Wednesday, October 19, 2011

Kokako Lodge

Hey yo!eh eh tak sopan punya intro.

Assalamualaikum :)

sepatutnya hari ni wordless bukan?tapi aku tak mahu wordless hari ni, nehi nehi.aku mahu as much words as possible.HAHA ok merepek.

ayuh lupakan kengerian semalam, kita mulakan hidup secara lebih ceria!iklan apa kau buat ni?

entri ini berhubung dengan aktiviti hujung minggu yang lalu.dek kerna tauke blog yang malas menaip, hari ni baru up entri sebab baru hari ni beliau berasa rajen [?] HAHAHA.

entri sebelum camping, sini.

NOTA: ini bukan pengakap darjah 4 punya camping, bukan juga PLKN punya camping walaupun aku bekas pelatih PLKN.gituhhhh wirawati rupanya dia nih.HAHAHA.

walaupun pergi hari Sabtu, balik hari Ahad, banyak jugaklah aktiviti yang dapat dibuat.high ropes, archery, chariot dengan kayaking.waktu-waktu lain kitorang buat group activities, main games et cetera.TAPI group aku kurang bernasib baik TAK dapat buat kayaking sebab arus deras + baru lepas hujan.frust.tapi instructor tebus kayaking dengan jungle trekking.kau hado?HAHA berasa joyah bila tulis macam ni.

FYI, kem yang kitorang pergi ni dekat dengan satu waterfall.jadinya, akak-akak jadik gadis air terjun HAHAHA.tapi instructor tak bagi mandi-manda sebab air deras + tak berapa bersih katanya.lagipun dah 14 orang mati dekat situ.hooo ya, yang mati tu bukan sebab lemas blup blup ya, mereka dijemput malaikat maut sebab mereka buat kerja gila terjun dari atas air terjun ke bawah.

sekian terima kasih.tengok gambar pulak :D


terjun dari atas ke bawah, memang super-gila ah kan.memang air terjun kematian.

sebab kitorang tak dapat buat kayaking, kitorang dapat jalan dekat dengan air terjun kematian teeeheee.


malamnya, kitorang berBBQ.seronok yaww penat-penat dapat makan ayam.yang ni masuk oven sebab takut tak sempat masak semua.yelah, nak bagi 59 orang makan kot.camping secara mewah ^__^


tak dapat main kayak, dapat ambik gambar pun jadilah yaww.

geng pantai timor

main dokong dokong.actually ni sengaja suka-suka sesama sendiri je sementara tunggu instructor HAHAHA.

camping tidur bunk bed yaww.nampak macam mewah langsir merah, tapi feeling dia sama dengan tidur dalam khemah.sejuk menggigil bila tidur malam.

circle of friendship.malam tu semua orang santai pakai seluar tidur kain pelikat sambil buat aktiviti.so kita namakan, pyjamas party.

gaya memang ah 110%, tapi ketepatan anak panah tahap boleh nangis pemanah negara tahu.




masa ni kitorang main game, namanya Honestly.tak reti nak terang macam mana.yang berdiri lagi ni kiranya memang terror ah kan.yang duduk-duduk ni semua pengalah pengalah, termasuk orang yang tangkap gambar ni HAHAHA.

camping = comot.tak kisahlah kau darjah 4 ke, PLKN ke, 22 tahun ke...kalau dah nama camping, confirm kau comot.


aktiviti ni namanya Chariot, kena design 'tandu' untuk angkat orang guna buluh dengan tali.tandu ke ea?tapi gunanya nak mengangkat orang lah.

now we are back to air terjun, itu dia instructor kayaking, Allan si pemalu.

friends, being crazy is okay because we had so much fun doing it.

ni aktiviti High Ropes, namanya Flying Kiwi.boleh berasa jadi hero ya bila buat flying kiwi ini, berasa jadi Superman :D



till then.

p/s: kalau rajin nanti aku upload video sikit ;)

Tuesday, October 18, 2011

lemah jantung

hari ni SAHAJA, berapa kali aku berasa lemah jantung tengok newsfeed Facebook + timeline Blogger.

