samping mengeratkan silaturrahim sesama bloggers di alam maya di samping bertukar-tukar idea pasal blog.peace![26 saja boss!]

3) Follow BlogLarian
tunjuk ajarku sifu.siap boss~

4) Tag 3 orang atau lebih rakan

Cik Faten, Encik Ijatnuar & Saudara Kamal Effendi [ewahhhhh nak skema yawww]

5) Sila beritahu rakan yang anda tag melalui comment
baik boss

6)Tinggalkan link post anda di comment entry INI bersama NAMA BLOG ANDA

7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8) tiada tarikh tutup buat masa ini

okay dah siaplah kotnya.apa lagi.jomlah pergi BlogLarian!dunia blogwalking anda lebih mudah dengan BlogLarian.ewahhhh macam iklan yawww.

Wednesday, December 15, 2010

tahniah ^___^

  • ucapan sekalung tahniah kepada azie kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.aicewahhhh ayat nak skema pulak kan tetiba.haha.congrates azie.happy selalu & be strong girl!baru tadi first time Skype dengan azie.she's a nice girl.a kakak actually sebab dia 22 and i'm 21.tapi dia nampak lebih muda sebab dia kecil comel sahaja berbanding saya yang sepanjang galah ini.ahahaha~
  • setinggi-tinggi penghargaan kepada cik housemate sementara yang menceria & menggilakan hari-hari saya, Cik Ton sebab tengah bertungkus lumus masak mi sup yang baunya mmmmmmmm yummy.ton cakap beliau bangga dengan diri sendiri sebab dah pandai masak.ye ton, aku juga bangga sama kamu.sekarang, masak cepat.perut bergendang sudahhhhh.hahaha.ton cakap dah nak siap dah!!!*sengih*
  • tahniah dekat diri sendiri dengan encik sayang sebab dua-dua tengah bertabah hati duk refresh website AirAsia tunggu harga promo available.wahwahwah.bersabarlah sayang.kalau ada rezeki kita,insyaAllah tak kemana.ececececeyyyyy kuch kuch hota hai pulak dekat sini.hahaha.
p/s: dahlah.nak makan mi sup sambil refresh website AirAsia nih.kakaka~

bila baby dapat beg baru

hari ni, baby boy dapat beg baru, lebih besar lebih kacak.oh ya, kalau siapa yang belum berkenalan dengan bayi-bayi saya, jemputlah kenal-kenal.kerana kecantikan itu hak milik setiap setiap insan.motip apa kan tetiba.hahaha.actually saya ni memang addicted lebih dekat kamera.guna handphone katuk pun tak apa, i tak kisah.orang sibuk beli iphone,blackberry segala, tak apa belilah.boleh kata, saya banyak spend duit dekat kamera.alahhh yelah tuh, habis tu yang dalam wardrobe tu apa dia.ahahaha itu lainlahhhhhh.

beg baru VS beg lama.beg baru lebih gagah perkasa yawwww.sebenarnya beg lama tu tak adalah lama mana pun.masih comel,kecil & ceria.belum sampai setahun lagi umurnya.tapi so sorry sayang.lepas ni mummy jual dekat Trade Me okay?mungkin, ada orang lain dekat luar sana yang lebih memerlukan.aicececey~


now, beg baru dah boleh get together dengan beg-beg lain.duduk atas couch sama tinggi, letak atas lantai pun sama tinggi.ahahaha.

kepuasan bila ada kamera ialah, bila dah boleh guna gambar yang shoot sendiri buat jadi desktop background.makanya, tiap kali buka laptop, senyum.nak tutup pun, senyum.bahagia betul perasaan.

