Monday, July 2, 2012

kekasih gelap

hari pertama berlalu.dan aku sudah sakit kepala di petang hari dek kerana terlalu memikirkan apakah aktiviti efektif untuk pembelajaran kanak-kanak esok."berehatlah sekejap" dan dalam jangka masa kurang dari sepuluh saat, aku sudah di alam maya.hey alam maya~!

nothing interesting on Facebook nor Twitter.and I don't use Intagram, so yeah.Google, here I come.

first thing first, aku teringatkan Nishikido Ryo kekasih gelapku di zaman jahiliyah dahulu.jahiliyah?dahulu, aku terlalu obseskan si Nishikido ini sehinggakan broadband selalu off limit penangan aku mendownload video secara pukal.apa-apa video tentang si Nishikido ini aku download, hinggakan video beliau makan pun masih wujud dalam external disk harta zaman purba aku ini (sebenarnya semua video masih wujud.nampak sangat heh). itu belum termasuk foto-foto lagi.sanggup ok google NISHIKIDO RYO lepas tu download sekeping sekeping sampai sempurna satu folder beratus gambar dia sahaja HAHAHA.

he is no KPOP.he is JPOP.haittt arigato gozaimassss!

lalu aku google Nishikido Ryo, kononnya menggamit memori lama.dan kemudian oh-em-gee entah berapa lama aku duk tersengih sesorang HAHA.

mesti ada yang pelik amende lah si Nishikido Ryo ni ada heh sampai orang duk tergila-gila kat dia?

ok start!


ini bakal terjadi apabila aku membuat riak wajah serius di hadapan manusia kecil esok.


toink toink toink [efek bunyi buat sendiri]

wuarghhh nervousnya besok!


this entry is so immature, I know.fan-girl sangat HAHA.


Thursday, June 28, 2012

#Bandung - Pasar Baru

yay entri Pasar Baru is finally here~!

Assalamualaikum wbt.

So I have about 3,4,5 okay 10 minutes to finish off everything about Pasar Baru in one go.alangkah bagus jika bisa bervlog.eceh gitu.padahal akulah orang yang paling tak berkenan berada di dalam video.ambil video, suka.namun jika aku di dalam video, awkward pula.sungguh aneh punya perangai.

seperti yang diberitahukan, hotel yang kami diduduki ialah sungguh dekat dengan Pasar Baru.jalan kaki 10 minit sudah sampai.jika berlari pula, kurang dari sepuluh saat jika anda pelari pecut negara.tapi sebab kita datang sebagai pelancong, jadi 10 minit lah.

suasana di sekitar Pasar Baru ialah super busy, I tell you.kereta sana sini.bukan kereta sajalah.semua jenis kenderaan.namun, pemandu pemandu di sana ialah sungguh berhemah.jika anda mahu melintas, angkat tangan minta tumpang lalu and you'll be fine.dalam kes kami bertiga (aku, Fareha & Aten), aku paling bermasalah dalam hal melintas jalan.jadi, setiap kali nak lintas jalan aku menjadi insan yang paling dititikberatkan sekali.jika tidak, ada peluang aku merempuh kenderaan.HAHA.

disebabkan kami masih freshie di Indonesia (sebab flight baru sampai Bandung pukul 8 pagi,lepas check in hotel tak sabar terus meluru ke Pasar Baru.dasar shopaholics), bahasa Indonesia kami ialah lemah.dengar sekali, macam zaman P Ramlee pun ada.sungguh baku setiap sebutan.antara semua, aku ialah penonton sinetron paling tegar sebab setiap kali balik main bola jaring, adik aku tengah hadap Nada Cinta lepas tu entah cemana dengan aku sekali lekat depan tv sampai pukul 7 setengah.jadi, hari pertama aku bertindak sebagai translator, tapi translator tak berhemah jugalah siap tersalah sebut lagi KAHKAH.

Pasar Baru ialah syurga kain pasang, baju pengantin, tudung, kain ela, telekung,jubah fancy, kelengkapan umrah/haji/you name it, dan pelbagai jenis kain langsir what so ever yang dijual bermeter-meter.golongan emak-emak jika sampai kesini pasti tidak akan keluar dalam masa satu jam.jangan bawa golongan bapa kesini.boleh mengundang padah.kerana kain ialah permainan emak-emak.sedangkan golongan gadis masuk kedalam ini pun keluar selepas tiga jam, apetah lagi emak.

first day, kami habis pusing Groundfloor sahaja.kerana tak larat mengangkut barang kesana sini.tingkat-tingkat lain dipusing pada hari ketiga.masa itulah terjumpa tudung bersulam bermanik bagai sehingga lupa dunia.jadi, apabila tersedar anda sudah tersasar dari jalan kebenaran sehingga wang juga berkurangan, bawalah diri keluar dari Pasar Baru.kalau tidak, lima juta rupiah juga boleh habis sekelip mata.

Tawar-menawar ialah suatu skill yang perlu anda kuasai jika bershopping di Pasar Baru.the more you bargain the more you get.habis tiga jam dalam Pasar Baru, dah fluent cakap Indonesia.tawar-menawar punya pasal.hewhewhew~

pictures time~!kameraku dihantar servis yang sampai hari ini masih belum siap.jadi, aku sepenuhnya bergantung kepada kamera telefon 3MP.tapi takkanlah seorang shopaholics sempat mengeluarkan kamera untuk merakamkan keadaan sekeliling apabila kain pasang di depan mata?AH-HA.

For all photos, credits to Fareha.



sempat tau.memborong baju I LOVE BANDUNG.sebab emak cakap boleh buat baju keluarga masa pergi main bowling.at the end of the day, salah saiz untuk aku dengan emak.sobs.



Bakso Indonesia.lain rasanya jika hendak dibanding dengan Bakso igauan keluarga di pasar malam kampung tok Amalina.

Jus Alpukat & Jus Mangga (kuini sebenarnya).ingatkan ada ais, tetiba pure juice begini sahaja.sudahlah tekak Malaya memang minum ais.sadis perasaan lepas shopping begini.

aku lagi sadis.tak tahu Alpukat tu benda apa.tapi sebab ada kawan cakap must try, aku pun coba.boleh diterima tekak, namun enggak bisa dihabisin kok.aneh rasanya.

bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...