...kanak-kanak digilis kereta tanpa dihiraukan orang ramai...

...pelajar kelar bayi sendiri...

tak perlu kot aku letak gambar dekat sini.korang mesti tahu pasal kes-kes ni kan.masakan tidak, ramai orang share dekat Facebook, bloggers pun ada review pasal kes ni.jadi aku taknak letak gambar.ngeri.dengan aku sekali seriau nak bukak blog sendiri kang.parah.

apa nak jadi?


يَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَـٰعٌ۬ وَإِنَّ ٱلۡأَخِرَةَ هِىَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." (Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 39)

Sama-sama kita menghindari diri dari hasutan syaitan

ingatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.syaitan selalu menghasut kita berbuat buruk tanpa kita sedari.Astaghfirullahalazim~


p/s: friends, sorry if I ever make you feel bad.and tell me if I did wrong.

Friday, October 14, 2011

senarai orang terror dan berkhemah

senarai nama pemenang anugerah manusia terror di dunia peringkat blog WorldOfSizuka:

dannnnnnnnnnnnnnn Fareha!

NOTA: anugerah manusia terror ialah untuk mereka yang berjaya menjawab permainan otak dalam entri sebelum ini dengan yakin dan tanpa ragu.ternyata, mereka ialah insan yang sungguh bijaksana bestari.untuk menjenguk blog orang terror, sila klik nama mereka seperti yang tertera di atas.

wah ayat skema gila kan.rasa macam pengacara sinaran pasport kegemilangan BAHAHA.

habis cerita orang terror.

esok, kitorang [satu batch] akan pergi berkhemah dekat Kokako Lodge.actually camping ni TAK melibatkan tidur dalam khemah,buat unggun api dan tangkap ikan guna batang kayu pun okeh.tak dramatik macam aktiviti perkhemahan pengakap masa kita darjah 4 dulu.sebab ni aktiviti perkhemahan orang dewasa.dewasa kewwww HAHA.

masa darjah 4, kena tahu macam mana pasang khemah, buat gajet,buat roti dekat batang kayu dan masak telur dalam tanah kambus kambus lepas tu bakar api atas dia.memori ok yang itu.bila dah tua-tua ni *eceh*, tidur bunk bed, panjat sana sini, kayaking et cetera tu kiranya camping lah HAHAHA.

kalau adik aku tahu aku pergi camping gaya ni, haruslah dia cakap 'macam tu je along pergi camping?senangnya'.HAHAHA.jadinya semalam aku begitahu emak sorang je aku nak pergi camping.dengan adik, aku pusing cerita tang lain.KAHKAH.

banyak pulak aku bebel.padahal tadi nak tulis sikit je.ok tak apalah.bukan pergi lama pun.ahad nanti dah balik dah.tapi tak adalah sampai rumah aku terus up entri kot kan HAHA.tegar sangat tu.sekarang ni makin lama aku rasa makin malas tulis blog.ada masa rasa nak delete blog pun ada -.-'

dunia banyak drama

p/s: gambar bukan cilok google tu tau.original dari tauke blog :)

Thursday, October 13, 2011

siapa jumpa cepat memang terror

kalau buat pertandingan, memang aku ah yang corot sekali.Fareha jumpa cepat gila.dia dah jumpa, aku duk terhegeh-hegeh nyebut satu-satu.terkial-kial.sampai kena prompt dengan Aten, baru aku sedar KAHKAH.

siapa dah jumpa secara cepat dan tak tanya orang...

TAHNIAH anda telah mendapat anugerah manusia paling terror dalam dunia macam Fareha
:D

semua komen akan diapprove, kita tunggu jawapan besok :D

Wednesday, October 12, 2011

FYI

when people misinterpret what others wrote on the wall of virtual world

just because...

it simply can't show any expression or emotion

p/s: I am MORE than excited to go back to Malaysia.excited sampai rasa nak nangis, FYI.memang aku cakap sedih nak tinggalkan bumi Kiwi ni, but still...I am one proud Malaysian.

kau rasa aku tak ada jiwa patriotik just because of me saying I feel sad to leave this country?

try to put your feet in my shoes,man.