mintak maaflah kalau korang pelik kenapalah gambar-gambar dekat atas ni macam Ya Tuhan kau ambik gambar guna kamera apa nih?hahahaha.mulanya, nak ambik gambar guna baby samsung pink saya tuh.tetiba buat hal pulak bateri tak ada.lalu, pinjamlah kamera ton.dah comel dah gambar nih, tetiba entah manalah kabel nak transfer nih ton?tak ada kabel.cuba guna card reader, tak boleh jugak.kecewa patah hati terguris semua ada lah.pilihan terakhir, hala kamera depan webcam.hahahaha kreatip tak kreatip.mulanya nak hala barang-barang depan laptop boley?lepas tu baru terfikir entah macam manalah nak pegang semua ni sambil nak klik mouse snapshot tuh?tu yang last sekali hala kamera depan webcam terus.kehkeh~

ini ialah kegilaan musim panas.sungguh menyejukkan kerongkong.Frozen Coke a.k.a Coca-cola beku [?].lebih kurang macam Slurpee dekat Seven Eleven tu tapi perisa Coke.berapa bulan dah tak jumpa Seven Eleven nih.NZ tak ada Seven Eleven sekian terima kasih.hahaha.

tadi lalu depan Starbucks yang dekat dengan Forte, ada orang bagi tester cappucino free.tester katenyeeeeee??hahaha.apa-apalah kan.actually saya tak minum kopi.tak kisahlah cappucino,latte ke apabenda lagi.semua keluarga kopi saya tak minum.makanya, encik kopi tak perlu gerun dengan saya.ahahahaha.nak taknak kena telan aje lah.last sekali habis jugak.itu pun habis tersedak-sedak HAHAHA.

p/s: Fareha sayang, Saifful dah dapat baby gabak jugak.aku tak taulah dia nak panggil baby ke apabenda.Aku panggil baby, Azmi panggil meriam, dia entahlah apabenda pulak.ahahaha~

oh ya, perlukah saya bagi nama dekat bayi gabak saya ni?

Tuesday, December 14, 2010

mungkin, bila sampai seru

kebanyakan blog dah buat contest, blog izzati bila lah lagi?

dah pernah terfikir dah sebenarnya.cumanya, ada beberapa perkara yang tak berapa nak mengizinkan.antaranya ialah : jarak.yelah orang cakap dunia di hujung jari.guna Skype pun boley.ye dak?ahahaha.tapi nanti masalah negaranya ialah, bila nak pass hadiah.aicewahhh kan contest entah mana-manalah lagi dah sebut pasal hadiah.sebenarnya, saya ada pasang niat nak pass hadiah by hand, dari mata turun ke hati gitewww.aicewahhhh HAHAHA.just dengan niat dapat mengeratkan silaturrahim sesama bloggers.for your information, saya memang tak pernah join mana-mana meeting bloggers.kalau ada jumpa bloggers pun, kawan-kawan yang sama-sama tunggang terbalik ada lah, macam Fareha.ahahaha~

nak buat contest pasal apa, i have no idea about that.tinggal setahun lagi dekat bumi NZ ni, hujung tahun depan nak balik tanah air dah.aicewahhhhh Hellooooo Malaysia pulak lah.hakhak.cadangnya, nak buat contest dekat nak hujung-hujung tahun depan, tarikh tutup sebelum balik Msia, pilih pemenang, then sampai Msia dah boleh bagi hadiah.haaaaaaa bijak tak bijak tak?ahahahaha.kau buat timeline dah beria dah izzati, contest apa nak buat tu kau belum fikir lagi ye.memang enfagrow betul kau nih.

dalam kepala otak ni, dah ada tema contest sebenarnya, tapi tak maulah umum sekarang.nanti orang cakap apa pulak.contest tahun depan, tahun nih dah nak umum, booo!hahaha.kononnya, nak buat contest lain dari yang lain.yang tak pernah orang buat.yang agak luarbiasaaaaaaaaa.*muka seram*.hahaha.korang ada idea?

saya pernah join beberapa contest KOT.tapi satu je yang pernah menang, Contest by Sis Ieda.lama tak dengar khabar Sis Ieda.ekhemmmm third prize pun kira menanglah kan?ahahaha.

oh ya, kalau nak baca entri yang menang nombor tiga tuh [hahaha], klik kisah sizuka & encik apek :)

muffin yummmmmy~

harituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, saya janji dengan Cik Sara nak kongsi resipi muffin pisang.Cik Sara!gomen-nasai!lepas sepuluh hari baru teringat.hehehe.almaklumlah, saya ni banyak sangat benda nak kena ingat HAHAHA apabenda.