Tuesday, October 11, 2011

enjoying the last Spring :')

since hujung November nanti kitorang dah balik Malaysia for good, so this will be our LAST spring in Auckland.sobs :'(

oh ya.Garage Sale sudah berlaku semalam.Alhamdulillah ada lah rezeki sana sikit sini sikit.besok besoklah cerita pasal garage sale yo.gambar belum transfer lagi.hehe.

cakap pasal Spring, yes we are enjoying it.sebab itu current status aku di sebelah kanan ni ialah enjoying Spring.memang enjoying Spring to the fullest.bila lagi nak merasa buat golekan hindustan atas rumput berbunga-bunga cinta *eceh mentang-mentang tulis entri sambil dengar lagu Misha Omar*HAHAHA.

aku punya mukaddimah memang selalu over tau.tengok, lepas tiga perenggan baru aku perasan aku belum masuk isi kandungan lagi.maaflah, aku memang kaki tangan buat karangan HAHAHA.

tengok layout blog ni,ngehehehe tema Spring jugak.siapa punya kerja?buah hati gua punya kerja.nak harapkan aku duk menghias blog ni, hmmmpphhh sibuk manjang.beliau boleh la buat kerja ngias-ngias ni, full-time-computer-husband.auwww HAHA.

dah kahwin nanti jangan nak duduk depan komputer je ok sayang.
dah kata kerja multimedia, memang ah ngadap komputer je.kang tak makan nasik kita kang, makan komputer mau?

kelaut lagi.MasyaAllah.

hari Ahad haritu merujuk kepada kelmarin, ahli-ahli terhormat pemilik kamera seluruh Auckland *exaggerate gila.actually Malaysian students je LOL*telah mengadakan suatu event photoshoot tangkap-gambar-sambil-belajar sambil enjoying Spring.

kalau kasi peluang aku menaip lagi, memang ah ada can aku ke laut barang dua tiga kali lagi sebelum korang dapat tengok gambar HAHA.so, izzati please STOP typing now.

so ni antara gambar-gambar yang...

STOP















and last but not least...


ni bukan semua gambar yang dishoot, banyak lagi [300 kot?] but these are my favourites.

so kalau siapa berasa nak buat outdoor photoshoot dengan izzati, boleh book sekarang ok one two three go!

HAHA awkward.

p/s: berasa berbaloi beli payung rainbow tu.teeheeee~

Saturday, October 8, 2011

in the middle of everything

I am in the middle of sorting out my things for the Garage Sale this Monday.so macam serabut gila.it's time to let go some of the things.LIKE SERIOUSLY.kalau tidak, boleh pengsan aku nak shipping semua barang nanti HAHA.

for the Garage Sale, aku incharge for the price-tags.so yeah basically I've made 500+ price tags for the garage sale.banyak eh?hopefully yang terjual banyak juga lah,insyaAllah.nyanyi lagu price tag sikit.

orang-orang Auckland, do come to our Garage Sale okeh?iSpace,Auckland University [Monday,12-2pm].

juga, it's the middle of RWC 2011.Quarter Finals mula petang ni, 6.30pm dan another match on 8.00pm kalau tak silap.OMG excited.by the way, All Blacks main besok.lawan Argentina yeah.hopefully menang.ok macam tak ada perasaan.PLEASE MENANG!ok over.HAHA.

weekend ni ada Diwali Festival dekat Aotea Square yang hanya berjarak 100 tapak kaki dari rumah.so yeah, weekend yang bertemakan Hindustan mungkin?Dil To Pagal Hai?eceh.cakap hindustan pulak.HAHA.

so basically, I am in the middle of everything.kemas barang untuk shipping, garage sale,mengerjakan assignmentss yang due date lagi dua minggu, dengan minggu depan ada camping pulak et cetera.

busy enough?

Welcome to My Life.

Thursday, October 6, 2011

RWC 2011 : Badges untuk tempahan

kurang dari 100 hari lagi aku akan menjejak kaki ke bumi Malaysia, meninggalkan bumi New Zealand yang indah permai ini.sobs.sebak dalam hati.

oleh kerana itu *skema gila*, insyaAllah aku akan menerima tempahan souvenir.especially untuk pengumpul-pengumpul fridge magnet/keychain/whatever it is kalau ada yang berminat lah kan.

insyaAllah aku akan come up dengan satu/dua/tiga jenis souvenir dengan harganya sekali, so kalau siapa ingin, cepatan bilang sama aku ya?

hari ini, khas untuk peminat ragbi, sempena Rugby World Cup 2011 yang sedang berlangsung di New Zealand...

RWC Official [ORIGINAL] Badge

ampunkan si pemalas ini

available dengan nama semua negara yang terlibat dalam RWC 2011.South Africa,England,Ireland,Australia ada belaka lah.badge Official RWC 2011 pun ada jugak insyaAllah.kalau ramai order, besok jugak aku pergi serbu kedai tu HAHAHA.

PRICE: RM 10/piece

barang original ok.Made In NZ.siapa cepat dia dapat HOHOHO.

kalau dah sure nak beli, boleh komen dekat sini dan letak email untuk makluman lanjut ye :)

terima kasih.

wah sopannya aku :P


Tuesday, October 4, 2011

of shoes-maniac


Hello Gorgeous!


lalu my fulus-fulus berterbangan masuk ke dalam poket tauke kedai kasut

C'est La Vie!

p/s: terima kasih Tuhan di atas nikmat rezeki ini, Alhamdulillah~

Monday, October 3, 2011

senaman muka

ok.aku tak tahu kenapa belakangan ini aku ada tabiat suka share benda-benda yang aku accidentally terjumpa dekat Facebook.aneh ka, lucu ka, sedih ka.semualah.

and today...

masa untuk senaman muka!selain kunyah chewing gum Hubba Bubba perisa anggur kegilaan aku ituh.

one TRUE FACT: aku alergi dengan perkataan TIPS.I am one-tips-maniac.kamu tahukah perempuan gilakan TIPS?dimana ada perkataan TIPS, aku akan baca.apa pun tajuk,tak kisahlah.ini serius.mungkin sebab itu majalah WANITA/REMAJA punya banyak TIPS.HAHAHA.kalau punya 100 pembaca macam aku, boleh untung ribuan ringgit woi.

tetiba dekat Facebook ada kawan sekolah aku kongsi TIPS.sebagai seorang yang concern terhadap perutnya[?], aku baca.

T̲i̲p̲s̲ ̲U̲n̲t̲u̲k̲ ̲M̲e̲n̲g̲e̲c̲i̲l̲k̲a̲n̲ ̲P̲e̲r̲u̲t̲ ̲B̲u̲n̲c̲i̲t̲ dengan Self-Hypnosis [<--ini ialah tak menahan

sungguh.buat aku terfikirkan satu jenis pokemon yang suka hypnosis manusia itu:

1. Bangun pagi-pagi

2. Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut

3. Bongkokkan badan

4. Buka baju

5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin

Malu...!!



p/s: memang self-hypnosis HAHAHAHAHAHA

Sunday, October 2, 2011

sweet October-Le Tour De Auckland

dengan tajuk berbaur manis ini, diharap supaya Oktober dapat menjadi bulan paling manis untukku.untukmu jua.eceh.

pada 1 Oktober yang manis, aku dan housemates telah mengadakan satu ekspedisi berbasikal.ekspedisi bunyinya seperti gah bukan main.Aten bagi nama ekspedisi ni Le Tour De Auckland.