actually, resepi ni saya google jugak mulanya, siap tulis dalam buku nota masakan akak yaww.aicewahhh memasak nak bernota ye.dalam kelas taknak tulis nota pulak hahahaha.masa tu, memang rajin sangatlah main tepung dengan oven sampai boleh pulak terfikir tua nanti mungkin aku boleh bukak kedai muffin.

apabendalahhhh yang izzati duk mengarut dari tadi.soriiiiii!terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta kebal, tak tahulah boleh undur ke tak.hahaha.

okay okay.ini resipi muffin pisang sebetulnya.janji tak ada kereta kebal dah.resipi ni betul-betul untuk 12 bijik muffin bersamaan satu tray muffin yang besau tuh.tapi biasanya ada lebih jugak.dunia ini mana ada yang sempurna, kan?

a) 3 biji pisang masak dilenyek [yang warna kuning tau, bukan ijau.nanti muffin jadi coffin.ahahaha.nak guna pisang apa, i have no idea.agaknya, pisang yang manis-manis tuh kot.dekat sini, saya main guna pisang yang jual dekat supermarket tu je.hahaha~]
b) 3 cawan tepung naik sendiri
c) 1 1/2 cawan susu segar
d) 1 1/2 cawan gula [ikut selera masing-masing, nak manis tambah sikit.kalau taknak meninggal sebab diabetes, kurangkan sikit.memasak mesti bijak.ahaha~]
e) 1/2 cawan minyak masak [soya, canola, mazola, cap buruh, cap pisau, cap apa lagi ada...]
  • campurkan semua bahan KECUALI tepung naik sendiri dalam satu mangkuk besar.guna sudu/ senduk, kacau sampai sebati okay.mula-mula, ianya akan nampak sedikit yucky sebab minyak masak tu.tapi PERCAYALAH, akhir sekali ianya akan menjadi oh ini muffin rupanya?sedapnya...siapalah yang buat ni?ahahaha~
  • kemudian, masukkan tepung secara perlahan-lahan & bersopan-santun sambil mengadun kesemua bahan-bahan itu sehingga sebati.
  • PASTIKAN semua bahan-bahan itu sebati.jangan bagi ada ketul-ketul.biar tekstur dia nampak soft + nice je.gituh kan tetiba izzati bercakap pasal tekstur.ahahaha~
  • masukkan dalam acuan muffin.jangan sampai penuh okay sebab nanti muffin tuh akan menaik.bakar pada suhu 180 darjah celcius, selama 20 minit.nanti korang boleh check samada dah masak ke belum/warna dah cukup brown ke belum.masa tu boleh adjust sendiri.
  • bila dah masak, sejukkan then dah boleh hias :)
biasanya, saya guna chocolate sauce & strawberry.yeah memanglah kan sekarang ni dalam semua entri izzati pun ada sebut strawberry.ahahaha.

macam inilah lebih kurang hasilnya nanti.

masa ni pun sebenarnya ingat ingat lupa resipinya.tak jumpa buku nota HAHAHA.tapi Alhamdulillah menjadi jugak.Faten tanya kenapa empat bijik je.ahahaha.ini buat ambik gambar saja dong sayangggggg.yang buat makan, tak payah decorate mehhh.masuk mulut terosssssss.ahahaha~

well, selamat mencuba!

Monday, December 13, 2010

tetiba

bukanlah nak perasan hebat.TAPI kalau ada sesiapa yang TERsuka dekat header yang dalam entri ini, dan teringin untuk memilikinya.jangan malu segan, roger saja okay.kalau ada Skype, dekat add contact tuh, search sizuka izzati.insyaAllah memang tak ada orang lain dah gamaknya.hahaha.nanti saya boleh send file guna Skype je.heeeeee~.itu pun jika ada yang sudi.aicewahhh berlagu pilu lah pulak tetiba.

tengah dalam mood rajin tahap melampau sekarang ni.besok lusa insyaAllah ada design lain pulak.kalau ada jodoh, tak kemana.tetiba.tulat tubin tak boleh janji.i nak pergi melancong tepi pantai sekejap.ahaks~

p/s: sorilah.hari ni hyperaktif sikit update blog.ngahaha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...