semoga lemak-lemak degil habis terbakar semalam.fuhhhh.*tiup-tiup*

kitorang sewa basikal $10/day dekat Viaduct.semangat gila ok keluar rumah pukul 8 pagi, tetiba tempat basikal tu bukak pukul 9 HAHAHA.semangat tu yang kita nak kan?:P

semalam pergi Mission Bay, Parnell Rose Gardens, Auckland Domain, Kampung Delights *tetiba padahal kedai makan LOL* dan Westhaven yang sungguh cantik dan mengagumkan serta dapat tengok orang buat Bungy Jump dekat Auckland Bridge.

penat ok.like seriously penat.but we had fun membakar lemak dan menikmati keindahan alam semulajadi, yes.

:)

hey yo!

I am TOTALLY in love with this place.biasa lalu naik bas/kereta memang tak merasa ah nak singgah sini.semalam dapat jugak pergi.bawak basikal merentas lautan KONONNYA.lepas tu ada pakcik-pakcik tengah memancing.seronoknya kalau boleh memancing sama :D

I love fishing.siapa suka memancing jom?

pemandangan Auckland City dari tengah lautan dalam versi biru [?]

kitorang berhenti rehat dekat sini sekejap.tempat ni macam teluk kot pepandai je aku.ombak akan splash dekat batu-batu hitam tu secara kuat.tiap-tiap kali ombak datang, level of splashing dia sekejap kuat sekejap slow sekejap kuat gila.so bila kuat sikit je, perempuan-perempuan ni semua menjerit.aku sebagai perempuan pun not sure why.but menjerit is fun.HAHAHA.

dan, oh ada video.

tengok aku gabra nak susun ayat tak jadi HAHAHA.


menjelang summer [tapi sekarang bukan summer lagi], Strawberry lebih mudah didapati dengan harga yang sungguh murah & mengagumkan



Auckland Bridge di kejauhan

Westhaven dan kecantikan yang mengagumkan



pemandangan basikal bergelimpangan ialah NORMAL ok.kerana basikal disini tak ada tongkat.makanya, bila engkau dah tak larat mengayuh, nampak rumput hijau yang tampak fluffy, get ready untuk menumbangkan diri sendiri bersama basikal on it.risiko tanggung sendiri :P

Dewi & Hero Remaja 2011 HAHAHAHA

peserta-peserta ekspedisi

p/s: oh sakura dah blooming!

Friday, September 30, 2011

weirdo

aku baru sahaja mendelete the whole post yang aku taip dalam masa 20 minit kerana aku berasa serba tak kena.

I am one weirdo.no joke.

bila kuliah tidak menghiburkan hati pelajar kinaesthetic/visual seperti aku.


Wednesday, September 28, 2011

kebenaran yang sungguh epik

#the epic truth of pretty much everything

aku menerawang [?]/merewang[?] di halaman Facebook yang semakin hari semakin mengelirukan users macam aku.oh.

oh ya, kami [merujuk kepada saya dan kawan-kawan satu program] sudah mengetahui departure date untuk pulang ke Malaysia for good.[yay!].seronok, but in some way...nervous.tanpa sebarang sebab yang spefisik.ops.spesifik.oh.

Gym tempat aku & Fareha berdaftar [don't freaking shout at us and saying WOW uols pergi gym!$15 for 3 weeks siapa taknak bakar lemak secara murah tapi efisyen?] membuat perihal tak baik dengan menghantar borang direct debit ke rumah.mungkin mereka fikir kami serius untuk weight loss plan yang dicadangkan.padahal kitorang just jawab soalan dia je pasal motif pergi gym.oh.

and lastly, paling epik dalam dunia epik...

dijumpai di Facebook.serius epik.especially untuk kategori pelajar macam aku.

HAHAHA.

p/s: tetiba berasa sayu sebab dah nak balik.sobs.

Wordless Wednesday : reward diri sendiri

kepada sesiapa yang berpuasa, maaf ya.


aik.kenapa aku pulak yang rasa lapar?fine.

p/s: challo bete pergi kelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...